omniture

BATTERY JAPAN 2019: Bateri pepejal dan bateri EV tidak lama lagi bersedia untuk pengkomersialan

Reed Exhibitions Japan Ltd.
2019-02-12 10:02 774

TOKYO, 12 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Reed Exhibitions Japan Ltd. bakal mengadakan BATTERY JAPAN 2019 - Ekspo Bateri Boleh Cas Semula Antarabangsa mulai 27 Februari di Tokyo Big Sight, Jepun.

Suasana acara terdahulu (2018)
Suasana acara terdahulu (2018)

Seiring dengan perkembangan tenaga boleh diperbaharui seperti fotovolta dan penjanaan kuasa angin, permintaan terhadap bateri boleh dicas semula semakin meningkat. Memandangkan ia menjadi peranti utama meskipun dalam bidang automotif untuk penukaran EV, fungsi tinggi seperti kapasiti tinggi, output kuasa dan jangka hayat yang panjang semakin dijangkakan. Sebagai pameran & persidangan yang utama dunia untuk bateri boleh cas semula, BATTERY JAPAN 2019 bakal menghimpunkan 330 pempamer dan 70,000 pengunjung termasuk acara-acara yang berjalan serentak. Antara bilangan pameran dan teknologi yang mengagumkan, sorotan utama tahun ini ialah "bateri pepejal" dan "teknologi pembangunan EV".

"Bateri pepejal" bersedia percepat pembangunan

Acara ini akan mempamerkan sejumlah besar produk yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan "bateri pepejal" yang mana pengkomersialannya kini bakal berlaku untuk berperanan sebagai bateri-bateri generasi seterusnya. Sebagai contoh, TANABE CORPORATION memperkenalkan tanur berputar untuk ujian demonstrasi yang sepadan dengan serbuk fungsian dan TOYO CORPORATION bakal mempamerkan sistem pengurusan impedans berfrekuensi tinggi untuk menilai elektrolit. Selain itu, KRI membawakan perkhidmatan untuk penilaian/analisis bahan-bahan dan SHIMADZU CORPORATION akan mempamerkan mikroskop prob imbasan.

Terdapat juga pelbagai persidangan berhubung bateri pepejal. Di persidangan teknikal menerusi tema "Bateri Generasi Seterusnya Baru Muncul" pada hari pertama acara, HITACHI ZOSEN akan menyampaikan tentang "Pembangunan Bateri Pepejal Sepenuhnya untuk Pengkomersialan". Pada petang yang sama juga, ia turut mengadakan satu lagi sesi bertajuk "Trend Terkini dalam Pembangunan Bateri ion Litium Pepejal Sepenuhnya" oleh UNIVERSITY of MARYLAND di A.S. manakala IDEMITSU KOSAN dan lain-lain akan menyampaikan tentang pencapaian kajian terkini.

Bahan-bahan prestasi tinggi dan peralatan pemeriksaan

Meskipun pembangunan industri EV semakin mendapat sambutan di seluruh dunia, lantaran momentum seluruh dunia, acara ini akan menampilkan pelbagai bahan bateri dan peralatan pemeriksaan yang luas untuk bateri dalam kenderaan. Sebagai contoh, SEKISUI CHEMICAL akan mempamerkan bateri ion litium jenis laminat yang merealisasikan ciri keselamatan tinggi, kelanjutan hayat dan kapasiti tinggi serentak manakala SPACELINK akan mempamerkan tiub nano karbon untuk kapasitor super. Selain itu, litium hidroksida, peralatan pemeriksaan kebocoran menggunakan helium, penguji bateri yang menyepadukan peralatan pengecasan dan penyahcasan dipamerkan dengan begitu menyerlah di acara ini.

Pada 27 Februari, LG CHEM dan NIO, syarikat baharu berkaitan automobil menarik perhatian yang luas sebagai versi Cina untuk Tesla akan menyampaikan Sesi Ucaptama dengan tema "Mendepani Pembangunan EV & Bateri Terkini di Asia". TOYOTA MOTOR dan Kerajaan Jerman akan menyampaikan satu lagi Sesi Ucaptama tentang "Kesan Pembangunan Bateri Generasi Seterusnya dan Penggunaan EV yang Lebih Luas" pada 28 Februari.

Menerusi barisan pameran yang pelbagai dari Jepun dan dunia serta sesi-sesi persidangan komprehensif, BATTERY JAPAN sememangnya menjadi lokasi ideal untuk mencari peluang perniagaan baharu dan mendapatkan pandangan tentang keadaan serta prospek industri semasa.

Dalam masa yang sama, acara ini akan diadakan dalam Minggu Tenaga Pintar Dunia 2019 bersama-sama 8 pameran lain yang mengkhusus dalam tenaga boleh diperbaharui dan pintar seperti tenaga angin, kuasa solar, hidrogen & sel bahan api, tenaga biojisim, grid pintar dan teknologi kitar semula untuk tenaga boleh diperbaharui. Peserta-peserta akan berpeluang membangunkan perniagaan dan melaksanakan rangkaian silang dengan pelbagai golongan profesional yang luas.

Pendaftaran pengunjung untuk kemasukan percuma boleh dibuat secara dalam talian di www.batteryjapan.jp/inv_en/

Dapatkan Tiket Pengunjung dan kemas kini trend terkini dalam industri simpanan tenaga.

Penganjur: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Pengurusan Pameran BATTERY JAPAN
TEL: +81-3 3349 8576 
www.batteryjapan.jp/en/
Emel: pr-eng.wsew@reedexpo.co.jp
Pendaftaran Akhbar: www.wsew.jp/press_f_en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190208/2370011-1

Source: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Trade show news Future Events