omniture

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2019 Anjur 20 Persidangan Promosi Pembangunan Perindustrian

International Signs and LED Exhibition
2019-01-26 00:02 2009

GUANGZHOU, China, 26 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2019, pameran penyelesaian rantaian industri LED bersepadu sepenuhnya selama empat hari yang bakal diadakan dari 3-6 Mac 2019 di Kawasan B, Kompleks Pameran Canton di Guangzhou, China, mengumumkan tawaran perjalanan istimewa kepada kumpulan-kumpulan, selain peluang-peluang baharu kepada lebih 1,800 pengunjung yang dijangkakan untuk menyertai lebih 10 acara di lapangan bersama pengeluar LED terkemuka, pengedar, vendor perkhidmatan dan syarikat pengiklanan selain jabatan kerajaan dan juga pengguna akhir untuk membincangkan tentang peluang-peluang global dalam industri.

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2019 Anjur 20 Persidangan Promosi Pembangunan Perindustrian
Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2019 Anjur 20 Persidangan Promosi Pembangunan Perindustrian

Tawaran Istimewa

Kumpulan yang terdiri daripada 6 orang atau lebih yang menghadiri ISLE dapat menikmati manfaat yang besar termasuk:

  • 6 atau lebih: Penginapan hotel percuma
  • 8 atau lebih: Hadiah istimewa tambahan
  • 12 atau lebih: Perkhidmatan jurubahasa percuma semasa acara berlangsung

ISLE menawarkan faedah-faedah istimewa untuk pengunjung agar mereka dapat bekerjasama dengan rakan-rakan niaga semasa dan berpotensi mereka untuk kekal berada di atas dalam trend industri yang terkini. Selain pameran, ISLE akan turut menganjurkan lebih 20 persidangan untuk golongan profesional huluan dan hiliran yang akan membantu menginspirasikan penemuan pandangan baharu dan membolehkan pengunjung berkongsi wawasan mereka terhadap industri tersebut.

Sorotan utama acara 

Acara

Tarikh

Persidangan jenama perindustrian, menampilkan para peserta daripada persatuan-persatuan

Asia, Timur Tengah, Amerika Utara dan Eropah

3-4 Mac

Pelancaran produk baharu (LED dan Peralatan Pengiklanan)

3-6 Mac

Seminar Industri Papan Tanda China

3 Mac atau 
5 Mac

Aplikasi LED dan papan tanda digital dalam sistem pengangkutan awam Jepun

3 Mac

Forum Industri LED China (Teknologi Baharu)

4 Mac

Pengenalan kepada pasaran Rusia

4 Mac

Seminar Industri Papan Tanda China, difasilitasi oleh pereka-pereka antarabangsa

4 Mac

Aplikasi LED dalam bandar pintar, bangunan pintar, 5G dan IoT

5 Mac

Pembangunan mampan dalam industri LED, perkembangan terkini tentang bahan-bahan

mesra alam terkini dan pensijilan

3 Mac

Mesyuarat promosi LDC diadakan oleh Persatuan Industri LCD Komersial

4-5 Mac

Mesyuarat promosi alatan diadakan oleh Persatuan Industri Alatan Paparan


Latar Belakang ISLE

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2019, dianjurkan oleh Canton Fair Advertising Co., Ltd. dan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp (CFTE) ialah platform penyelesaian rantaian industri LED bersepadu sepenuhnya untuk papan iklan bertaraf profesional, berkarisma dan pintar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190124/2354572-1

Source: International Signs and LED Exhibition
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Utilities Trade show news