omniture

EXANTE Peroleh Lesen SFC Sediakan Perkhidmatan Pelaburan di Hong Kong

EXANTE
2019-01-31 20:11 2530

HONG KONG, 31 Januari 2019 /PRNewswire/ --

EXANTE dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kini ia merupakan broker berlesen SFC di Hong Kong (No. lesen BNN565). Pelanggan-pelanggan berpeluang mendapat manfaat menerusi akses langsung daripada satu akaun kepada pelbagai pilihan EXANTE yang terdiri daripada lebih 100,000 instrumen termasuk Sekuriti, Ekuiti, Bon dan Derivatif seperti Niaga Hadapan dan Opsyen. 

5 sebab utama untuk berdagang dengan EXANTE:  

  • Gedung semua-dalam-satu: Akses langsung kepada produk dan instrumen global daripada satu akaun berbilang mata wang. Semua instrumen yang didagangkan akan diimbangi kedudukannya antara satu sama lain untuk terus meningkatkan utiliti pembiayaan untuk pelabur dan pedagang. Pelabur dan pedagang dapat mengawal portfolio dan pesanan mereka menggunakan komputer meja setempat, web dan aplikasi mudah alih.
  • Cekap-kos: Dengan EXANTE, pelanggan boleh mendagangkan sebarang instrumen yang mereka inginkan termasuk sekuriti, dana, opsyen dan niaga hadapan seraya dapat menjimatkan komisen berbanding berdagang melalui beberapa broker.
  • Mudah: EXANTE menawarkan struktur pengaturan yang ringkas dan pengurusan akaun yang mudah untuk pelanggan individu dan korporat.
  • Senang: Pasukan sokongan tersedia sepanjang masa dalam Bahasa Cina - Kantonis, Mandarin dan Bahasa Inggeris. Pasukan jualan EXANTE sentiasa terbuka untuk pertemuan secara bersemuka di pejabat Hong Kong.
  • Selamat: Pelanggan-pelanggan tertakluk kepada perlindungan oleh kerajaan sehingga HK$150,000 untuk akaun sekuriti dan derivatif. EXANTE turut dilesenkan oleh FCA (United Kingdom), CySEC (Cyprus) dan MFSA (Malta).

"Kehadiran global sentiasa menjadi salah satu keutamaan tertinggi EXANTE. Hong Kong sememangnya lokasi sangat baik untuk mula mendekati pelabur di seluruh dunia dan mempelbagaikan tawaran produk kami. Banyak lagi yang bakal menyusul tatkala kami meneruskan kerjasama kami dengan banyak bidang kuasa Asia lain untuk mengembangkan perniagaan kami di sana," - kata Philip Ko, Ketua Eksekutif, Asia.

Latar Belakang EXANTE: 

EXANTE ialah sebuah syarikat perkhidmatan pelaburan bertaraf global yang ditubuhkan pada tahun 2011 yang menawarkan perkhidmatan kewangan berbilang aset global termasuk akses langsung kepada lebih 50 pasaran kewangan di AS, Kesatuan Eropah dan Asia Pasifik.

Individu untuk dihubungi: Derek Chen - derek.chen@exante.asia atau Daniel Yeo - daniel.yeo@exante.asia
Alamat pejabat: L8, 88 Jalan Gloucester, Wanchai, Hong Kong
No. telefon pejabat: +852-9023-5773
Laman sesawang: exante.asia

Source: EXANTE
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service New products/services