omniture

ADNOC Dinamakan Jenama Paling Bernilai Timur Tengah

ADNOC
2019-01-23 22:09 769

ABU DHABI, UAE, 23 Januari 2019 /PRNewswire/ --

Pengiktirafan susulan penyatuan jenama ADNOC yang menyerlahkan skala perniagaannya, sumbangan positifnya terhadap ekonomi UAE dan impak industri

ADNOC terus maju melalui transformasi menjadi syarikat tenaga global bersepadu yang terkemuka disokong oleh pemasaran proaktif dan komunikasi strategik

Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) telahpun dinamakan sebagai jenama paling bernilai di Timur Tengah, oleh Brand Finance, perunding penilaian jenama dan strategi yang terkemuka di dunia.

generated by system

ADNOC, ialah syarikat minyak dan gas serantau pertama yang dikemukakan dalam laporan Brand Finance Global 500 tahunan dengan nilai jenama mencecah US $8.9 bilion (AED 32.69 bilion). Ia merupakan salah satu daripada lima jenama Timur Tengah yang dimasukkan ke dalam senarai 500 jenama paling bernilai di dunia.

Tuan Yang Terutama Dr Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Negara UAE dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADNOC berkata: "Selari dengan bimbingan kepimpinan, ADNOC telah menjalani transformasi perniagaan yang signifikan, disokong oleh perkongsian dan pelaburan inovatif yang merupakan kunci untuk membuka dan memaksimumkan nilai dalam seluruh portfolio kami."

"Strategi transformasi dan pertumbuhan ADNOC disokong oleh komunikasi dan pemasaran yang telus, proaktif dan strategik, yang memainkan peranan kritikal dalam mengukuhkan skala perniagaan kami, saiz sumbangan kami kepada ekonomi UAE dan keluasan impak kami terhadap industri minyak dan gas global."

"Penghormatan ini merupakan satu pengiktirafan yang berhak diterima hasil kerja keras dan dedikasi semua kakitangan kami yang membentuk semula syarikat tatkala kami terus maju menerusi strategi pertumbuhan 2030 bersepadu kami dan terus membuka, meningkatkan dan mencipta nilai daripada semua sumber kami," tambah T.Y.T. Dr Al Jaber.

Selain ADNOC, dua jenama UAE yang lain, Etisalat dan Emirates dimasukkan ke dalam senarai Brand Finance Global 500 yang diterajui oleh Amazon dan turut melibatkan IBM, Shell, Mercedes-Benz, Samsung dan State Grid China, jenama B2B yang paling bernilai di Asia.

David Haigh, Ketua Pegawai Eksekutif Brand Finance, berkata: "Tatkala ADNOC memanfaatkan peluang yang dicipta oleh pasaran tenaga yang semakin berkembang, nilai jenamanya memperlihatkan pertumbuhan yang signifikan. Penampilan sulungnya dalam penarafan kami bagi 500 jenama paling bernilai yang terbaik di dunia dan sebagai jenama Timur Tengah yang paling bernilai, menjadi bukti kepada komitmen berterusannya bagi menjadi jenama Syarikat Minyak Kebangsaan masa depan serta peranannya sebagai pemangkin berkuasa untuk pertumbuhan ekonomi, pempelbagaian, penciptaan nilai dalam negara dan pelaburan langsung asing ke UAE."

Sepanjang dua setengah tahun yang lalu, ADNOC telahpun:

  • Menggabungkan perniagaan kami dan menyatukan identiti jenama kami
  • Menembusi pasaran modal global buat julung kali
  • Melancarkan IPO pertama seumpamanya untuk perniagaan ADNOC
  • Membuka konsesi kepada rakan-rakan kongsi strategik baharu
  • Menawarkan tender blok penerokaan baharu secara kompetitif
  • Memulakan transfromasi digital yang komprehensif
  • Mengambil langkah pertama untuk berkembang ke peringkat antarabangsa

Nilai jenama difahami sebagai faedah ekonomi bersih yang dicapai oleh pemilik jenama dengan melesenkan jenama dalam pasaran terbuka. Kekuatan jenama dinilai melalui kad skor seimbang faktor-faktor termasuk pelaburan pemasaran, ekuiti pemegang kepentingan dan prestasi perniagaan serta digunakan bagi menentukan bahagian daripada hasil perniagaan yang disumbangkan oleh jenama ini.

Ditubuhkan pada tahun 1996, Brand Finance ialah perunding penilaian perniagaan dan strategi berjenama bebas yang terkemuka di dunia. Beribu pejabat di Bandar Raya London, kami berada di lebih 20 negara. Setiap tahun Brand Finance memberi nilai kepada lebih 3,500 jenama merentas seluruh sektor dan geografi. 500 jenama paling bernilai berkenaan disertakan dalam senarai liga Brand Finance Global 500 2019.

Latar Belakang ADNOC  

ADNOC ialah salah sebuah kumpulan syarikat tenaga dan petrokimia yang pelbagai dan terkemuka di dunia, dengan output harian mencecah kira-kira tiga juta tong minyak dan 10.5 bilion kaki padu gas asli. Menerusi 14 subsidiari pakar dan syarikat-syarikat usaha sama, ADNOC merupakan pemangkin utama kepada pertumbuhan dan pempelbagaian UAE. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi http://www.adnoc.ae.

Sumber: ADNOC

Source: ADNOC
Keywords: Gas Oil/Energy Travel Utilities Awards