omniture

Penampilan Sulung NAIAS 2019: ENTRANZE demi Mobiliti Masa Depan

GAC Motor
2019-01-12 00:50 1222

GUANGZHOU, China, 12 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat auto Cina GAC Motor kembali ke Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2019 mulai 14 hingga 28 Januari di Detroit. Syarikat akan mengadakan sidang akhbar pada jam 1:40 petang pada 14 Januari 2019 di kawasan pameran mereka di Dewan B, Pusat Cobo. Tema pameran NAIAS GAC Motor tahun ini ialah "Visi Tanpa Had".

Sidang akhbar pada 14 Januari itu akan membawakan penampilan perdana peringkat dunia kereta konsep baharu ENTRANZE dan penampilan sulung di Amerika Utara bagi van mini terkini jenama ini, GM6 serta SUV GS5 serba baharu.

Visual utama GAC Motor di NAIAS 2019
Visual utama GAC Motor di NAIAS 2019

Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Termaju GAC di Los Angeles, ENTRANZE Concept yang akan diperkenalkan julung kali di NAIAS 2019, ditakrifkan sebagai kenderaan keluarga hiper-moden dan dilengkapi dengan teknologi sistem pintar terkini, ciri-ciri kelestarian dan pemanduan automatik.

ENTRANZE Concept meneroka lebih banyak kemungkinan untuk kenderaan keluarga moden dengan membawakan SUV 7-tempat duduk dan menambah banyak teknologi serta ergonomik bagi menjadikan pemanduan lebih mudah dan lebih menyenangkan.

Van mini GM6, baru-baru ini dilancarkan di China, membuat penampilan sulung di luar China menerusi NAIAS 2019. Ia merupakan kenderaan pintar yang direka khusus bagi memenuhi keperluan perjalanan keluarga dan menonjolkan tempat duduk yang luas. Ia mempunyai pakej keselamatan lima bintang, sistem pemanduan pintar yang ditingkatkan dengan AI dan menyediakan ruang kargo lebih besar iaitu 99 kaki persegi yang utama dalam industri.

Van Mini GM6 GAC Motor
Van Mini GM6 GAC Motor

SUV berharga sederhana dan mewah yang berteknologi maju GS5 akan turut muncul di pameran tersebut. Pertama kali diperkenalkan di Pameran Motor Paris 2018, GS5 serba baharu mengguna pakai enjin 1.5T GDI generasi seterusnya daripada GAC Motor yang memberikan pengalaman pemanduan yang bersemangat dan menarik dengan prestasi yang dipertingkat.

GS5 GAC Motor
GS5 GAC Motor

GAC Motor akan turut mempamerkan barisan kenderaan elit jenama ini yang melibatkan SUV, kereta sedan, van mini dan kereta tenaga baharu termasuk GS4 serba baharu yang dilancarkan pada awal tahun 2018, SUV mewah GS8, van mini tujuh tempat duduk GM8 dan kereta tenaga baharu GE3.

NAIAS ialah suatu persada penting yang menjadi saksi kepada pengantarabangsaan GAC Motor. Sejak penampilan sulungnya di NAIAS pada tahun 2013, syarikat telah mengekalkan penampilan sulung peringkat global untuk model-model awalnya iaitu GS4, GS7, GE3 dan GA4 untuk pentas ini.

GAC Motor telah mengambil bahagian dalam pameran auto antarabangsa utama yang lain bagi menggalakkan kehadirannya dalam pasaran luar negara. Pada tahun 2018 yang lalu, selain NAIAS, syarikat ini membuat penampilan sulung di Salun Automobil Antarabangsa Moscow (MIAS) dan mendedahkan rancangannya untuk menembusi pasaran Rusia pada tahun 2019, bagi menarik banyak pengedar tempatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang GAC Motor.

Tanpa henti, syarikat ini membuat penampilan sulungnya di Pameran Motor Paris. GAC Motor memperkenalkan SUV GS5 serba baharunya dan melakukan penembusan pertamanya ke dalam pasaran Eropah dengan mempamerkan kenderaan premium terkini yang mendapat ulasan dan jangkaan baik daripada pelanggan tempatan.

GAC Motor terus mengukuhkan dan mengembangkan perniagaannya di Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Arab Saudi dan negara-negara di Asia Tenggara pada tahun 2018. Kini, syarikat ini beroperasi di 16 negara seluruh dunia dan kekal meneroka cara untuk menembusi ke dalam pasaran-pasaran tambahan. Dengan bilangan jualan sebanyak 535,168 buah kereta seluruh dunia pada tahun 2018, GAC Motor berjaya mencapai pertumbuhan 5.23% berbanding tahun sebelumnya.

Komitmen GAC Motor terhadap kualiti memperkukuh setiap aspek dalam pembuatan kenderaan bermula dengan reka bentuk dan pengeluaran kepada komponen auto serta perkhidmatan, seraya membolehkan mereka menduduki tempat pertama dalam Initial Quality Study (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik selama enam tahun berturut-turut. Dengan itu, GAC Motor digelar sebagai "Jenama Kereta Cina Terbaik" oleh pelanggan dalam pasaran-pasaran luar negara.

GAC Motor sedang bersiap sedia untuk membuka pusat R&D baharu di Farmington Hills, Michigan, sebuah kawasan pinggir bandar Detroit. Dengan pusat R&D di Silicon Valley serta pusat reka bentuk termaju di Los Angeles yang kini sedang beroperasi, ketiga-tiga pusat ini akan menyediakan asas untuk kerja-kerja R&D GAC Motor di Amerika Utara dan mengukuhkan langkah-langkahnya bagi menjadi sebuah syarikat global dengan jenama bertaraf dunia.

Latar Belakang GAC Motor
Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190110/2343529-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190110/2343529-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190110/2343529-1-c

 

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Trade show news