omniture

Xi'an Anjur Minggu Fesyen Antarabangsa Jalur dan Jalan Promosi Pertukaran Budaya

Xi'an Municipal Government
2019-01-18 12:57 470

XI'AN, China, 18 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Sebuah acara ulung di dunia dalam industri fesyen dan pakaian, Minggu Fesyen Antarabangsa Jalur dan Jalan (Minggu Fesyen BRI) ketiga melabuhkan tirai di Xi'an setelah mengundang para pereka terkenal, artis-artis dan ahli-ahli profesional industri dari lebih 20 negara. Acara selama lima hari itu memberi perhatian kepada warisan budaya dan artistik Xi'an, serta menonjolkan kedudukan pentingnya dalam inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China, projek pembangunan infrastruktur dan kebudayaan merangkumi dunia China yang menjejak kembali laluan perdagangan Jalan Sutera mitos yang berasal dari bandar purba ini.

Xi’an Hosts Belt and Road International Fashion Week to Promote Cultural Exchange
Xi’an Hosts Belt and Road International Fashion Week to Promote Cultural Exchange

Siri pertunjukan fesyen Minggu Fesyen BRI menampilkan gaya tradisional, kontemporari dan moden, manakala forum "Pembangunan Global dalam Fesyen" bertindak sebagai platform untuk pemimpin-pemimpin industri membincangkan cara-cara untuk mengukuhkan industri. Dengan tumpuan kepada teknologi bersepadu, fesyen terkini, pembangunan budaya dan ekonomi, forum ini mengukuhkan kedudukan Xi'an sebagai pusat bagi industri fesyen global dan memudahkan perbincangan bagaimana industri ini dapat terus berkembang bukan sekadar di dalam negara malah ke seluruh dunia.

"Xi'an merupakan lokasi sempurna untuk mengadakan Minggu Fesyen BRI dan kami teruja dengan kejayaan acara ini," kata Wang Haotian, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Minggu Fesyen BRI. "Sejarah panjang bandar ini berserta unsur-unsur budaya yang mendalam menginspirasikan para pereka dan artis dalam bidang fesyen, seni, seni bina dan banyak lagi. Dalam masa yang sama, ia menuju ke arah kemodenan dengan memanfaatkan teknologi termaju dan perancangan bandar. Ia merupakan sebuah bandar purba yang terbina sebagai hubungan sebenar kepada Jalan Sutera purba dan elemen utama dalam BRI yang mencakupi dunia hari ini. Tiada tempat lain yang lebih baik untuk menghimpunkan ahli-ahli profesional dalam bidang seni, fesyen dan tekstil untuk berbincang bagaimana industri-industri kami, melalui kerjasama antarabangsa, dapat memenuhi keperluan orang ramai yang menetap dalam dunia yang sedang membangun."

Acara minggu ini menghimpunkan pereka-pereka ternama seperti Wang Xiaoxia, Presiden L'OFFICIEL China; Mao Junjie, Pengarah Urusan APAC MARC JACOBS; Lu Hao; Tony Brown; Arnault Garcia; Ma Qingyun dan Laurence Xu.

Tetamu-tetamu kehormat di Minggu Fesyen BRI termasuk Phinij Jarusombat, mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Ekonomi Thai-Cina; Du Yue, Timbalan Pengarah Bahagian Kerjasama, susulan Antara Sektor, dan Perkongsian UNESCO di Jabatan Afrika; dan Long Yuxiang, Pengerusi Eksekutif Pusat Komunikasi Kebudayaan Antarabangsa China (CICCC), berserta duta-duta dan wakil-wakil dari negara-negara seperti A.S., United Kingdom, Nigeria dan Tunisia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://en.xa.gov.cn/ptl/index.html

Latar Belakang Minggu Fesyen Antarabangsa Jalur dan Jalan

Minggu Fesyen Antarabangsa Jalur dan Jalan dianjurkan bersama-sama Pusat Komunikasi Kebudayaan Antarabangsa China dan Kerajaan Perbandaran Xi'an. Dengan memberi tumpuan kepada budaya fesyen dan industri sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan, acara ini bertujuan untuk membina platform pertukaran untuk terus mempromosi perkembangan fesyen di China dan seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190116/2348639-1

Source: Xi'an Municipal Government
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel