omniture

ZEE5 Umum Blokbuster Februari; Perkenal Senarai Rancangan Asal Dibarisi Bintang-bintang Terkenal untuk Penonton Globalnya

ZEE5
2019-02-14 11:27 2224

MUMBAI, India, 14 Februari 2019/PRNewswire/ --

ZEE5 hari ini mengumumkan senarai Rancangan Asal Dibarisi Bintang-bintang Terkenal untuk bulan Februari kepada penonton globalnya. Bermula dengan rancangan jenayah ngeri berformat prosedur kepada drama yang sangat mendebarkan, senarai kandungan tersebut menjanjikan bulan yang menggamit perhatian dan dinamik untuk penonton Asia Selatannya di seluruh dunia.

generated by system

generated by system

The Final Call: Ditayangkan pada 22 Februari, rancangan ini dibintangi oleh Arjun Rampal menerusi penampilan sulung digital beliau sebagai juruterbang sedang bertugas yang ingin membunuh diri. Berdasarkan daripada buku tulisan Priya Kumar, 'I will go with you', rancangan ngeri yang menarik ini turut dibintangi oleh Sakshi Tanwar dan Jaaved Jaaferi.

Abhay: Kunal Kemmu menerusi penampilan sulung digital beliau melakonkan watak pegawai penyiasat yang menyelesaikan kes-kes pembunuhan yang menggerunkan sambil menghadapi masalah peribadi beliau sendiri, menerusi rancangan jenayah ngeri berformat prosedur pertama ini, Abhay, yang ditayangkan di ZEE5 pada 7 Februari.

Sharate Aaj: Rancangan Asal Bengali terbesar ZEE5 setakat ini, Sharate Aaj, ditayangkan pada 21 Februari dan dibintangi oleh pelakon Bengali yang amat terkenal Parambrata Chattopadhyay. Menjalani penggambaran sepenuhnya di London, rancangan tersebut menjejaki kehidupan masyarakat Bengali yang erat, yang bersiap sedia untuk menyambut Pujo, ketika dilanda konspirasi serangan pengganas.

Turut disenaraikan untuk bulan Februari ialah rancangan-rancangan asal Tamil seperti D7 dan Kalavu, rancangan-rancangan asal Malayalam seperti Mirror dan Aarpoo selain rancangan asal Marathi Sex, Drugs and Theatre. Rancangan-rancangan Asal ZEE5, Rangbaaz dan Date with Saie turut tersedia dalam pelbagai bahasa iaitu dalam bahasa Tamil, Telugu, Bangla, Kannada, Marathi dan Malayalam.

"Kami sentiasa berusaha untuk mengaturkan tawaran kami menerusi pelbagai Rancangan Asal yang dinamik, filem-filem terpilih dan Rancangan TV kami yang amat popular, merentas bahasa dan genre untuk penonton global kami. Kami mendapat maklum balas luar biasa untuk ZEE5 khususnya di Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Menerusi senarai rancangan yang hebat, kami berharap dapat mengulangi kejayaan ini tidak lama lagi dalam pasaran-pasaran lain juga," kata Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan - ZEE5 Global.

Menerusi lebih 1,00,000 jam Rancangan TV, Filem, Berita dan Video India, ZEE5 menawarkan himpunan kandungan terbesar merentas 12 bahasa kepada penonton Asia Selatan di seluruh dunia. ZEE5 turut menawarkan lebih 60 saluran TV Langsung popular, termasuk saluran-saluran paling digemari di ZEE.

ZEE5 disediakan di Google Play Store, iOS App Store, http://www.ZEE5.com serta melalui Samsung Smart TV, Apple TV, Android TV dan Amazon Fire TV.

Twitter ZEE5 Global: twitter.com/ZEE5Global

Hubungan Akhbar:
Cik Rashmi Punshi
Rashmi.Punshi@zee.esselgroup.com
+91-98202-98575

Cik Louane Simone Rodrigues
Louane.Rodrigues@zee.esselgroup.com
+91-78754-98111

Source: ZEE5
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture New products/services