omniture

LONGi Solar catat rekod dunia sel solar mono-PERC dwimuka baharu pada 24.06 peratus

LONGi Solar
2019-01-18 12:47 506

XI'AN, China, 18 Januari 2019 /PRNewswire/ -- LONGi Solar mengumumkan bahawa ia telah mencapai kecekapan penukaran rekod dunia PERC silikon monohabluran baharu menggunakan dimensi wafer komersial (M2) yang melangkaui 24 peratus buat julung kalinya, menurut ujian yang dijalankan oleh Pusat Pengawasan dan Pemeriksaan Kebangsaan untuk Kualiti Produk Fotovolta Solar (CPVT) di China.

LONGi Solar sets new bifacial mono-PERC solar cell world record at 24.06 percent
LONGi Solar sets new bifacial mono-PERC solar cell world record at 24.06 percent

 

Pencapaian terkini LONGi Solar bagi sel solar PERC dwimuka yang diuji oleh CPVT mencapai kadar penukaran sebanyak 24.06%. CPVT menguji sel PERC silikon monohabluran dalam dimensi wafer standard (156.75x156.75mm2) (M2) yang disediakan oleh LONGi Solar. Sampel sel diukur di bawah keadaan ujian standard untuk ciri-ciri arus-voltan sebagai fungsi beban.

"LONGi Solar mencapai kemajuan besar dalam melakar rekod dunia bagi kecekapan penukaran sel solar PERC tatkala kami memperlihatkan keupayaan berterusan untuk menyediakan produk-produk berkecekapan tinggi kepada pasaran solar global," ujar Li Wenxue, Presiden LONGi Solar. "Rekod terkini kami bagi kecekapan penukaran sel solar turut menyokong kejayaan pelaburan penyelidikan & pembangunan (R&D) kami yang menetapkan penanda aras untuk industri ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini."

Pada April 2017, berdasarkan kepada teknologi pemancar selektif yang digunakan secara meluas dalam pengeluaran besar-besaran praktikal, LONGi Solar melaporkan kadar kecekapan penukaran sel PERC silikon monohabluran sebanyak 22.17% (diuji oleh CPVT) yang menyokong dengan berkesan keperluan bekalan melibatkan keperluan Fasa 3 program pemasangan solar 'Top Runner' China.

Pada Oktober 2017, LONGi Solar memecah rekod dunia bagi kecekapan sel PERC silikon monohabluran dalam dimensi komersial sebanyak 22.71% manakala rekod asal dipecahkan oleh Fraunhofer-ISE dengan 22.61%. Pada bulan yang sama, selaras dengan teknologi MBB, kecekapan penukaran sel meningkat kepada 23.26% dan diuji oleh CPVT, merupakan yang pertama menerobos sempadan kecekapan sebanyak 23%.

Pada Ogos 2018, LONGI Solar mencapai kadar kecekapan tertinggi untuk sel solar dwimuka mono-PERC jenis-P di China dengan kadar kecekapan penukaran sebanyak 23.11%.

"Ini merupakan kali pertama kecekapan sel solar PERC monohabluran dalam dimensi komersial dapat melangkaui 24%," ujar Dr. Li Hua, LONGi Solar, Naib Presiden R&D Sel. "Sejak tiga tahun berturut-turut yang lalu, LONGi Solar membangunkan tiga generasi produk 'Hi-MO' berasaskan teknologi PERC, yang menetapkan penanda aras kecekapan dan keandalan untuk teknologi PERC berkecekapan tinggi dalam industri ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190116/2348806-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities