omniture

Sunhak Peace Prize bagi 2019 Diadakan di Seoul Anugerahi Akinwumi Ayodeji Adesina & Waris Dirie

The Sunhak Peace Prize Committee
2019-02-09 19:38 2079

SEOUL, Korea Selatan, 9 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Jawatankuasa Sunhak Peace Prize mengadakan Upacara Penganugerahan Sunhak Peace Prize 2019 pada 9 Februari jam 10 pagi di Jamsil Lotte Hotel World.

Sunhak Peace Prize 2019 dianugerahkan kepada Dr. Akinwumi Adesina, Presiden African Development Bank Group dan juga kepada Waris Dirie, aktivis hak asasi manusia bagi Mutilasi Alat Kelamin Wanita (FGM).

Dr. Akinwumi Adesina
Dr. Akinwumi Adesina

 

Waris Dirie
Waris Dirie

 

Dr. Hak Ja Han Moon, Dr. Akinwumi Adesina, Waris Dirie and Committee Chair, Dr. Il Sik Hong
Dr. Hak Ja Han Moon, Dr. Akinwumi Adesina, Waris Dirie and Committee Chair, Dr. Il Sik Hong

Jawatankuasa berkenaan mengiktiraf pencapaian Dr. Adesina dalam meningkatkan ekonomi Afrika dengan mempromosi Tadbir Urus Baik dan dalam menerajui inovasi pertanian. Pencapaian beliau menyumbang kepada sekuriti makanan di Afrika yang bertujuan untuk menambah baik kehidupan berjuta-juta penduduk yang hidup dalam kemiskinan di Afrika.

Jawatankuasa berkenaan menganugerahi Waris Dirie sebagai pengiktirafan kepada sokongan tanpa jemu beliau terhadap hak-hak asasi kanak-kanak perempuan dan wanita serta gesaan beliau terhadap resolusi seluruh dunia bagi pembasmian amalan FGM, seraya melindungi kanak-kanak perempuan yang menghadapi risiko FGM.

Di Upacara Penganugerahan tersebut, setiap penerima anugerah menerima hadiah US$500,000, berserta pingat dan plak yang disampaikan oleh pengasas Dr. Hak Ja Han Moon dan Pengerusi Jawatankuasa Dr. Il Sik Hong.

Upacara berkenaan dihadiri oleh lebih 1,000 delegasi termasuk presiden-presiden semasa dan mantan presiden-presiden, naib-naib presiden, pemimpin-pemimpin dan usahawan-usahawan dari Afrika dan lain-lain yang mewakili pelbagai kerajaan, dunia akademik, perniagaan, media dan juga agama.

Duta Kenneth M. Quinn, presiden World Food Prize Foundation, menyampaikan Perutusan Tahniah dengan menyatakan: kedua-dua Penerima Anugerah ini benar-benar akan membawa tumpuan berbeza dalam membela Hak Asasi Manusia dan Pembangunan Insan di Afrika.

Melalui ucapan penerimaan beliau, Dr. Adesina menegaskan bahawa keamanan tidak akan wujud di dunia yang lapar dan hadiah berkenaan merupakan satu gesaan untuk melakukan lebih lagi buat mereka yang kurang bernasib baik di seluruh dunia dan khususnya di Afrika.

Waris turut menegaskan bahawa FGM harus dihapuskan pada era ini dan beliau akan terus berjuang untuk hak-hak asasi kanak-kanak perempuan dan wanita sehinggalah kita membina sebuah masyarakat yang mana hak-hak asasi mereka dihormati.

Pengerusi Hong menegaskan kepentingan wawasan Sebuah Keluarga Di Bawah Lindungan Tuhan (One Family Under God) serta tema Hak Asasi Manusia dan Pembangunan Insan di Afrika. Ucapan Alu-aluan beliau menekankan bahawa keamanan hanya dapat dicapai apabila hak-hak asasi semua individu dilindungi dan sejauh mana pengorbanan penerima-penerima anugerah ini dapat membawa manusia selangkah lebih hampir untuk membuka lembaran baharu dalam keamanan dunia.

Hadiah tersebut mengiktiraf individu-individu dan organisasi-organisasi yang membuat sumbangan penting kepada keamanan dan pembangunan insan demi generasi-generasi akan datang.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190209/2363445-1-c
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190209/2363445-1-d
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190209/2363445-1-e

Source: The Sunhak Peace Prize Committee
Keywords: Workforce Management/Human Resources Awards Women-related news