LAS VEGAS, 12 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Pada 8 Januari 2019, pameran CES 2019 membuka tirai mengikut jadual. Sebagai syarikat elit global dalam industri perkakas rumah, SKYWORTH mempersembahkan banyak produk dan teknologi baharu yang canggih semasa CES dan menjadi protagonis.
Di CES 2019, SKYWORTH telah dianugerahkan sebagai 50 TERBAIK Jenama-jenama CE Global 2018-2019, 10 TERBAIK Jenama-jenama CE 2018-2019 dan 10 TERBAIK Jenama-jenama TV Global 2018-2019. SKYWORTH meraih pengiktirafan untuk prestasi cemerlangnya dalam bidang perkakas rumah. SKYWORTH turut menerima 1 anugerah produk, Anugerah Emas Pengalaman TV Dwiekosistem Pintar AI untuk 65S9A/XA9000. Ia menyokong Google Assistant dan Amazon Alexa, benar-benar menjadi pusat kawalan untuk kediaman pintar. Dengan pemproses PQ berkuasa terbina dalam, TV tersebut dapat memaparkan imej terbaik dan mewujudkan pengalaman luar biasa untuk penonton.
Selain 65S9A/XA9000, SKYWORTH membawakan produk dan teknologi terkini ke CES, termasuk dinding TV bezel super sempit 277-inci, TV OLED 8K, Flush Mount TV 82'', Quasi-pixel Backlight TV 65" dan sebagainya. Pameran ini juga menyediakan bilik pameran TV super. TV LOED 77-inci menyediakan teknologi pengimejan Dolby Vision HDR dan dilengkapi dengan sistem set teater rumah menggunakan 7.1.4 Dolby Atmos, seraya memberikan pengalaman yang mengagumkan dan mengasyikkan. Bilik pintar juga disediakan bagi menyerlahkan kecanggihan pembangunan AI, memandangkan TV tersebut dapat saling berhubung dengan semua jenis perkakas rumah.
SKYWORTH telah membina perkongsian dengan Google, Amazon serta syarikat-syarikat gergasi teknologi lain untuk mewujudkan ekosistem produk pintar. Berdasarkan strategi global "Terbuka, Berkongsi, Saling Menguntungkan", SKYWORTH akan terus menumpu pada pengilangan TV AI untuk menyediakan penyelesaian pintar skrin besar AIoT dan produk terbaik untuk pengguna global mereka pada masa depan.
Hubungan media
Laman Sesawang: www.iskyworth.com
Facebook: https://www.facebook.com/SkyworthGlobal
E-mel: overseas@skyworth.com