omniture

Perniagaan Jepun terus bawa sinar harapan di PV EXPO & PV SYSTEM EXPO 2019

Reed Exhibitions Japan Ltd.
2019-02-12 10:01 675

TOKYO, 12 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Reed Exhibitions Japan Ltd. bakal mengadakan pameran industri PV yang terbesar di Jepun, PV EXPO 2019 dan PV SYSTEM EXPO 2019 mulai 27 Februari di Tokyo Big Sight, Jepun. Kedua-dua acara ini dijangka bakal menarik 400 pempamer termasuk 90 pendatang baharu berserta acara-acara lain yang berjalan serentak, 70,000 pengunjung perdagangan dari 75 negara.

Suasana pameran terdahulu (2018)
Suasana pameran terdahulu (2018)

Penjanaan kuasa fotovolta menjadi keutamaan tertinggi di Jepun sejak Gempa Bumi Great East Jepun (Great East Japan Earthquake) pada tahun 2011. Sejak itu, kapasiti penjanaan kuasa PV Jepun dihitung sebanyak 49GW pada tahun 2017 menurut Organisasi Pembangunan Tenaga Baharu dan Teknologi Industri (NEDO). Pasaran ini akan mengekalkan pertumbuhan stabilnya pada tahun 2019 menerusi peluang-peluang baharu untuk pengusaha-pengusaha pasaran. PV EXPO dan PV SYSTEM EXPO 2019 turut memainkan peranan penting untuk cabaran dan pembangunan baharu pasaran dengan tiga sorotan penting seperti yang berikut.

Pertama, O&M untuk loji janakuasa PV menjadi mandatori di Jepun dan saiz pasaran diramalkan mencecah 1.2 bilion USD menjelang tahun 2030. Salah satu aspek utama PV SYSTEM EXPO 2019 juga merupakan teknologi O&M. Rangkaian luas produk dan perkhidmatan akan dipamerkan secara komprehensif di acara ini.

Kedua, terdapat juga peralihan seluruh industri bermula dengan jualan utiliti kepada penggunaan sendiri penjanaan kuasa untuk sistem PV kediaman. Sebagai kumpulan pertama bagi FIT kediaman penerima-penerima akan dapat melihat tempoh belian mereka di bawah FIT berakhir pada tahun 2019, lalu mereka akan beralih kepada penggunaan sendiri terhadap kuasa lebihan berkenaan. Menerusi model perniagaan baharu, pembangunan EV dan teknologi simpanan kuasa adalah penting, dan oleh yang demikian, teknologi dan perkhidmatan termaju akan dipamerkan secara meluas di PV EXPO/PV SYSTEM EXPO berserta acara-acara yang berjalan serentak pada tahun 2019.

Akhir sekali, kebanyakan pengeluar PV utama global telahpun mengesahkan untuk mengadakan pameran sekali lagi pada tahun ini, seperti Jinko Solar, Trina Solar, Canadian Solar, Hanwha Q CELLS, JA Solar, Yingli Green Energy, Panasonic dan banyak lagi. Kebanyakan syarikat akan mempamerkan modul-modul berkualiti tinggi selain perkhidmatan dan produk baharu mereka untuk penyelesaian menyeluruh.

Menerusi pembangunan berterusan penjanaan kuasa PV di Jepun, PV EXPO dan PV SYSTEM EXPO 2019 terus menjadi platform terbaik bagi mendapatkan produk termaju, mengejar trend dan mencari peluang perniagaan baharu untuk golongan profesional PV dari seluruh dunia. Dalam masa yang sama, pameran-pameran ini akan diadakan dalam Minggu Tenaga Pintar Dunia 2019 dengan 7 pameran lain yang mengkhusus dalam tenaga boleh diperbaharui dan pintar seperti tenaga angin, tenaga biojisim, hidrogen & sel bahan api, simpanan tenaga, teknologi kitar semula untuk tenaga boleh diperbaharui dan sebagainya. Peserta-peserta akan berpeluang membangunkan perniagaan dan melaksanakan rangkaian silang dengan pelbagai golongan profesional yang luas.

Pendaftaran pengunjung untuk kemasukan percuma boleh dibuat secara dalam talian di www.pvexpo.jp/inv_en/.

Penganjur: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Pengurusan Pameran PV EXPO/PV SYSTEM EXPO
www.pvexpo.jp/en/ (PV EXPO) 
www.pvs-expo.jp/en/ (PV SYSTEM EXPO)
TEL: +81-3 3349 8576  
Emel: pr-eng.wsew@reedexpo.co.jp 
Pendaftaran Akhbar: www.wsew.jp/press_f_en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190208/2370010-1

Source: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news Future Events