omniture

WIND EXPO 2019: Pemimpin-pemimpin industri berhimpun di Jepun sewaktu bermulanya kuasa angin luar pesisir baru muncul

Reed Exhibitions Japan Ltd.
2019-02-12 09:45 666

TOKYO, 12 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Reed Exhibitions Japan Ltd. bakal mengadakan WIND EXPO 2019 - pameran & persidangan tenaga angin yang terbesar di Jepun mulai 27 Februari di Tokyo Big Sight, Jepun.

Suasana pameran terdahulu (2018)
Suasana pameran terdahulu (2018)

Edisi ke-7 ini akan menarik 160 pempamer dari 13 negara dan diadakan dalam "Minggu Tenaga Pintar Dunia 2019". Berserta acara-acara berkaitan tenaga lain yang berlangsung serentak, 1590 pempamer dan 70,000 ahli profesional industri dijangka berhimpun selama 3 hari.

Acara kemuncak tahun ini ialah bidang kuasa angin luar pesisir yang sudahpun dikenali di Eropah. Ketika di Asia, Taiwan merupakan pasaran yang menjanjikan peluang cerah, meskipun Jepun turut mempunyai potensi yang besar. Di Jepun, semakan terhadap Undang-undang Port dan Pelabuhan pada tahun 2016 membawa kepada pengenalan sistem yang menjamin pekerjaan di kawasan pelabuhan selama 20 tahun untuk penjanaan kuasa angin luar pesisir. Selain itu, satu undang-undang baharu telahpun dikuatkuasakan November lalu yang menetapkan peraturan untuk menempati kawasan lautan umum selama 30 tahun. Menurut Persatuan Kuasa Angin Jepun, projek-projek kuasa angin luar pesisir yang kini sedang menjalani prosedur penilaian alam sekitar dijangka mencecah 5 GW dan rang undang-undang baharu untuk menggunakan kawasan laut umum memberi ruang untuk tambahan 7GW lagi. Dengan itu, persatuan tersebut menganggap matlamat 10 GW bagi penjanaan kuasa angin luar pesisir menjelang tahun 2030 akan dapat dicapai. Sebagai contoh, syarikat-syarikat kuasa elektrik Jepun dan pengendali-pengendali penjanaan kuasa luar negara seperti Ørsted turut menembusi pasaran yang semakin berkembang. Pasaran kuasa angin luar pesisir di Jepun yang baru muncul akan membangunkan masa depan yang cerah.

Susulan kemunculan trend pasaran berkenaan, Zon Kuasa Angin Luar Pesisir dalam WIND EXPO 2019 telah menampung sejumlah besar teknologi yang berkaitan seperti kapal SEP, kapal peletakan kabel, tinjauan darat dasar laut, sistem penjanaan kuasa angin luar pesisir serta asas terapung dan sebagainya. Selain itu, syarikat-syarikat Jepun dan luar negara utama seperti MHI Vestas Offshore Wind, GE, Seajacks, Senvion, Penta-Ocean Construction serta Nippon Steel & Sumikin Engineering dan sebagainya akan mempamerkan teknologi terkini mereka.

Acara ini turut menampilkan pelbagai Persidangan Teknikal. Pada hari kedua, Sesi Khas akan disampaikan oleh Pejabat Kabinet, Kerajaan Jepun tentang keadaan semasa dalam penjanaan kuasa angin luar pesisir, manakala Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan akan memperkenalkan dasar dan inisiatifnya bagi tujuan mempromosi pengenalan yang diperluas di Jepun. Penta-Ocean Construction akan turut menyebutkan projek-projek angin luar pesisirnya dalam sesi yang sama. Di samping itu, lebih banyak sesi oleh pemimpin-pemimpin industri dari Jepun dan luar negara akan diadakan sepanjang acara berkenaan.

Menerusi barisan pempamer dan persidangan, WIND EXPO pastinya menjadi hab untuk perniagaan dalam industri tenaga angin Jepun yang semakin berkembang. Catatkan tarikh anda dan jangan lepaskan peluang yang amat penting ini untuk mengembangkan perniagaan di Jepun.

Pendaftaran pengunjung: www.windexpo.jp/inv_en/

Penganjur: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Pengurusan Pameran WIND EXPO
TEL: +81-3 3349 8576 
https://www.windexpo.jp/en/
Emel: pr-eng.wsew@reedexpo.co.jp
Pendaftaran Akhbar: www.wsew.jp/press_f_en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190208/2370128-1

Source: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Trade show news Future Events