HONG KONG, 28 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Sempena menyambut Tahun Khinzir, Harbour City berkongsi beberapa tradisi paling lama pada Tahun Baharu Cina dan mendedahkan ha-hal yang kurang diketahui, menyeronokkan dan lucu yang dapat dilakukan oleh semua individu bagi menambah tuah mereka.
Tahun Baharu Cina ialah festival utama yang dirayakan di seluruh dunia, dengan tradisi-tradisi yang bermula sejak lebih 3,000 tahun lalu. Mewariskannya dari satu generasi ke generasi seterusnya, tradisi-tradisi ini berkembang dari masa ke masa. Dalam satu dialog yang rancak antara selebriti berpengaruh Richard Juan dan Pakar Feng Shui Kelvin Poon, yang menuntut ilmu daripada Pakar terkenal Peter So Man-fung, Harbour City menyinari cahaya baharu pada festival ini dengan lapan perkara untuk dilakukan:
Richard Juan (@richardjuan)
Pernah membesar di Hong Kong dan Filipina, Richard Juan merupakan sebahagian daripada generasi baharu golongan Asia antarabangsa yang diasuh dalam pelbagai budaya, jaringan dan aspirasi. Sebagai pelakon, pengacara dan peragawan, Juan membina kumpulan peminat yang besar kebanyakannya di Asia Tenggara setelah menamatkan pengajian dengan kepujian daripada universiti terbaik di Filipina.
Kelvin Poon
Pakar Feng Shui profesional Kelvin Poon pernah bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan persendirian dan korporat dari Hong Kong dan seluruh dunia selama lebih 10 tahun lamanya. Hasil kerja beliau pernah dipaparkan dalam CNN Money dan The Economic Times.
Talian Penting Pertanyaan Pelanggan: (852) 2118 8666 Laman Sesawang: www.harbourcity.com.hk
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20190124HarbourCity.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190124/2354593-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190124/2354593-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO