omniture

Manufacturing World Japan 2019 bakal diadakan dari 6 - 8 Februari 2019 di Tokyo

Terkemuka di dunia -- 1,530* pempamer & 80,000* pengunjung
Reed Exhibitions Japan Ltd.
2019-01-22 22:12 1131

TOKYO, 22 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Reed Exhibitions Japan Ltd., penganjur pameran perdagangan yang terbesar di Jepun mengumumkan bahawa Manufacturing World Japan 2019 bakal kembali di Tokyo Big Sight mulai 6 - 8 Februari 2019.

Suasana Pameran 2018
Suasana Pameran 2018

<Ciri 1> Mencakupi Seluruh Industri Pembuatan

Manufacturing World Japan 2019 ialah salah satu pameran perdagangan yang terkemuka di dunia untuk seluruh industri pembuatan. Tahun ini, seramai 80,000* pengunjung profesional dan 1,530* pempamer akan berhimpun menerusi 7 pameran termasuk 4 pameran BAHARU. Di sini, pengunjung dapat melihat semua jenis bahan/komponen & teknologi untuk pembuatan, perkhidmatan subkontrak & teknologi gerakan/motor, teknologi/penyelesaian AI/IoT & 3D/VR untuk industri pembuatan, teknologi pencetakan 3D & pembuatan aditif, dan sebagainya. Untuk butiran lanjut, sila rujuk https://www.japan-mfg.jp/en-gb.html

<Ciri 2> Platform Terbaik untuk Alami Teknologi Terkini dan Termaju Dunia

Memandangkan keperluan terhadap kualiti daripada para pengeluar Jepun terkenal sebagai amat tinggi, semua pempamer akan mempamerkan produk/teknologi/penyelesaian terkini mereka menggunakan semua kemahiran mereka. Sekiranya pengunjung ingin melihat kemahiran terbaik dalam pemprosesan logam/fabrikasi mikro hasil daripada usaha dan sejarah oleh tukang yang mahir, atau bergelut dengan masalah mengenai produk mereka dalam tempoh yang lama, mereka tidak seharusnya melepaskan pameran ini.

<Ciri 3> Syarikat-syarikat Utama Dunia Berhimpun di bawah Satu Bumbung

Banyak syarikat utama dari seluruh dunia mengadakan pameran di Manufacturing World Japan 2019. Syarikat-syarikat ini memperkenalkan teknologi/produk terkini di dunia yang "Wajib Disaksikan" oleh semua golongan profesional yang bekerja dalam industri pembuatan. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan penyelesaian terkini dunia untuk pembuatan.

<Ciri 4> Persidangan oleh Pemimpin-pemimpin Utama

Sesi Ucaptama & Sesi Khas akan diadakan sebagai acara-acara serentak dalam pameran perdagangan berkenaan. Pemimpin-pemimpin industri utama daripada syarikat-syarikat global yang terkemuka seperti MAZDA MOTOR, OLYMPUS, HONDA, BOSCH, NIKON, FUJI XEROX, KONICA MINOLTA, SUBARU MOTOR, PANASONIC, FUJITSU, IBM JAPAN dan sebagainya akan mendedahkan topik-topik terkini mereka dalam inovasi pembuatan, teknologi IoT, kilang pintar, strategi IT untuk industri pembuatan dan sebagainya.

Manufacturing World Japan 2019 sememangnya merupakan pameran yang harus dihadiri oleh setiap individu yang bekerja dalam industri pembuatan.

Untuk maklumat tentang tiket pengunjung atau maklumat lanjut tentang Manufacturing World Japan 2019, sila kunjungi Laman Sesawang Rasmi: https://www.japan-mfg.jp/en-gb.html 

*jangkaan

Hubungi

Penganjur: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Manufacturing World Show Management
Yifan WANG (Cik)
TEL: +81-3-3349-8506
E-mel: mfg-japan@reedexpo.co.jp  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190121/2352208-1

Source: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Keywords: Machinery Mining/Metals Trade show news Future Events