omniture

GAC Motor Perkenal Kereta Konsep ENTRANZE di NAIAS 2019

GAC Motor
2019-01-17 10:06 503

DETROIT, 17 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat auto GAC Motor mengagumkan hadirin di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2019 pada 14 Januari lalu menerusi penampilan sulung peringkat dunia kereta konsep ENTRANZE, yang menonjolkan pendekatan bertumpu manusia oleh pembuat auto tersebut kepada kenderaan keluarga. Majlis berkenaan dihadiri oleh para tetamu kehormat, termasuk rakan media, pembekal dan rakan kongsi global.

Mr. Rod Alberts, Chairman of the North American International Auto Show (second from right), Mr. Wes Lutz, Chairman of National Automobile Dealers Association(second from left), Mr. Zhang Qingsong, Member of the Executive Committee of GAC Group (third from right), Mr. Yu Jun, President of GAC Motor(third from left), Mr. Wang Qiujing, President of GAC R&D Center(first from right) and Mr. Pontus Fontaeus, Executive Design Director of GAC Advanced Design Center Los Angeles(first from left) attended the press
Mr. Rod Alberts, Chairman of the North American International Auto Show (second from right), Mr. Wes Lutz, Chairman of National Automobile Dealers Association(second from left), Mr. Zhang Qingsong, Member of the Executive Committee of GAC Group (third from right), Mr. Yu Jun, President of GAC Motor(third from left), Mr. Wang Qiujing, President of GAC R&D Center(first from right) and Mr. Pontus Fontaeus, Executive Design Director of GAC Advanced Design Center Los Angeles(first from left) attended the press

Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Termaju GAC di Los Angeles, konsep ENTRANZE yang diilhamkan daripada peluru itu direka bagi memenuhi keperluan pengguna Amerika. Ia menawarkan wawasan mobiliti masa depan revolusioner, menonjolkan kemajuan tenaga baharu, pengalaman pengguna (UI) dinaik taraf, konsep reka bentuk dalaman dan luaran yang unik serta ciri-ciri teknologi termasuk:

  • Bahagian luar berbentuk Slick Bullet sememangnya mengagumkan dalam wajah sebenar dan memperkenalkan proposisi serba baharu
  • Aturan tempat duduk baharu 3+2+2 dan 'lorong yang diilhamkan daripada pesawat'
  • Paparan dipasang pada dua sisi untuk kawalan ciri fungsian, berserta paparan melengkung untuk hiburan penumpang
  • Dengan sebahagian besar daripada kereta diperbuat daripada bahan-bahan mesra alam, bahagian dalaman ENTRANZE lebih dipengaruhi oleh hiasan rumah berbanding kereta dan menjadi kontras hebat kepada teknologi dan bahagian luaran yang jelas kelihatan. 
Concept Car ENTRANZE
Concept Car ENTRANZE

"Akhirnya, produk-produk automotif merupakan cara untuk orang ramai berhubung semasa perjalanan hebat dalam kehidupan. Konsep ENTRANZE merangkumkan wawasan kami untuk menyediakan penyelesaian mobiliti yang memperkayakan kehidupan," kata Yu Jun, presiden GAC Motor.

GAC Motor turut memaparkan portfolio kenderaan terkenalnya melibatkan SUV, kereta sedan, van mini dan NEV, termasuk GS8, GS4, GS5, GS7, GS3, GA4, GM8, GM6 dan GE3 530 di NAIAS 2019.

Mr. Yu Jun, President of GAC Motor delivered a Speech
Mr. Yu Jun, President of GAC Motor delivered a Speech

Ibu Pejabat California Diumumkan

Di acara tersebut, GAC Motor secara rasminya mengumumkan bahawa ia telah mendaftarkan North American Sales Company miliknya di Irvine, California, berhampiran Los Angeles. Ibu pejabat serantau tersebut akan bertanggungjawab terhadap penjenamaan, pemasaran, perancangan produk dan hal ehwal kewangan.

Jaringan R&D global GAC

GAC Motor turut mengumumkan dalam sidang akhbar bahawa Pusat R&D GAC Detroit secara rasminya telah mula beroperasi. Terletak di Farmington Hills, Michigan, pusat R&D baharu itu dibangunkan dengan pelaburan sebanyak US$ 4.4 juta dan mencakupi hampir 50,000 kaki persegi hartanah.

Ia akan berperanan sebagai hab untuk membantu reka bentuk dan R&D produk-produk GAC Group untuk A.S. dan pasaran luar negara yang lain. Khususnya, pusat tersebut akan menumpu pada pembangunan produk, teknologi rintis, perekrutan bakat dan latihan.

Hab Detroit menghubungkan dua pusat R&D California tambahan GAC Motor dengan pusat-pusat R&D GAC di China. Pusat-pusat ini akan menyumbang dengan signifikan terhadap kemajuan R&D global syarikat dan jaringan pengilangan automobil.

Ditubuhkan pada April 2017, Pusat R&D GAC Silicon Valley (GAC-SV) di Sunnyvale bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan akademik dalam pembangunan generasi baharu bakat R&D untuk rantau berkenaan dan menyokong kolaborasi produk tempatan. Sorotan utama GAC-SV lain termasuk:

  • Lebih 30 jurutera terkemuka di lapangan
  • Projek-projek dibangun sendiri yang berterusan termasuk tembok api gerbang dalam kenderaan, ramalan prestasi bateri didayakan data raya, insurans berasaskan pengguna (UBI), pembangunan seni bina pemanduan berautonomi, simulasi keselamatan dan analisis motor haba  
  • Pembangunan sistem sensori pandu sendiri dipasang pada GE3, termasuk LIDAR dan mekanisme persepsi video
  • Kolaborasi dengan institusi-institusi penyelidikan dan perusahaan-perusahaan ternama di dunia dalam bidang algoritma kecerdasan buatan, pengangkutan pintar, pembangunan rangkaian kuasa kenderaan elektrik termaju

Terletak di Newport Beach, California, Pusat Reka Bentuk Termaju GAC Los Angeles dibuka pada April 2018 dan bertanggungjawab terhadap reka bentuk termaju, pembangunan UI/UX dan visual jenama untuk GAC Motor. Ia diterajui oleh pengarah reka bentuk eksekutif Pontus Fontaeus, pereka kereta yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang memperkenalkan ciptaan terkini mereka ENTRANZE di NAIAS 2019.

"Pada masa depan, kami akan terus menjadikan produk kami lebih pintar dan beralih kepada penyedia perkhidmatan mobiliti bagi tujuan berkongsi daya tarikan unik dan nilai era baharu 'Buatan China' bersama pengguna global," kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor 

Hubungan Media:

Taki Jiang
+86-134-5028-4242
takijiang@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190115/2347221-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190115/2347221-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190115/2347221-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Trade show news