omniture

Isotropic Systems Kumpul $14 Juta dalam Pembiayaan Siri A Pimpinan Boeing HorizonX Ventures Majukan Ketersambungan Berasaskan Angkasa

Isotropic Systems Ltd
2019-01-17 21:15 1156

LONDON, 17 Januari 2019/PRNewswire/ --

Pendekatan Isotropic terhadap terminal bersepadu generasi seterusnya cetus perubahan mendalam dalam ekonomi dan prestasi terminal bagi menyerlahkan potensi penuh industri satelit   

Isotropic Systems Ltd., penyedia penyelesaian terminal satelit bersepadu generasi seterusnya, hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan Siri A sebanyak $14 juta yang dipimpin oleh Boeing HorizonX Ventures, dengan penyertaan daripada WML, Space Angels dan Space Capital.

"Pembiayaan Siri A memanfaatkan tahun luar biasa untuk Isotropic yang menyaksikan perkembangan pesat barisan rakan kongsi strategik dan pelanggan yang bersedia untuk menyerlahkan potensi penuh satelit dengan daya pemprosesan tinggi serta buruj-mega merentas semua orbit," kata John Finney, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Isotropic Systems. "Pelaburan oleh Boeing menyediakan pasukan kami dengan akses kepada pakar-pakar Boeing, makmal-makmal ujian dan sumber-sumber bernilai lain untuk mempercepatkan penggunaan penyelesaian terminal kami dan untuk memanfaatkan harta intelek kami dalam aplikasi ketersambungan tanpa wayar berasaskan angkasa yang lain."

Memanfaatkan teknologi pembentuk alur optik transformasi untuk mengawal arah gelombang radio, Isotropic Systems membangunkan penyelesaian terminal komunikasi yang jelas lebih berkesan kos, menggunakan kuasa rendah yang ketara, namun mencapai faedah-faedah prestasi unggul untuk pengguna akhir. Pengurangan yang ketara dalam kos dan kuasa digabungkan dengan prestasi yang lebih baik menghasilkan pasaran-pasaran yang baru dapat ditangani serta mendayakan penerimaan besar-besaran komunikasi satelit.

"Penyelesaian Isotropic membolehkan peningkatan keupayaan pada kos yang dikurangkan untuk penyedia perkhidmatan satelit," kata Brian Schettler, pengarah urusan Boeing HorizonX Ventures. "Pelaburan ini mempercepatkan peluasan perkhidmatan ketersambungan berasaskan angkasa kepada pasaran besar-besaran dan meneruskan kepimpinan Boeing dalam inovasi angkasa."

Pembiayaan baharu ini akan membolehkan Isotropic mempercepatkan pengkomersialan teknologinya bagi memberi manfaat kepada pelanggan pengendali satelitnya dan untuk memanfaatkan teknologinya bagi meneroka aplikasi baharu dalam pasaran-pasaran berkaitan.

Baca siaran akhbar Boeing HorizonX Ventures untuk maklumat lanjut berhubung pengumuman ini. 

Latar Belakang Isotropic Systems 

Isotropic Systems membangunkan terminal dengan daya pemprosesan tinggi berbilang perkhidmatan, jalur lebar tinggi, berkuasa rendah dan bersepadu sepenuhnya yang pertama di dunia, direka untuk menyokong industri satelit bagi 'mencapai lebih jauh' dalam pasaran tradisional serta memperoleh pelanggan baharu dengan suit penuh perkhidmatan dengan daya pemprosesan tinggi. Pasukan syarikat yang terdiri daripada pakar industri dan saintis telah mempelopori beberapa penemuan pertama dalam reka bentuk terminal satelit. Untuk maklumat lanjut layari http://www.isotropicsystems.com. Aset-aset media visual disediakan di sini.

Latar Belakang Boeing HorizonX Ventures 

Boeing HorizonX Ventures menyasarkan pelaburan yang membantu meluaskan inovasi syarikat baharu dalam bidang aeroangkasa. Portfolionya melibatkan syarikat-syarikat dalam sistem berautonomi, pembuatan aditif, simpanan tenaga dan data, bahan-bahan termaju, sistem dan perisian realiti imbuhan, pembelajaran mesin, pendorongan elektrik-hibrid dan hipersonik serta ketersambungan Internet Komunikasi Benda.  

Latar Belakang Boeing 

Boeing ialah sebuah syarikat aeroangkasa yang terbesar di dunia, pengeluar utama bagi kapal terbang komersial serta sistem pertahanan, angkasa dan keselamatan dan juga merupakan penyedia utama perkhidmatan aeroangkasa komersial dan kerajaan. Selaku pengeksport A.S. terkemuka, syarikat menyokong syarikat-syarikat penerbangan dan pelanggan-pelanggan A.S. serta kerajaan bersekutu di lebih 150 negara.

Source: Isotropic Systems Ltd
Keywords: Aerospace/Defense Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications