omniture

Saringan Kesihatan Peduli Sihat Bersama DoctorOnCall

DoctorOnCall
2019-01-15 08:00 1128

KUALA LUMPUR, Malaysia, Jan. 15, 2019 /PRNewswire/ -- Sebuah program saringan kesihatan telah diadakan di dewan orang ramai JKKK Pandamaran, Klang pada 16 Disember lalu. Program ini merupakan anjuran bersama di antara kerajaan negeri Selangor melalui Skim Peduli Sihat dengan penyedia perkhidmatan tele-kesihatan yang pertama di Malaysia, DoctorOnCall.com.my. Ia merupakan inisiatif terawal seumpamanya yang dianjurkan untuk memberikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para penduduk sekitar dan secara tidak langsung memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan memeriksa tahap kesihatan secara berkala.

ADUN Pandamaran YB Tuan Tony Leong Tuck Chee dan Pengasas Bersama DoctorOnCall Maran Virumandi beramah mesra dengan peserta
ADUN Pandamaran YB Tuan Tony Leong Tuck Chee dan Pengasas Bersama DoctorOnCall Maran Virumandi beramah mesra dengan peserta

Penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan kencing manis merupakan di antara penyakit-penyakit tidak berjangkit yang sering dihidapi masyarakat umum. Pesakit perlu mematuhi pengambilan rejimen ubat-ubatan jangka panjang untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius. Ubat-ubatan yang perlu diambil secara jangka panjang ini sering menimbulkan masalah. Lokasi yang jauh, masa menunggu yang panjang serta kos konsultasi di klinik merupakan faktor-faktor yang menyebabkan para pesakit tidak dapat mematuhi rejimen yang perlu diambil.

Antara pemeriksaan saringan kesihatan yang ditawarkan adalah pemeriksaan  tekanan darah, kencing manis, kolesterol tinggi dan sakit jantung. Program ini disertai oleh penduduk sekitar yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan peserta boleh memilih untuk mendapatkan konsultasi dengan seorang doktor sama ada secara langsung di tempat program ataupun secara atas talian melalui perkhidmatan DoctorOnCall.

Turut hadir, ADUN Pandamaran YB Tuan Tony Leong Tuck Chee yang bersama-sama turun padang bertemu penduduk sekitar dan mempromosikan program kesedaran ini kepada penduduk tempatan.

DoctorOnCall adalah klinik atas talian yang menawarkan perkhidmatan konsultasi dengan doktor bertauliah berkenaan penyakit-penyakit yang sering dialami seperti batuk, selsema, demam, masalah kulit seperti kudis buta dan lain-lain. Ubat-ubatan akan dihantar terus kepada pesakit setelah sesi konsultasi sekiranya dirasakan perlu oleh doktor. Pengunjung laman web turut berpeluang untuk bertanya kepada seorang doktor tentang masalah-masalah kesihatan pada laman forum mereka melalui pautan www.DoctorOnCall.com.my/tanya.

Selain daripada manfaat tahunan perubatan sebanyak RM500 sekeluarga, ahli Peduli Sihat juga turut memperoleh satu suntikan vaksin percuma berjumlah sehingga RM180. Tiada had rawatan yang ditetapkan kepada ahli supaya ahli berpeluang mendapatkan akses rawatan asas kepada semua jenis penyakit. Sambutan memberangsangkan yang diterima terhadap skim ini telah menunjukkan bahawa rakyat Selangor sangat menitikberatkan penjagaan asas kesihatan serta gaya hidup yang sihat.

Melalui kerjasama ini, adalah diharapkan agar capaian perkhidmatan kesihatan dapat diakses oleh lebih ramai lagi penduduk Selangor tanpa mengira lokasi. Ia selaras dengan usaha murni kerajaan negeri untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat warganya yang diketuai oleh Y.B. Dr Siti Mariah Binti Mahmud sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor.

Terdapat 2 kategori Skim Peduli Sihat, iaitu kategori A bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 sebulan dan ke bawah yang dan kategori B bagi individu yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah. Skim ini dapat dimanfaatkan oleh 250,000 keluarga atau lebih 2 juta rakyat Selangor yang berpendapatan isi rumah RM 3000 ke bawah. Untuk maklumat lanjut berkenaan skim ini, layari https://pedulisihat.com/.

Melalui skim ini, ahli Peduli Sihat boleh mendapatkan akses percuma kepada perkhidmatan kesihatan melalui panel klinik terpilih termasuklah www.DoctorOnCall.com.my ataupun hubungi 03-84082000

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190114/2345750-1

Source: DoctorOnCall
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Multimedia/Online/Internet Corporate Social Responsibility