omniture

Tetra Pak bakal menawarkan teknologi pencetakan digital dengan tahap penyesuaian dan fleksibiliti yang baharu

Ia merupakan yang pertama bagi industri karton minuman, pelaburan ini memanfaatkan kuasa pencetakan digital pada pakej produk untuk menawarkan pelbagai peluang yang baharu bagi pelbagai jenama minuman
Tetra Pak
2019-01-18 14:55 1591

Lausanne, Switzerland (18 Januari 2019) – Tetra Pak bakal menjadi syarikat yang pertama dalam industri karton makanan dan minuman untuk menawarkan pencetakan digital berwarna penuh pada pakej kartonnya, dengan jalinan kolaborasi bersama Koenig & Bauer, iaitu peneraju global dalam bidang pencetakan.

Teknologi pencetakan digital ini akan memudahkan tugasan pengendalian rekaan, di samping menurunkan masa yang diambil bagi tugasan melibatkan proses rekaan sehingga ke proses pencetakan, serta membuka ruang kefleksibelan dalam proses pembuatan tempahan dan penyesuaian produk. Jenama minuman boleh memanfaatkan kelebihan yang lain seperti pencetakan pakej yang dinamik serta keupayaan untuk merangkumkan pelbagai rekaan dalam tempahan yang sama.

Charles Brand, Naib Presiden Eksekutif, Pengurusan Produk & Operasi Komersial di Tetra Pak berkata, "Kami komited untuk membantu para pelanggan kami menerokai kaedah yang baharu dengan pakej yang 'pintar', di samping memenuhi keperluan mereka bagi aspek penyesuaian produk, saiz kelompok tempahan yang lebih kecil, keupayaan pemantauan yang lebih baik dan kebolehan untuk berinteraksi dengan pelanggan. Pelaburan yang dibuat ke atas pencetakan digital ini membuktikan komitmen kami untuk menyokong para pelanggan dengan teknologi alaf baharu sementara kita menjurusi revolusi digital yang mentransformasikan cara kita menjalankan perniagaan."

Mesin pencetak digital berskala penuh sedang dibangunkan oleh Koenig & Bauer dan akan dipasang di kilang penukaran Tetra Pak yang terletak di Denton, Texas. Ujian lapangan bagi pakej karton yang dicetak secara digital dijangka akan bermula pada awal tahun 2020 menerusi demografi Amerika Utara.

Carmen Becker, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tetra Pak Amerika Syarikat dan Kanada, berkata, "Kebanyakan jenama meneruskan usaha untuk menawarkan tahap penyesuaian dan personalisasi yang lebih baik ke atas produk mereka. Atas dasar ini, kami berasa teruja untuk menawarkan pelanggan kami kaedah yang baharu dan inovatif untuk berhubung dengan pengguna, dan pada masa yang sama, meningkatkan tahap kefleksibelan dalam proses rekaan dan pembuatan tempahan."

Christoph Müller, Ahli Lembaga Koenig & Bauer berkata, "Kami berbesar hati kerana Tetra Pak menyokong teknologi pencetak digital kami. Usaha sama yang dijalinkan antara syarikat ini berlandaskan kepercayaan dan keinginan untuk berkembang secara bersama. Saya pasti bahawa, bersama, kita dapat mengubah pasaran yang sedia ada secara signifikan demi manfaat pelanggan Tetra Pak."

TENTANG TETRA PAK

Tetra Pak merupakan sebuah syarikat terkemuka yang menawarkan solusi pemprosesan dan pembungkusan makanan. Menerusi kerjasama yang erat bersama pelanggan dan pembekal, kami menawarkan produk yang selamat, inovatif dan mesra alam kepada jutaan individu setiap hari merentasi 160 buah negara. Dengan lebih daripada 24,000 bilangan kakitangan di seluruh dunia, kami menaruh kepercayaan terhadap kepimpinan industri yang bertanggungjawab serta pendekatan yang mampan diambil terhadap pelbagai jenis perniagaan. Cogan kata kami, "PROTECTS WHAT'S GOOD™," mencerminkan visi kami untuk menjadikan makanan lebih selamat dan tersedia di mana-mana sahaja.  

Maklumat lanjut mengenai Tetra Pak boleh didapati di www.tetrapak.com

TENTANG KOENIG & BAUER

Koenig & Bauer merupakan pengeluar mesin cetak yang kedua terbesar di dunia dengan rangkaian produk yang paling luas di dalam industri berkenaan. Selama 200 tahun, syarikat ini telah mendukung pengaplikasian mesin pencetak dengan teknologi yang inovatif, proses buatan khas serta pelbagai jenis perkhidmatan. Portfolio syarikat ini merangkumi pempakejan wang kertas, 'via board', filem, logam dan kaca, sehingga ke pencetakan yang melibatkan buku, paparan, pengekodan, majalah, pengiklanan, pakej permukaan beralun serta surat khabar. Ofset suapan helaian lembaran dan suapan gulungan lembaran serta pencetakan fleksografi, ofset kering, pencetakan intaglio, penyempurnaan serentak dan pencetakan skrin atau jet dakwat digital – Koenig & Bauer mampu mengendalikan hampir semua jenis proses pencetakan dan merupakan peneraju pasaran bagi kebanyakan proses berkenaan. Sepanjangan tahun kewangan 2017, sekitar 5,600 kakitangan yang berkelayakan di seluruh dunia telah merekodkan jualan tahunan yang bernilai lebih daripada EUR 1.2 bilion.

Maklumat lanjut mengenai Keonig & Bauer boleh didapati di www.koenig-bauer.com

Source: Tetra Pak
Keywords: Computer/Electronics Food/Beverages Internet Technology