omniture

Teknologi Hubungkan Hartanah Global, Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global Uoolu 2019 berjaya diadakan pada 14 Januari di Beijing

Uoolu.com
2019-01-18 12:41 336

BEIJING, 18 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Pada 14 Januari 2019, Uoolu berjaya mengadakan Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global (GREIS) kali ke-2 di Millennium Hotel, Beijing. Sidang kemuncak ini menghimpunkan ratusan pemaju dari 20 negara, selain begitu banyak rakan media ternama, termasuk The Wall Street Journal, South China Morning Post dan Bloomberg.

Uoolu GREIS summit was fully packed
Uoolu GREIS summit was fully packed

En. Huang Xiaodan, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Uoolu melancarkan sidang kemuncak ini dengan memperkenalkan secara strategik Laman Sesawang Global Uoolu yang mencakupi 13 bahasa dan 135 negara. Uoolu berdedikasi untuk membina jaringan yang dapat menghubungkan pengguna global dan hartanah global bagi memudahkan jualan serta perkhidmatan rentas sempadan untuk lebih 100,000 pemaju hartanah. Pada masa kini, pengunjung-pengunjung unik ke Laman Sesawang Global Uoolu meningkat dengan ketara. Sementara itu, tiga angka yang menarik ditunjukkan dalam ucapan En. Huang, 40% pengguna pelaburan global memerlukan pelaburan rentas sempadan, 70% pemaju mempunyai perniagaan antarabangsa dan 25% pendapatan adalah daripada jualan antarabangsa.

Selanjutnya, berdasarkan data raya pengguna global, Uoolu melancarkan dua produk serba baharu, U-data dan G-sale, yang dapat menyelesaikan masalah-masalah utama dalam pelaburan hartanah rentas sempadan. Dengan bantuan U-data, pemaju-pemaju dapat merealisasikan penguasaan potret pembeli rumah global pada waktu nyata. Dalam masa yang sama, G-sale, iaitu penyelesaian pemasaran global yang cekap, membolehkan pemaju melaksanakan dan meluaskan jualan global mereka.

Sidang kemuncak ini melibatkan dua perbincangan panel untuk meninjau isu-isu paling terkini dalam industri hartanah global, termasuk teknologi yang memperkasa pelaburan hartanah global dan peluang untuk hartanah dalam era warga global. Perkongsian dan pandangan daripada para tetamu memberi hala tuju baharu untuk pelaburan rentas sempadan.

Satu lagi kemuncak sidang kemuncak ini ialah majlis penandatanganan strategik Uoolu bersama 17 pemaju dari 7 negara termasuk Eco World dari Malaysia, Ananda dari Thailand, Landsea dari AS, Regal London dari UK, SMDC dari Filipina, Select Property Group dari UK, Oriental Pearl dari UAE, Balance Capital dari AS dan Royal Bridge Capital dari UK. Kerjasama signifikan ini menunjukkan bahawa strategi "Uoolu Global" telah diiktiraf oleh rakan-rakan kongsi seluruh dunianya.

Pada akhir sidang kemuncak, Uoolu memperkenalkan 2 anugerah penting: Jenama-jenama Hartanah Diglobalkan 2018 dan Projek-projek Populariti Diglobalkan 2018. Pautan berikut menunjukkan senarai penerima anugerah: https://mma.prnewswire.com/media/809134/UOOLU_awards.jpg

List of awards
List of awards

Laman Sesawang Uoolu: www.uoolu.com 
Facebook Uoolu: https://www.facebook.com/Uoolu/ 
LinkedIn Uoolu: https://www.linkedin.com/company/uoolu.com/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190116/2348613-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190116/2348613-1-b

Source: Uoolu.com
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Telecommunications Awards New products/services