omniture

Neymar dan Tuchel menang perlumbaan Unta Paris Saint-Germain yang pertama

Paris Saint Germain Football
2019-01-19 02:28 1558

DOHA, Qatar, 19 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Skuad Paris Saint-Germain melakar sejarah pada hari ini di tempat perlumbaan Al Shahaniya berdekatan Doha, dengan bertanding di dalam perlumbaan unta sebagai sebahagian daripada acara Qatar Tour 2019.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8483851-paris-saint-germain-football-camel-race/   

Bersama galakan semangat melalui ucapan daripada pengurus Thomas Tuchel di dalam khemah sebelum perlumbaan, para pemain Paris Saint-Germain kemudiannya menaiki 4x4 yang disediakan oleh pihak penganjur, dengan setiap pemain mengawal unta mereka melalui walkie-talkie. 13 unta yang bertanding merentasi laluan perlumbaan sejauh 4km dengan kelajuan mencecah 40km, di mana para pemain mengawal unta-unta mereka dengan kenderaan yang dinaiki di sepanjang perjalanan.

Neymar Jr. dan Thomas Tuchel berjaya menjadi juara di dalam perlumbaan sengit pada waktu pagi tersebut. Kedua-duanya memenangi cek bernilai €25,000 euro daripada rakan kongsi rasmi kelab tersebut, Ooredoo selaku operator telefon Qatar, dan wang tersebut akan disumbangkan kepada dana Pemangkin Paris Saint-Germain.

Thomas Tuchel bergurau menyatakan: "Saya tidak boleh mendedahkan teknik saya untuk memenangi perlumbaan ini, saya tahu bahawa kemenangan saya adalah sukar untuk diterima pemain-pemain lain... Namun ia adalah suatu cabaran taktik yang ekstrim! Perkara yang paling penting adalah untuk menang, saya harus bersedia untuk meningkatkan usaha dan menunjukkan contoh. Saya sangat berbangga di mana kemenangan ini telah membolehkan saya untuk menyumbang di dalam Dana Pemangkin Paris Saint-Germain, yang merupakan kunci penting bagi kelab ini, jadi ini merupakan suatu kejayaan yang besar buat saya."

Setelah mendengar secara teliti mengenai arahan-arahan yang diberikan, Neymar Jr. menyambut kemenangannya dan berkata: "Saya sangat gembira. Kumpulan kami adalah yang terpantas. Dani mendapat tempat ke-3 dan saya di tempat yang pertama.  Saya menang! Saya menang! "

Perlumbaan unta adalah sangat popular di Qatar dan Emirate, sebagai sebahagian daripada sukan tradisi yang hebat di negara Teluk tersebut.

Usai perlumbaan, para pemain Paris Saint-Germain kembali ke hotel mereka untuk sesi latihan waktu petang. Mereka akan meninggalkan Qatar pada 17 Januari, selepas latihan intensif selama seminggu, aktiviti-aktiviti tajaan dan temubual media.

https://mma.prnewswire.com/media/808547/Paris_Saint_Germain_Logo.jpg 
https://www.multivu.com/players/uk/8483851-paris-saint-germain-football-camel-race/
 

Source: Paris Saint Germain Football
Keywords: Sporting Events Sports