LAS VEGAS, 11 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Suning, syarikat gergasi komersial yang menduduki tempat kedua dalam kalangan perusahaan milik bukan kerajaan terkemuka China dan pemilik Suning.com, sebuah syarikat jualan Fortune Global 500, hari ini memperkenalkan 'Peruncitan sebagai satu Perkhidmatan' (ringkasnya, 'RaaS') baharu berdasarkan strategi Peruncitan Pintarnya di CES 2019, Las Vegas, bagi memperkasa pembangunan masa depan industri.
Dianggap sebagai 'Otak' untuk Peruncitan Pintar, strategi ini pada dasarnya merupakan model platform terbuka yang melaluinya, rakan-rakan kongsi dapat mengakses portfolio Suning melibatkan keupayaan teknologi terkumpul jangka panjang dan pengalaman operasi omnisaluran termasuk:
Dr Jack Jing, Ketua Pegawai Operasi Suning Technology Group, berkata: "Sebagai penjual omnisaluran terbesar di China, kami sedia maklum bahawa peruncitan pintar merupakan kunci untuk menarik dan memenuhi kehendak pengguna dalam era yang didigitalkan. Kami ingin bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi dalam industri untuk membuka akses kepada data, teknologi dan instrumen, yang dapat membantu mereka memahami pengguna mereka dengan lebih baik serta mencapai sasaran perniagaan. Itulah hakikat sebenar strategi 'Peruncitan sebagai satu Perkhidmatan' ('RaaS')."
Strategi 'RaaS' Suning kini menawarkan pengamal-pengamal industri seperti pengeluar, penjual PKS malah pembangun teknologi atau penyedia perkhidmatan dengan penyelesaian bersepadu untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pengalaman pelanggan.
Untuk terus mempromosi strategi ini, Suning mengumumkan jalinan kerjasamanya dengan beberapa rakan kongsi industri iaitu GaiaWorks, Ecovacs Robotics dan SenseTime, syarikat unikorn AI paling bernilai di dunia dan syarikat terbesar yang menumpu secara eksklusif pada AI, untuk mengukuhkan pembangunan dan meluaskan senario aplikasi penyelesaian berkenaan.
Dalam masa yang sama, dengan hampir 30 tahun pengalaman peruncitan dalam talian dan luar talian, Suning turut mengumumkan bahawa ia akan membuka sumber perisian dalam ekosistem peruncitan pintarnya di CES 2019. Ia menyasarkan untuk membolehkan PKS berkongsi kelebihan teknologi perusahaan yang lebih besar, meningkatkan keupayaan dan kecekapan operasi. Suning mula mengaplikasikan sistem pengurusan dan operasi dalam kedai terkongsinya kepada Program Awan Peruncitan yang dilancarkan pada tahun 2018 bagi memperkasa francais-francais peruncitan bersaiz kecil dan sederhana di bandar-bandar Tahap 4-6 China dan mencapai keputusan luar biasa dalam tahun tersebut. Dengan membolehkan akses kepada ekosistem peruncitan pintar Suning, kini terdapat lebih 2,000 Kedai Awan Peruncitan Suning di seluruh negara yang dilengkapi dengan enjin-enjin perniagaan RaaS Suning.
-Tamat-
Reruai Suning terletak di Reruai 26030 di Kawasan LVCC S2.
Latar Belakang Suning
Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holdings menduduki tempat kedua antara 500 perusahaan milik bukan kerajaan terbaik di China dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.9 bilion RMB). Dengan misi untuk "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan. Suning.com tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2018. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.suningholdings.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190110/2342915-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190110/2342915-1-b