omniture

Vivo Perkenal Identiti Jenama Visual Baharu

Vivo
2019-02-11 16:57 866

SHENZHEN, China, 11 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Vivo memperkenalkan identiti jenama visual baharunya bagi menonjolkan inovasi dan tarikan oleh syarikat kepada audiens global. Identiti visual baharu ini termasuk logo syarikat baharu, warna jenama Vivo unik dan fon Vivo Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris yang eksklusif.

"Vivo berkembang daripada pengikut kepada pemimpin dalam industri teknologi dan gaya hidup," kata Spark Ni, Naib Presiden Kanan Vivo. "Melalui penjenamaan baharu, kami berharap dapat menakrifkan semula kedudukan jenama dalam teknologi dan inovasi serta mengekspresikan wawasan jenama kami bagi 'menikmati yang luar biasa' bersama pengguna-pengguna muda di seluruh dunia melalui visual unik dan semangat kreatif Vivo."

Vivo bekerjasama dengan pereka Denmark ternama Bo Linnemann untuk mereka bentuk logo baharu. Logo baharu ini menampilkan garisan-garisan ringkas dan sudut-sudut tajam bagi mencerminkan semangat berpandangan jauh Vivo.

Syarikat turut mengolah semula warna "Vivo Blue" dengan menggunakan rona warna biru yang lebih tepu hasil daripada kajian oleh Vivo untuk memahami tabiat visual pengguna dan penerimaan visual mereka terhadap paparan digital dengan lebih baik. Warna baharu ini disifatkan lebih sedap mata memandang dan warna ini merupakan latar belakang visual yang ideal untuk karakter kreatif dan ekspresif syarikat.

Vivo turut memperkenalkan fon VivoType Bahasa Inggeris yang didatangkan dengan 6 berat dan 2 lebar, berserta fon VivoType Bahasa Cina dengan 2 berat, bagi memastikan fon-fon ini boleh disesuaikan dengan lancar kepada rantau dan bahasa berbeza. Fon-fon VivoType Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina baharu masing-masing direka oleh Bo Linnemann dan ahli kaligrafi Cina Qiu Yin.

"Vivo bukan sekadar peneraju industri dalam teknologi telefon pintar, tetapi juga jenama yang bersedia dan tulus dalam komunikasinya bersama para pengguna. Meneruskan keterlihatan dan pengaruh antarabangsa Vivo yang mantap, identiti jenama visual baharu ini akan menyalurkan karakter dan daya tarikan jenama ini dengan lebih baik," kata Bo Linnemann, Pereka Sumbangan kepada projek penjenamaan Vivo.

Penjenamaan semula ini akan dikemas kini kepada sistem VI dan diperkenalkan kepada saluran-saluran luar talian yang berkuat kuasa serta merta.

Logo Vivo diolah semula bagi memperlihatkan karakter jenama yang bertenaga dan futuristik
Logo Vivo diolah semula bagi memperlihatkan karakter jenama yang bertenaga dan futuristik

 

Warna ‘Vivo Blue’ rasmi lebih tepu dan direka agar sedap mata memandang
Warna ‘Vivo Blue’ rasmi lebih tepu dan direka agar sedap mata memandang

Latar Belakang Bo Linnemann

Bo Linnemann mempengaruhi reka bentuk Denmark sejak awal tahun 1980-an. Beliau dianugerahi Hadiah Reka Bentuk Denmark untuk reka bentuk grafik sebanyak 17 kali dan turut menerima beberapa hadiah reka bentuk antarabangsa seperti Red Dot. Beliau telah mereka fon untuk jenama-jenama antarabangsa termasuk Carlsberg, Microsoft, Coca Cola dan Ikea.

Latar Belakang Qiu Yin

Qiu Yin ialah pakar reka bentuk fon Cina dan ahli kaligrafi pen mata keras yang tersohor. Beliau memenangi Pertandingan Kaligrafi Pen Cina Kebangsaan 1985 dan pertandingan kaligrafi pen mata keras antarabangsa pertama pada tahun 1988. Beliau mereka bentuk fon untuk lambang sukan Asia Guangzhou 2010.

Latar Belakang Vivo

Vivo ialah sebuah syarikat teknologi global terkemuka yang komited untuk mencipta inovasi dan perkhidmatan mudah alih pintar penetap trend. Vivo berdedikasi untuk membentuk ekosistem internet mudah alih yang bertenaga dan kini memiliki serta mengendalikan jaringan luas operasi penyelidikan menerusi pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di AS (San Diego) dan China (Dongguan, Shenzhen, Nanjing, Beijing dan Hangzhou). Pusat-pusat ini menumpu pada pembangunan teknologi pengguna termaju termasuk 5G, AI, fotografi mudah alih dan reka bentuk telefon pintar generasi seterusnya.

Menjelang akhir tahun 2017, Vivo mempunyai lebih dua ratus juta pengguna yang menikmati produk dan perkhidmatan mudah alihnya di seluruh dunia. Vivo berada dalam 18 pasaran seluruh dunia dan mempunyai kedai-kedai jualan luar talian di lebih 1,000 bandar seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190207/2368979-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190207/2368979-1-b

Source: Vivo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services