omniture

University of Cape Town Business School Perkukuh Kedudukan Global

University of Cape Town, Graduate School of Business
2019-02-02 00:38 1400

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 2 Februari 2019 /PRNewswire/ --

Akreditasi global bantu tekankan kepentingan belajar dalam pasaran baru muncul, kata pakar.   

University of Cape Town Graduate School of Business (UCT GSB) di Afrika Selatan dan 14 sekolah perniagaan lain dari seluruh dunia diakreditasi semula oleh Yayasan Eropah untuk Pembangunan Pengurusan (EFMD) menerusi cop kelulusan EQUIS.

EFMD menganugerahi Sistem Peningkatan Kualiti Eropah (EQUIS) kepada UCT GSB memandangkan sekolah perniagaan berkenaan menunjukkan peningkatan kualiti yang berterusan sejajar dengan piawaian antarabangsa berhubung tadbir urus, program, mahasiswa, fakulti dan penyelidikan selain internalisasi, etika, tanggungjawab dan kemampanan.

"UCT GSB berbesar hati untuk berkongsi akreditasi EQUIS bersama sekolah-sekolah perniagaan bertaraf dunia di serata dunia," kata Pemangku Pengarah Perniagaan UCT GSB Kosheek Sewchurran. "Ia menunjukkan bahawa komitmen kami terhadap pengantarabangsaan selain usaha-usaha kami untuk memastikan sekolah perniagaan ini berada di tahap paling maju dalam pendidikan pengurusan di Afrika benar-benar membuahkan hasil."

UCT GSB ialah salah sebuah daripada 14 sekolah perniagaan yang diakreditasi semula dan turut serta bersama hanya 180 sekolah perniagaan merentas 44 negara yang mendapat akreditasi EQUIS. Sekolah perniagaan ini merupakan sekolah perniagaan pertama di Afrika Selatan yang memperoleh akreditasi EQUIS pada tahun 2001 dan berjaya mengekalkan pencapaian ini selama 17 tahun. Ia juga merupakan salah sebuah daripada tiga sekolah perniagaan di Afrika yang mendapat tiga akreditasi penting yang bermakna ia turut diakreditasi oleh Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) dan The Association of MBAs (AMBA).

"Akreditasi bertujuan untuk meningkatkan piawaian dalam pendidikan perniagaan dan menggalakkan kecemerlangan dalam pembangunan pengurusan dan sekolah-sekolah perniagaan perlu memohon semula untuk mendapat akreditasi setiap tiga hingga lima tahun, maka ini merupakan satu amalan dalam penilaian kendiri dan penambahbaikan yang berterusan," kata Profesor Madya Sewchurran.

Sewchurran menambah bahawa mobiliti antarabangsa dalam dunia perniagaan global hari ini merupakan keperluan utama dan akreditasi dapat membantu sekolah-sekolah perniagaan dalam pasaran-pasaran baru muncul untuk menonjolkan perkaitan antarabangsa, seraya membolehkannya untuk menarik mahasiswa-mahasiswa antarabangsa dan fakulti yang ingin membezakan diri mereka dalam persekitaran yang kompetitif masa kini.

Laporan Tinjauan Majikan Global QS mendapati bahawa lebih 80% daripada 10,000 majikan di 116 negara dalam lima benua aktif mencari siswazah yang belajar di luar negara. Dalam ekonomi global, pengalaman antarabangsa, kemahiran antara budaya, kebolehsesuaian dan pengalaman praktikal amat dititikberatkan.

"MBA dalam ekonomi pasaran baru muncul yang pantas berkembang menawarkan kesemua ini dan banyak lagi kepada mahasiswa-mahasiswa antarabangsa," kata Sewchurran. "Disebabkan oleh tahap kerumitan dan ketidaktentuan tinggi yang dibawakan oleh pasaran-pasaran ini, ia menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mahasiswa-mahasiswa bidang perniagaan yang ingin mendapatkan kelebihannya."

"MBA dalam pasaran baru muncul membawakan pengalaman yang beraneka dalam menginovasi penyelesaian - keperluan penting dalam perniagaan moden," seperti yang dipersetujui oleh Amena Hayat Pengurus Perkhidmatan Kerjaya di UCT GSB. Memandangkan kebanyakan inovasi dalam pasaran baru muncul dipacu oleh keperluan sebenar untuk menyelesaikan cabaran seperti kekurangan perkhidmatan penjagaan kesihatan atau pendidikan, menurut takrifannya, ia berhubung dengan kemampanan – yang menawarkan satu lagi aspek menarik terhadap hal berkenaan, tambah beliau.

Melanjutkan pengajian dalam pasaran baru muncul juga dapat membantu mahasiswa-mahasiswa memupuk sikap tekad, mengukuhkan kebolehan mereka untuk berkolaborasi merentas budaya dan memupuk sifat kerendahan diri mereka.

"Meskipun banyak sekolah berkedudukan tertinggi di seluruh dunia menawarkan pilihan lawatan sambil belajar dan semester di luar negara untuk mahasiswa-mahasiswa – kepentingan penglibatan penuh sepanjang tahun dalam persekitaran ini dapat mempersiapkan anda untuk menghadapi dunia perniagaan sebenar yang tidak dapat diberikan oleh mana-mana sekolah lain," kata Hayat.

MBA dalam pasaran baru muncul juga dapat menawarkan mahasiswa-mahasiswa dengan nilai yang bagus untuk wang memandangkan yuran dalam mata wang tempatan adalah lebih menguntungkan berbanding dalam nilai mata wang dolar, euro mahupun paun.

"Apabila anda menggabungkan aspek ini dengan kekukuhan akreditasi dan penglibatan mendalam dalam perniagaan di perbatasan, terdapat kelebihan luar biasa yang ditawarkan kepada mahasiswa-mahasiswa antarabangsa," kata Hayat.

Dikeluarkan oleh: Rothko PR bagi pihak UCT Graduate School of Business

Butiran perhubungan: Michelle Ford, +27-21-448-9457, Rothko PR, 225 Lower Main Road, Observatory, Cape Town

Source: University of Cape Town, Graduate School of Business
Keywords: Education Higher Education