omniture

Viktor&Rolf Melancarkan Spicebomb Night Vision, Eau de Toilette Baharu untuk Lelaki

VIKTORROLF FRAGRANCES
2019-01-30 02:43 620

PARIS, 30 Januari 2019 /PRNewswire/ --

Viktor&Rolf Spicebomb Night Vision Lelaki: 
https://www.youtube.com/watch?v=Q9laji_Hu5Q&feature=youtu.be

Viktor&Rolf dengan bangganya mengumumkan pelancaran Spicebomb Night Vision, wangian baharu untuk lelaki. Produk ini akan tersedia di seluruh dunia bermula 26 Januari2019. Viktor&Rolf sebelum ini mewujudkan gaya provokasi sama yang mencabar kod fesyen dan wangian. Mereka ingin mempersembahkan wangian baharu lelaki ini seperti sebuah persembahan yang menggoda. Diperhatikan itu adalah seperti dijejaki.

generated by system

generated by system

generated by system

Pertama kali dilancarkan pada 2012, Spicebomb daripada Viktor&Rolf ini merupakan komposisi bau kayu dan rempah dengan gaya oriental yang ekstrovert. Hari ini, Viktor&Rolf kembali ke wangian maskulin ikonik mereka dengan adunan baharu: kesegaran hijau terasa dalam komposisi bertentangan bau rempah hitam yang paling kuat. Mencipta bau sensual untuk menggoda dalam gelap, pakar wangian Nathalie Lorson and Pierre Negrin daripada Firmenich membayangkan Fougère Woody, sejenis bau maskulin yang setara dengan wangian hebat lain.

Viktor&Rolf menggambarkan wangian tersebut sebagai mengandungi not gabungan pelaga hijau, esen limau mandarin hijau dan epal Granny Smith yang mengurangkan bau rempah cili hitam serta bau kelelakian hasil gabungan esen lada hitam, cengkih dan buah pala. Sedikit bau badam panggang menjadikan bau ini lebih digemari bersama not kacang tonka yang lebih jelas dan berkayu.

Viktor&Rolf telah mencipta Eau de Toilette yang sangat menyegarkan, menjadikan Viktor&Rolf Spicebomb sebagai satu permainan menggoda, sensual dan maskulin.

Kempen

Kempen pelancaran ini juga mengetengahkan Viktor&Rolf Spicebomb Night Vision: sebuah filem oleh Inez & Vinoodh, dibintangi oleh Jacob Whitesides.

Dirakamkan dengan cara baharu yang berbeza untuk Viktor&Rolf Spicebomb Night Vision, Jacob Whitesides menjadi seorang provokatur, menunjukkan kuasa godaan yang berbahaya dan perkara yang terjadi di sebalik lampu yang terpadam.

Dirakamkan melalui lensa kamera penglihatan malam, pemuzik itu menjadi permainan yang boleh dilihat dalam gelap.  Beliau tidak dirakamkan secara rahsia. Rakaman berganti-ganti antara perakam dan yang dirakamkan, lelaki ini memerlukan pengawasan. Inez & Vinoodh sengaja membiarkan penonton tertanya-tanya siapa lagi yang sedang menonton dengan merakamkan pelbagai versi bahagian akhir. 

Viktor&Rolf Spicebomb Night Vision Wanita:
https://www.youtube.com/watch?v=4vKL35XPnjM&feature=youtu.be

#LIGHTSOFFGAMEON
#SPICEBOMBNIGHTVISION
@VIKTORANDROLF_FRAGRANCES

 

Source: VIKTORROLF FRAGRANCES
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail