omniture

Ascensia Diabetes Care Umum Perkongsian Global Dengan POCTech untuk Edar dan Bangunkan Bersama Sistem Pemantauan Glukosa Berterusan

Ascensia Diabetes Care
2019-01-08 14:49 1207

BASEL, Switzerland, 8 Januari 2019/PRNewswire/ --

Ascensia Diabetes Care hari ini mengumumkan ia telah menjalin kerjasama global dengan Zhejiang POCTech, Co., Ltd (POCTech), pembangun dan pengeluar bagi sistem pemantauan glukosa berterusan (CGM).

Ascensia telah memeterai perjanjian yang melantik mereka menjadi pengedar eksklusif untuk POCTech dalam 13 pasaran awal yang dipilih khusus yang mana POCTech masih belum mempunyai pengedar, dengan hak penolakan pertama untuk hak-hak pengedaran di negara-negara lain yang ada. Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Ascensia akan mengkomersialkan versi produk CGM semasa POCTech di kawasan-kawasan ini dan berhasrat untuk mula mengedarkan produk pada separuh kedua tahun 2019.

Sebagai bahagian kedua daripada kerjasama ini, Ascensia dan POCTech turut memeterai perjanjian pembangunan bersama untuk bersama-sama membangunkan produk-produk generasi seterusnya yang memanfaatkan teknologi sedia ada POCTech. Perjanjian ini akan memanfaatkan kepakaran daripada kedua-dua syarikat untuk membangunkan dan mengeluarkan produk-produk generasi seterusnya yang menarik dengan keupayaan dan ciri-ciri dipertingkat yang direka agar dapat memenuhi keperluan individu yang menghidap diabetes dengan lebih cekap.

"Kami komited untuk mengembangkan perniagaan ini melebihi sekadar pemantauan glukosa darah dan kami menyaksikan pemantauan glukosa berterusan sebagai komponen kritikal dalam penjagaan diabetes. Perkongsian ini akan membolehkan kami membawakan produk CGM yang diluluskan kepada pasaran-pasaran terpilih pada tahun 2019 dan dalam masa yang sama mewujudkan sistem CGM baharu yang memanfaatkan teknologi sedia ada POCTech demi menangani beberapa keperluan yang masih belum dipenuhi untuk individu yang menghidap diabetes," kata Michael Kloss, Ketua Pegawai Eksekutif, Ascensia Diabetes Care.

Yanan Zhang, Ph.D., Presiden dan Ketua Pegawai Saintifik Zhejiang POCTech, Co., Ltd, mengulas: "Kolaborasi antara kedua-dua syarikat merupakan pencapaian penting terhadap matlamat untuk mendekati pasaran dunia selain menghasilkan produk-produk CGM generasi akan datang kami. Dengan menggabungkan kekuatan Ascensia dalam pemasaran global, hal ehwal kawal selia, sistem kualiti dan keupayaan dalam mereka bentuk dan menguji sistem baharu, berserta kepakaran POCTech dalam teknologi sensor, kami akan bersama-sama berupaya menyediakan komuniti diabetes dengan produk-produk berkualiti tinggi dan berkesan kos."

Michael menambah, "Perjanjian bersama POCTech ini merupakan langkah pertama yang penting untuk membangunkan francais CGM bertaraf dunia untuk Ascensia. Kami menyasarkan untuk menggunakan kombinasi antara perkongsian dan program pembangunan CGM dalaman kami bagi mewujudkan rancangan untuk produk-produk CGM termaju yang dapat menambah baik apa yang kini tersedia buat mereka yang menghidap diabetes."

Ascensia memiliki warisan yang panjang dalam penjagaan diabetes dan perjanjian pembangunan bersama ini akan memanfaatkan kepakaran dalaman dan keupayaannya dalam membangunkan dan mengkomersialkan teknologi diabetes. Perkongsian ini juga akan memanfaatkan kepakaran pengeluaran bertaraf dunia syarikat saudaranya, PHC Corporation, yang mengeluarkan portfolio meter dan sensor CONTOUR.

Pengalaman penyelidikan dan pembangunan (R&D) Ascensia yang luas dalam bidang ini menjurus kepada pengenalan banyak inovasi bertumpu pengguna dalam diabetes, seperti teknologi No-Coding dan pensampelan Second Chance. Ascensia bertanggungjawab terhadap pembangunan platform jalur ujian CONTOUR NEXT yang luar biasa tepat dan berharap dapat mengaplikasikan kepakaran mereka dalam pembangunan sensor kepada sistem CGM generasi seterusnya melalui kolaborasi ini.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Ascensia Diabetes Care di: http://www.ascensia.com

Ascensia dan Contour ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Ascensia Diabetes Care Holdings.

Untuk maklumat lanjut tentang Zhejiang POCTech Co. Ltd., sila kunjungi laman sesawang POCTech: http://www.poctechcorp.com/en/

Sumber: Ascensia Diabetes Care

Source: Ascensia Diabetes Care
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements