SHENZHEN, China, 6 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Mindray (SZSE: 300760), pembangun dan penyedia utama global bagi peralatan dan penyelesaian perubatan, mengumumkan pelancaran rasmi rangkaian monitor pesakit serba baharunya, ePM Series, pada lewat Januari 2019.
Sebagai generasi keempat monitor penumpuan sederhana Mindray yang popular dan amat dinanti-nantikan, ePM Series memberikan pengalaman visual yang cemerlang, operasi pintar, pengukuran fisiologi yang tepat, aliran kerja lancar dan pilihan sambungan yang komprehensif untuk persekitaran hospital yang mencabar, seperti bilik kecemasan, unit pemulihan, unit sub-akut dan wad umum.
"Menggabungkan berdekad-dekad wawasan klinikal, monitor pesakit ePM Series baharu kami direka untuk menangani masalah pemantauan pelanggan-pelanggan kami di tempat penjagaan sub-akut," menurut Sabrina Lin, Pengarah Perniagaan Kanan, Unit Perniagaan PMLS di Mindray.
Dibangunkan berkisarkan falsafah kesederhanaan, ePM Series membawakan pengalaman pengguna seakan-akan telefon pintar. Sebagai monitor pertama yang menyokong operasi gerakan dalam pasaran monitor pesakit penumpuan sederhana, ia mudah digunakan tanpa perlu mengorbankan sebarang fungsi. Aliran kerja yang cekap didayakan oleh reka bentuk antara muka pengguna yang mesra pengguna yang membolehkan penjaga pesakit mengakses fungsi-fungsi biasa tidak lebih daripada 2 langkah.
ePM Series dilengkapi dengan pelbagai Aplikasi Bantuan Klinikal (CAA) seperti Penskoran Amaran Awal (EWS) automatik yang membantu pengasuh pesakit mengenal pasti pesakit-pesakit yang semakin merosot tahap kesihatannya dengan lebih cepat dan lebih tepat. Alatan ukuran lain direka khas untuk neonat bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam NICU.
Dalam banyak keadaan, pesakit-pesakit di kawasan penjagaan penumpuan sederhana sedar dan bergerak, menyebabkan gangguan tidak disengajakan dan tidak diundang serta isyarat palsu semasa memantau. Ini dapat membebankan lagi penjaga pesakit yang sudah sangat sibuk, membawa kepada peningkatan risiko keletihan akibat penggera.
ePM Series menampilkan teknologi CrozFusion™ inovatif, yang menggabungkan dan menganalisis bentuk gelombang pletismograf SpO2 dan ECG untuk membantu mengurangkan isyarat palsu aritmia sebanyak 50% dan meningkatkan ketepatan kadar denyutan jantung dan kadar denyutan nadi sebanyak 30%.
Dengan sambungan lancar kepada Stesen Pusat atau Rekod Perubatan Elektronik (EMR) hospital, ePM Series membolehkan pemantauan berterusan dibuat pada tempat jagaan, sama ada di sisi katil pesakit atau ketika bergerak.
Mewarisi kelebihan daripada tiga generasi terakhir (509, PM-9000 dan iPM Series), monitor pesakit ePM Series bakal mencipta pencapaian baharu dalam evolusi teknologi pemantauan pesakit penumpuan sederhana Mindray.
"ePM Series menonjolkan misi kami dengan baik -- teknologi perubatan termaju untuk menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses," kata Huang Haitao, Naib Presiden Mindray.
* Sumber: Pangkalan data gabungan berbilang parameter Mindray.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190204/2364487-1