omniture

ZTE dan China Unicom Selesaikan Panggilan 5G Pertama Dunia dengan Telefon Pintar Prototaip 5G ZTE

ZTE Corporation
2019-01-21 08:24 982

SHENZHEN, China, 21 Januari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa ZTE dan China Unicom cawangan Guangdong telah membuat panggilan 5G pertama dunia menggunakan telefon pintar prototaip 5G ZTE di lapangan percubaan 5G Shenzhen. Ujian tersebut turut menyelesaikan pengesahan pelbagai perkhidmatan seperti panggilan suara berkumpulan Wechat, video dalam talian dan pelayaran web.

Pencapaian ini menjadikan lapangan China Unicom Shenzhen sebagai lapangan ujian komersial pertama dunia yang membuat panggilan pertama dalam mod NSA dan mematuhi 3GPP Rel-15. Dikenali sebagai "Bandar Inovasi", Shenzhen ialah salah satu bandar perintis 5G pertama China Unicom. Shenzhen memberikan pengesahan penuh keupayaan perangkaian, perkhidmatan khas, perayauan dan saling sambungan peralatan rangkaian 5G serta kesinambungan perkhidmatan sedia ada secara berperingkat-peringkat, seraya menyediakan asas kukuh untuk pembinaan komersial rangkaian 5G keseluruhan.

Ujian ini mengguna pakai penyelesaian hujung-ke-hujung 5G ZTE, termasuk rangkaian akses radio, rangkaian teras, rangkaian pengangkutan dan peranti pintar, merealisasikan sambungan dengan telefon pintar prototaip 5G ZTE dalam persekitaran lapangan.

Sementara itu, ujian berkenaan mengesahkan beberapa teknologi utama 5G seperti MIMO Besar, 5G NR, dwisambungan NSA, teknologi pengangkutan FlexE dan 5G Common Core.

Sebagai salah satu penyedia peralatan telekomunikasi utama dunia, ZTE menjadi peneraju dalam teknologi 5G, peralatan 5G dan produk 5G. Panggilan pertama menggunakan telefon pintar prototaip 5G ZTE dalam mod NSA yang dijalankan di lapangan China Unicom Shenzhen membuahkan hasil. Penyelesaian 5G ZTE melepasi ujian hujung-ke-hujung dalam tempoh tiga bulan selepas pelancaran 3GPP Rel-15. Ini menunjukkan kecekapan ZTE yang mantap dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) 5G dan pengkomersialan, justeru menunjukkan peranan ZTE sebagai rakan kongsi andal untuk pengendali 5G global dan pengusaha utama dalam industri 5G.

Latar Belakang ZTE
ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Hubungan Media:

Margaret Ma                       
ZTE Corporation                    
Tel: +86 755 26775189              
Emel: ma.gaili@zte.com.cn    

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment