omniture

Makeblock Lancar Neuron Artist Kit

Makeblock
2019-01-16 06:17 1028

SHENZHEN, China, 16 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Makeblock, penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka, mengumumkan pelancaran rasmi Neuron Artist Kit bagi menyerlahkan daya kreativiti artistik kanak-kanak menerusi projek-projek sains optik dan elektrik amali serta pengalaman pengekodan.

September lalu menerusi Swift Playgrounds Apple, Makeblock julung kalinya memperkenalkan Neuron Explorer Kit untuk Apple store dan apple.com bagi membantu kanak-kanak di seluruh dunia mempelajari bahasa pengekodan Swift Apple dengan iPad.

The Makeblock Neuron Artist Kit
The Makeblock Neuron Artist Kit

Dengan set modul baharu, projek baharu dan harga lebih rendah, Neuron Artist Kit didatangkan dengan 6 kes tambahan untuk pengguna bagi membina ciptaan daripada kadbod potongan laser dan menghidupkan hasil ciptaan dengan pengekodan mudah 8 blok elektronik boleh atur caranya (kuasa pintar, sensor bunyi, panel LED, sensor tentu jarak, penggera, sentuhan lucu dan banyak lagi). Ciptaan yang disertakan termasuk ukulele, tanglung awan, xilofon, pedang LED, dram ajaib dan kumpulan infiniti.

Neuron Artist Kit beroperasi menerusi 2 perisian pengekodan: aplikasi Neuron (berasaskan-aliran) dan mBlock5 (grafik). Dicipta oleh pasukan jurutera Makeblock, tutorial animasi disediakan untuk membantu kanak-kanak daripada semua peringkat usia untuk belajar tentang penciptaan fizikal dan pengekodan pada setiap langkah perjalanan.

"Sejak hari pertama, Makeblock berdedikasi untuk membantu orang ramai mengubah idea mereka menjadi kenyataan dan membiarkan ciptaan menjadi suatu cara hidup. Di Makeblock, kami percaya bahawa masa depan kami dipacu bukan sahaja oleh teknologi, tetapi juga melalui daya kreativiti," kata Jasen Wang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Makeblock.

Neuron Makeblock telah menerima 8 anugerah/pensijilan antarabangsa seperti Anugerah Emas Edison, Anugerah Emas IDEA, Anugerah CES Design 2018, Pensijilan Piawaian Pendidikan Kokoa Finland, Anugerah iF Product Design Jerman, Anugerah Red Dot Jerman, Anugerah Good Design Jepun dan Anugerah K-Design Korea.

Neuron Artistic Kit ialah produk pendidikan STEAM terkini daripada Makeblock untuk para guru dan kanak-kanak bagi mengajar/belajar tentang seni, sains dan pengekodan menerusi blok boleh atur cara Neuron. Ia juga merupakan hadiah sempurna dengan kualiti pendidikan dan hiburan yang hanya berharga $149.

Untuk mempelajari lebih lanjut sila kunjungi Neuron Artist Kit di Amazon.

Latar Belakang Makeblock

Makeblock Co., Ltd, ditubuhkan pada tahun 2013, ialah penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka. Menyasarkan pasaran pendidikan dan hiburan STEAM untuk sekolah, institusi pendidikan dan keluarga, Makeblock menyediakan penyelesaian perkakasan, perisian, kandungan yang paling lengkap serta pertandingan robotik unggul, dengan matlamat untuk mencapai penyepaduan teknologi dan pendidikan yang mendalam. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti @Makeblock melalui Facebook atau di Twitter, atau kunjungi www.makeblock.com.

 Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190115/2347195-1

 

Source: Makeblock
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)