omniture

Mainstream Renewable Power Peroleh Kemudahan Kewangan Perdagangan €90 Juta

Mainstream Renewable Power
2019-01-17 22:07 1214

DUBLIN, 17 Januari 2019/PRNewswire/ --

Kemudahan hutang korporat baharu akan percepat pertumbuhan antarabangsa  

Mainstream Renewable Power, pembangun global yang terkemuka bagi loji kuasa angin dan solar, hari ini mengumumkan pemeteraian Kemudahan Kewangan Perdagangan €90 juta baharu dengan DNB dan HSBC. Perjanjian ini memperlihatkan salah satu hutang korporat terbesar yang dikumpul dalam sejarah Mainstream dan akan digunakan di samping sumber-sumber penting sedia ada Mainstram untuk menyokong bon bida, bon prestasi dan komitmen ekuiti untuk projek-projek Mainstream seluruh dunia.

Kemudahan Kewangan Perdagangan €90 juta itu dibiayai sama banyak oleh DNB dan HSBC. Mainstream mempunyai pilihan untuk membawa pemberi pinjaman baharu kepada Kemudahan Kewangan Perdagangan bagi membolehkan pertambahan saiz kepada €200 juta, tertakluk kepada kelulusan. Mainstream menjangkakan penggunaan pertama di bawah kemudahan baharu tersebut adalah untuk menyokong komitmen ekuiti Kumpulan bagi membina Portfolio Condor 569MW di Chile yang merupakan fasa pertama untuk Platform Andes Renewables 1.3 GW milik penuhnya bagi projek-projek angin dan solar berkontrak penuh.

Mengulas tentang pengumuman tersebut, Andy Kinsella, Ketua Eksekutif Kumpulan Mainstream, berkata: "Kami berasa amat sukacita dapat memeterai perjanjian penting ini bersama DNB dan HSBC. Kemudahan global ini memberi kami kebebasan untuk mengejar peluang-peluang pembangunan berskala besar di seluruh dunia. Pertama sekali, ia akan membantu kami membiayai fasa pertama platform angin dan solar Andes Renewables 1.3 gigawatt berkontrak penuh kami di Chile, yang mana aset-aset kami memastikan bahawa tenaga boleh diperbaharui terus melangkaui penjanaan menggunakan fosil baharu dan sedia ada."

Sven Bakken, Ketua bagi Kuasa dan Tenaga Boleh Diperbaharui - DNB Bank ASA, berkata: "Sebagai peneraju dalam sektor boleh diperbaharui, DNB berbangga untuk menyokong pertumbuhan Mainstream Renewable Power. DNB amat komited untuk menyokong usaha peralihan mesra alam di seluruh dunia, dan dengan Mainstream, kami yakin bahawa kami menyumbang dengan cara yang positif dan lestari."

Michael Lalor, Ketua Perbankan Korporat Ireland - HSBC, mengulas: "HSBC berbesar hati untuk menyokong Mainstream Renewable Power, salah satu kisah kejayaan hebat Ireland di persada tenaga boleh diperbaharui global. Kemudahan ini pada awalnya akan menyokong pembangunan portfolio signifikan aset-aset tenaga boleh diperbaharui di Chile dan merupakan langkah ke hadapan yang amat positif dalam memajukan kelayakan hijau global kami di samping turut menonjolkan kekuatan rangkaian dan kepakaran kewangan perdagangan kami."

Latar Belakang Mainstream Renewable Power  

Mainstream Renewable Power ialah pembangun global yang terkemuka bagi loji kuasa angin dan solar berskala utiliti dalam pasaran-pasaran yang mengalami kadar pertumbuhan tinggi. Syarikat menumpu untuk menyediakan portfolio berkualiti tinggi menerusi lebih 9 gigawatt aset angin dan solar di seluruh Amerika Latin, Afrika dan Asia. Di Chile, Mainstream memiliki 1.3 GW projek angin dan solar dengan kontrak penuh hasil daripada kejayaan yang belum pernah dikecapi sebelum ini dalam lelongan kerajaan. Di peringkat global, syarikat tersebut telah menyerahkan lebih 800MW aset angin dan solar dalam operasi komersial dan kini membina tambahan 707MW.  Mainstream turut membangunkan ladang angin terbesar di Asia Tenggara iaitu di Vietnam selain projek-projek di Filipina.

Mainstream telah mengumpul lebih EUR1.8 bilion dalam kewangan projek setakat ini dan menggaji 200 kakitangan merentas empat benua. Syarikat membangunkan projek-projek angin luar pesisir yang terbesar di dunia; projek-projek Hornsea 1 dan Hornsea 2 di UK.

Hubungi: 

Emmet Curley, Ketua Komunikasi Korporat
Telefon: +353-86-2411-690
Emel: emmet.curley@mainstreamrp.com

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements