omniture

Festival Hwacheon Sancheoneo tarik sejumlah besar pengunjung

Foundation NARA
2019-01-09 21:36 992

HWACHEON, Korea Selatan, 9 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Festival Ais Hwacheon Sancheoneo 2019 yang masih berterusan menarik sejumlah besar pengunjung sepanjang hujung minggu, mengesahkan lagi statusnya sebagai festival musim sejuk terkenal dunia, penganjur, Foundation NARA berkata Isnin lalu.

Pandangan udara Festival Ais Hwacheon Sancheoneo 2018
Pandangan udara Festival Ais Hwacheon Sancheoneo 2018

Edisi ke-16 festival memancing di ais bermula pada hari Sabtu di sungai beku yang terletak di daerah bergunung ganang Hwacheon yang kira-kira 120 kilometer timur laut Seoul, selama 23 hari berturut-turut. Pada hari perasmian, seramai 140,000 orang berpusu-pusu ke festival ini, dengan bilangan pengunjung mencecah 120,000 orang pada hari Ahad, menurut kiraan awal oleh pejabat daerah.

Bilangan pelancong asing dianggarkan seramai 14,000 orang sepanjang hujung minggu. Daerah dengan populasi seramai 27,000 penduduk itu menjana pendapatan sebanyak 479 juta won (US$428,000) pada dua hari pertama, meningkat 17.4 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Walaupun gelombang sejuk yang menyebabkan raksa termometer mencapai suhu negatif 10 darjah Celsius, kereta-kereta begitu sesak di jalan raya yang menghala ke Hwacheon, yang bersempadan dengan Korea Utara. Berpakaian baju musim sejuk yang tebal, keluarga dan pelancong asing berduyun-duyun ke Hwacheon Stream sempena aktiviti memancing di ais untuk mendapatkan "sancheoneo" -- spesies ikan trout yang diketahui hanya terdapat di air tawar yang sangat bersih. Mereka berminat untuk memancing ikan trout sehingga saiz sepanjang lengan seseorang melalui 21,000 lubang yang ditebuk di bahagian 2.1-kilometer sungai beku itu.

Festival ini turut menampilkan pelbagai aktiviti luar termasuk memancing dengan tangan, pertandingan kereta luncur salji dan tempat untuk bertemu Santa Claus. Ramai pelancong mengunjungi dataran arca ais berhampiran tapak festival. Mood pesta diteruskan ke sebelah malam dengan 27,000 tanglung menerangi Jalan Seondeung di daerah luar bandar. Festival ini turut menggamit perhatian daripada rakan media tempatan dan antarabangsa, dengan 25 agensi berita dan penyiar luar negara membuat liputan tentang acara ini.

Bagi menggalakkan lebih ramai pelancong untuk bermalam, pihak penganjur menawarkan program-program malam yang lebih pelbagai termasuk aktiviti memancing waktu malam. Dilancarkan pada tahun 2003, acara ini dipilih sebagai festival terbaik negara oleh kementerian kebudayaan pada tahun 2010 dan dibangunkan menjadi salah satu daripada empat festival musim sejuk utama dunia. Seorang pegawai daerah berkata bahawa ia telah mempersiapkan program-program yang lebih pelbagai, sesuai dengan status global festival ini, dengan tumpuan khas diberikan kepada aspek keselamatan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190107/2339821-1

Source: Foundation NARA
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Sports Travel Outdoors/Camping/Hiking