omniture

Arkema Umum Kenaikan Harga Floropolimer di Asia Pasifik

Arkema
2019-01-21 08:13 720

SHANGHAI, 21 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Berkuatkuasa 1 Mac 2019, atau seperti yang dibenarkan oleh kontrak yang sedia ada, Arkema meningkat sebanyak 0.8 US$/kg harga rangkaian produk floropolimer Kynar® di Asia Pasifik. Peningkatan harga ini adalah perlu kerana kenaikan harga bahan mentah yang berterusan.

Resin Kynar® PVDF digunakan secara meluas dalam industri tradisional seperti lapis salutan seni bina, industri pemprosesan kimia, dawai dan kabel, serta industri tenaga lestari dan boleh diperbaharui seperti rawatan air, bateri litium-ion untuk kenderaan elektrik, dan tenaga solar fotovolta.

Pereka bahan dan penyelesaian inovatif, Arkema membentuk bahan dan mencipta kegunaan baharu yang mempercepatkan prestasi pelanggan. Portfolio perniagaan seimbang kami meliputi Bahan-Bahan Prestasi Tinggi, Bahan Khusus Perindustrian dan Penyelesaian Salutan. Jenama-jenama kami yang diiktiraf di peringkat global disenaraikan dalam kalangan peneraju dalam pasaran yang kami sertai. Melaporkan jualan tahunan sebanyak €8.3 bilion ($9.4 bilion) pada tahun 2017, kami menggaji kira-kira 20,000 orang di seluruh dunia dan beroperasi dalam kira-kira 55 negara. Kami komited untuk terlibat secara aktif dengan semua pemegang kepentingan kami. Pusat penyelidikan kami di Amerika Utara, Perancis dan Asia menumpukan kepada kemajuan dalam produk berasaskan bio, tenaga baharu, pengurusan air, penyelesaian elektronik, bahan ringan dan reka bentuk, kecekapan dan penebat rumah. www.arkema.com

Source: Arkema
Keywords: Utilities