omniture

Penyelesaian Pengawasan IP Dipermudah Ruijie Networks di Stadium Sharjah untuk Piala Asia 2019

Ruijie Networks Co., Ltd.
2019-01-31 11:03 411

BEIJING, 31 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Piala Asia 2019 diadakan di UAE, dan antara 51 perlawanan yang berlangsung, Stadium Sharjah menjadi tuan rumah kepada 5 perlawanan peringkat kumpulan dan 1 perlawanan peringkat kalah mati. Sebagai persiapan, stadium tersebut mengguna pakai penyelesaian pengawasan IP dipermudah daripada Ruijie bagi meningkatkan tahap keselamatan acara sepenuhnya.

Penyelesaian ini mengguna pakai suis perindustrian siri RG-IS2700-P yang digunakan di lokasi-lokasi berbeza bagi membekalkan kuasa kepada kamera melalui teknologi PoE dan menyediakan angkut balik gentian. Suis teras RG-S5750 disambungkan kepada suis akses melalui port gentian dan dapat mengakses kamera melalui PoE yang memudahkan topologi penyelesaian serta memendekkan tempoh pelaksanaan.

Suis siri RG-S5750 menerima pakai reka bentuk seni bina perkakasan termaju dalam industri, menyediakan saiz jadual yang lebih besar, prestasi pemprosesan perkakasan yang lebih pantas, dan pengalaman operasi yang lebih mudah. Ruang cache yang tersedia untuk setiap port ditambah beberapa kali ganda, memberikan peningkatan yang amat tinggi bagi prestasi pemajuan untuk lonjakan trafik. Hasil daripada trafik utara-selatan yang tinggi dalam mengakses kamera pemantauan dan lonjakan trafik yang mungkin terhasil lantaran perubahan pada skrin pemantauan, keupayaan cache pada port akses dan saling sambungan dioptimumkan, yang dapat memastikan kelancaran video pengawasan dengan berkesan.

Sebagai produk gred-perindustrian, suis RG-IS2700-P Ruijie bukan sekadar mengguna pakai cip gred-perindustrian utama, tetapi turut menyokong Pensuisan Perlindungan Gelang Ethernet, Dasar Perlindungan CPU, Dasar Perlindungan Asas Rangkaian, dan sebagainya. Dengan kualiti perindustrian yang cemerlang seperti antigetaran, kalis debu dan perlindungan daripada kilat, ia mengguna pakai reka bentuk tanpa kipas dan sarung aloi aluminium lesap haba berkecekapan tinggi, yang dapat beroperasi dengan stabil dalam julat suhu -40ºC hingga 75ºC serta mampu menghadapi persekitaran luar yang mencabar.

Ruijie menjadi penyedia perkhidmatan rangkaian untuk semakin banyak acara utama dan persidangan antarabangsa yang penting. Bermula dengan acara sukan seperti Sukan Olimpik Beijing, Sukan Asia Guangzhou dan pusingan kelayakan Piala Dunia antara China dan Korea di Pusat Sukan Helong, kepada acara-acara berskala besar yang menyediakan Wi-Fi kepada lebih 10,000 pengguna seperti Persidangan Rakan Kongsi Tencent, Persidangan Pengkomputeran Alibaba dan juga Musim Panas Suning, Ruijie telah pun memberi sokongan penting, dengan itu menerima pengiktirafan yang tinggi daripada para pengguna.

 

Source: Ruijie Networks Co., Ltd.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics High Tech Security Contracts