NEW DELHI, 15 Februari 2019 /PRNewswire/ --
Edisi ke-5 Sidang Kemuncak Perniagaan Global bakal diadakan pada 22 dan 23 Februari 2019 di New Delhi yang menyaksikan kehadiran Ketua-ketua Pegawai Eksekutif global, pakar-pakar ekonomi, para penginovasi, usahawan-usahawan muda dan wakil-wakil kerajaan berpangkat tinggi
Di bawah naungan tema kemampanan, kebolehskalaan dan perubahan sosial, penceramah-penceramah terkenal di Sidang Kemuncak Perniagaan Global 2019 (http://www.et-gbs.com) akan membincangkan tentang cabaran dunia yang mengalami peralihan hasil daripada persekitaran yang amat bersifat digital dan ekonomi dikongsi baru muncul. Sidang Kemuncak Perniagaan Global 2019 yang dibawakan oleh The Economic Times serta YES BANK dan ditaja oleh Facebook, bakal diadakan pada 22 dan 23 Februari di New Delhi. Yang Berhormat Perdana Menteri, Kerajaan India, Narendra Modi akan berucap di sidang kemuncak tersebut sebagai Tetamu Utama.
"Sidang Kemuncak Perniagaan Global kali ke-5 yang amat dinanti-nantikan ini akan menonjolkan naratif perubahan yang dibawa oleh risiko-risiko geopolitik dan susunan ekonomi global baharu. Kami teruja dengan respons yang diterima setakat ini dan bersiap sedia untuk menganjurkan satu lagi pertemuan pemimpin-pemimpin yang menjadi tumpuan dan menginspirasikan perubahan," kata Vineet Jain, Pengarah Urusan, Times Group.
Sidang kemuncak berkenaan yang menawarkan platform mantap untuk para delegasi mengadakan mesyuarat antara Perniagaan kepada Perniagaan, Kerajaan kepada Kerajaan dan Perniagaan kepada Kerajaan dijangka akan menghimpunkan lebih 2,000 delegasi dari UK, Ireland, Maldives, Myanmar, Bangladesh, Jamaica, Poland, Oman, Cyprus dan India.
Antara barisan penceramah:
Agenda ini termasuk sesi-sesi yang padat dengan kehebatan:
Sidang kemuncak tersebut akan turut menganjurkan sesi-sesi berhubung: Infrastruktur, Kepimpinan Wanita, Kemudahan Menjalankan Perniagaan dan Kemampanan. Sesi yang bertajuk DisrupteX akan disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang memilih untuk melakukan perkara dengan cara mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak Perniagaan Global, termasuk cara menghadiri, mengadakan pameran atau menaja, layari http://www.et-gbs.com.
Latar Belakang Times Strategic Solutions
Times Strategic Solutions Ltd., berfungsi di bawah nama jenama ET Edge, ialah satu inisiatif Economic Times yang merupakan sebahagian daripada Times Group yang berusia 175 tahun.
Hubungi:
Sanya Kundra
Rakan Sekutu Kanan
Genesis BCW
+91-7290012720