omniture

H.B. Fuller bakal Umum Keputusan Suku Keempat 2018 pada 16 Januari 2019

H.B. Fuller Company
2019-01-04 23:49 1678

ST. PAUL, Minnesota, 4 Januari 2019 /PRNewswire/ -- H.B. Fuller Company (NYSE: FUL) hari ini mengumumkan bahawa ia akan melaporkan keputusan kewangannya untuk tempoh tiga bulan dan tahun fiskal berakhir pada 1 Disember 2018, dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan selepas pasaran ditutup pada 16 Januari 2019. Syarikat akan mengadakan panggilan persidangan pada 17 Januari 2019 pada jam 9:30 pagi CST (10:30 pagi EST) untuk membincangkan keputusan dan panduan kewangannya untuk tahun fiskal 2019. Siaran akhbar dan penyata kewangan syarikat akan disediakan di laman sesawang syarikat di https://investors.hbfuller.com.

Pihak-pihak yang berminat boleh mendengar panggilan persidangan tersebut melalui siaran web secara langsung. Siaran web dengan slaid pembentangan yang disertakan akan bermula pada jam 9:30 pagi CST (10:30 pagi EST) pada 17 Januari 2019 dan boleh diakses daripada laman sesawang syarikat di https://investors.hbfuller.com/calendar. Acara ini dijadual berlangsung selama satu jam. Peserta-peserta boleh mengakses siaran web tersebut 15 minit sebelum bermula panggilan persidangan untuk mendaftar acara dan memasang serta menguji sebarang perisian yang diperlukan. Peserta-peserta juga boleh membuat prapendaftaran pada bila-bila masa menggunakan pautan di atas. Siaran web dan pembentangan akan diarkibkan di laman sesawang syarikat.

Ulangan telefon untuk panggilan persidangan tersebut akan disediakan sehingga 31 Januari 2019. Untuk mengakses ulangan telefon, sila dail 1-877-344-7529 atau 1-412-317-0088 dan masukkan kod laluan 10127319.

Latar Belakang H.B. Fuller:
Sejak tahun 1887, H.B. Fuller telah menjadi penyedia perekat bertaraf global yang terkemuka, menumpu untuk menyempurnakan produk perekat, pengedap dan produk kimia khusus lain bagi meningkatkan produk dan kehidupan. Dengan pendapatan bersih tahun fiskal 2017 sebanyak lebih $2.3 bilion, komitmen H.B. Fuller terhadap inovasi menghimpunkan orang ramai, produk dan proses yang dapat menangani dan menyelesaikan beberapa cabaran terbesar di dunia. Perkhidmatan responsif kami yang andal mewujudkan hubungan bermanfaat yang berkekalan bersama pelanggan dalam industri elektronik, kebersihan pakai buang, perubatan, pengangkutan, aeroangkasa, tenaga bersih, pempakejan, pembinaan, pertukangan kayu, industri umum dan perniagaan pengguna yang lain. Selain itu, janji kami terhadap kakitangan kami dapat menghubungkan mereka dengan peluang-peluang untuk menginovasi dan berkembang maju. Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di www.hbfuller.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/803918/HB_Fuller_Logo.jpg

 

Source: H.B. Fuller Company
Related Stocks:
NYSE:FUL
Keywords: Chemical Conference call announcements Future Events