omniture

Microland Lantik Deepak Shetty sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia

Microland
2019-01-04 11:22 572

BANGALORE, India, 4 Januari 2019/PRNewswire/ --

Microland, syarikat transformasi IT digital yang terkemuka di India, hari ini mengumumkan pelantikan Deepak Shetty sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia. Deepak akan ditempatkan di pejabat korporat Microland di Bangalore dan akan bertanggungjawab untuk memimpin fungsi Sumber Manusia dan bekerjasama dengan bahagian kepimpinan perniagaan bagi membina sebuah organisasi untuk masa depan yang bersifat versatil dan boleh disesuaikan, dengan budaya tersendiri yang dapat memacu prestasi dan produktiviti perniagaan.  

Deepak membawakan pengalaman fungsian yang luas selama lebih 25 tahun sebagai pengamal Sumber Manusia, memimpin pelbagai organisasi melalui peluasan, transformasi dan memainkan peranan penting dalam membangunkan fungsi HR yang mantap. Sebelum menyertai Microland, Deepak merupakan Ketua Sumber Manusia untuk Philips Innovation Campus yang mana beliau menghabiskan masa selama 9.5 tahun dan sebelum itu beliau bersama Genpact selama 4 tahun sebagai Naib Presiden Sumber Manusia. Sebelum Genpact, Deepak turut berkhidmat untuk Hewlett Packard, Nestle dan Bosch. 

"Kakitangan merupakan aset kami yang paling penting dan kami sangat berbangga kerana menjadi sebuah organisasi yang benar-benar menumpu pada kakitangan. Menerusi pelantikan Deepak sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia kami, kami yakin untuk mengekalkan falsafah ini dengan tumpuan lebih luas dan terus menjadi majikan pilihan dalam pasaran. Saya berasa gembira untuk mengalu-alukan Deepak ke dalam Microland. Beliau merupakan seorang ahli profesional HR berpengalaman yang akan memacu Strategi HR, Operasi dan Pembangunan Organisasi dengan pendekatan yang mengutamakan digital. Beliau akan turut memainkan peranan penting bagi memastikan kami mempunyai bakat yang 'tepat' bagi mempercepatkan perjalanan digital pelanggan kami," kata Pradeep Kar, Pengasas, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Microland Limited.

Mengulas tentang pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia, Deepak berkata, "Saya berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada sebuah syarikat ikonik yang telah berupaya untuk kekal mendepani perubahan teknologi sejak 29 tahun lalu, mengubah kedua-dua pengalaman pelanggan dan kakitangan. Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada syarikat perkhidmatan teknologi generasi seterusnya yang baru-baru ini memenangi Anugerah Amalan Terbaik di persidangan HRD Kebangsaan."

Deepak merupakan alumni XLRI Jamshedpur dan National Institute of Technology, Surathkal.

Latar Belakang Microland

Microland mempercepatkan usaha perjalanan transformasi digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka dalam menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi kepada pelanggan mereka. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 4,100 ahli profesional daripada 19 kerakyatan merentas pejabat-pejabatnya di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland membolehkan perusahaan global menjadi lebih tangkas dan inovatif menerusi penyepaduan antara teknologi baru muncul dan aplikasi kecerdasan pengautomatan, analitik dan prediktif dalam proses perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://www.microland.com

Source: Microland
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Personnel announcements