omniture

ZTE Jadi Peneraju Siapkan Ujian Rangkaian Teras 5G Fasa Ketiga IMT-2020

ZTE Corporation
2019-01-08 14:14 853

SHENZHEN, China, 8 Januari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK) (000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, menjadi peneraju dalam usaha menyiapkan ujian 5G fasa ketiga IMT-2020 untuk fungsi kestabilan dan keselamatan prestasi rangkaian teras, justeru mengesahkan sepenuhnya kematangan rangkaian teras 5G ZTE.  

Ujian ini melibatkan prestasi platform NFVI, prestasi perkhidmatan penggunaan mesin maya tunggal/berbilang elemen rangkaian teras 5G selain kapasiti dan kestabilan sistem.

Sistem ZTE, termasuk platform NFV dan elemen rangkaian fungsi teras 5GC, digunakan pada platform pelayan umum dan antara muka dengan instrumen pihak ketiga mengikut keperluan model perkhidmatan. Syarikat ini berjaya melepasi semua kes ujian dan keputusan ujian memenuhi keperluan model perkhidmatan dan penunjuk spesifikasi.

Ujian fungsi keselamatan menumpu pada pengurusan dan pendaftaran identiti peranti, selain prosedur perkhidmatan keselamatan dalam mobiliti. Sistem ZTE berjaya melepasi kesemua kes ujian mandatori.

Versi terkini rangkaian teras 5G ZTE dibangunkan dengan mematuhi spesifikasi 3GPP Release-15 yang dikeluarkan pada September 2018. Dengan menerima pakai SBA, komponen mikro-perkhidmatan dan penghirisan rangkaian, rangkaian teras 5G ZTE dapat mencapai inovasi perkhidmatan yang anjal dan tangkas.

Dengan cara memisahkan antara logik perkhidmatan dan data, rangkaian teras 5G ZTE dapat meningkatkan keandalan perkhidmatan dan pengalaman pengguna. Tambahan pula, ia membolehkan penggunaan tahap minit melalui penjadualan perkhidmatan yang fleksibel.

"Ia merupakan satu lagi pencapaian penting susulan selesainya ujian fungsi seni bina SA ZTE pada September 2018," kata Liu Jianhua, pengurus besar Produk Awan Telekom dan Rangkaian Teras ZTE. "ZTE akan menyokong dan bekerjasama secara aktif dengan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat untuk membantu industri 5G berkembang matang dan mendepani kemunculan era 5G."

Di bawah bimbingan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, IMT-2020 (5G) Promotion Group memulakan fasa ketiga ujian penyelidikan & pembangunan (R&D) 5G pada November 2017 yang bertujuan untuk terus meningkatkan keupayaan R&D teknologi 5G dan mempromosi kematangan industri 5G.

Selain penyiapan ujian rangkaian teras 5G fasa ketiga IMT-2020, ZTE akan turut menyelesaikan sambungan hujung-ke-hujung pertama dunia antara peranti dan sistem 5G, berdasarkan perangkaian NSA 3.5 GHz, hasil daripada telefon pintar prototaip 5G ZTE.

Tambahan pula, ZTE dan China Telecom menyelesaikan ujian kebolehoperasian rangkaian 4G dan 5G pertama dunia menurut seni bina SA. Dengan kerjasama Tianjin Unicom dan Port of Tianjin, ZTE melancarkan aplikasi-aplikasi industri pelabuhan pintar 5G&MEC.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Hubungan Media:

Margaret Ma                                                       
ZTE Corporation                                                 
Tel: +86 755 26775189                                      
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment