omniture

ISABS: Persidangan Perubatan Diperibadikan Bersama Pemenang-pemenang Hadiah Nobel Bakal Diadakan di Split, Croatia

International Society for Applied Biological Sciences (ISABS)
2019-02-16 00:09 1672

ZAGREB, Croatia dan WASHINGTON, 16 Februari 2019 /PRNewswire/ --

International Society for Applied Biological Sciences (ISABS), Mayo Clinic dan St. Catherine Hospital menganjurkan "Persidangan ISABS ke-11 mengenai Genetik Forensik dan Antropologi dan Ceramah Mayo Clinic berhubung Perubatan Individu" (http://www.isabs.net) di Split, Croatia, 17 Jun - 22 Jun 2019. Persidangan ini disokong oleh American Academy for Forensic Sciences dan topik-topik persidangan termasuk: Perubatan diperibadikan dan regeneratif, farmakogenomik, diagnostik molekul, terapi sel stem, epigenetik, bioperbankan, mikrobiom, genetik kanser, imunoterapi, genetik forensik dan antropologi, analisis DNA lampau dan sebagainya.

generated by system

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8494251-isabs-medicine-conference-in-split-croatia/

Lebih 50 penceramah jemputan daripada Mayo Clinic, Harvard Medical School, Columbia University, Princeton University, University of Pennsylvania, MIT, Duke University, Max-Planck-Institute, Case Western Reserve University, Penn State University, Wistar Institute, George Washington University, Erasmus MC University dan sebagainya serta 500 peserta akan menghadiri Persidangan ini. Tiga Ceramah Nobel akan disampaikan oleh prof. Robert Huber (Max Planck Institute of Biochemistry), prof. Avram Hershko (Technion), prof. Paul Modrich (Duke University).

Prof. Dragan Primorac, Presiden ISABS berkata: "Masa depan perubatan akan bergantung kepada rawatan-rawatan diperibadikan. Semasa Persidangan ISABS 2019, kami akan membayangkan kuasa dan kemajuan perubatan diperibadikan yang akan mencipta nilai penting untuk sistem penjagaan kesihatan. Menghimpunkan saintis-saintis terkenal di peringkat antarabangsa untuk memudahkan penyelidikan dan pendidikan saintis-saintis muda dalam perubatan diperibadikan memperlihatkan dengan jelas dedikasi kami. Kami juga akan membincangkan kemajuan penting dalam genetik forensik dan antropologi pada tahun-tahun kebelakangan ini."

International Society for Applied Biological Sciences (ISABS) ialah Persatuan untuk American Academy of Forensic Sciences dan persatuan utama dalam bidang genetik forensic, antropologi dan perubatan diperibadikan. Jawatankuasa Saintifik ISABS terdiri daripada empat Pemenang Hadiah Nobel dan pakar-pakar perubatan serta saintis-saintis yang terkemuka di dunia.

Menurut U.S. News & World Report, Mayo Clinic ialah hospital #1 secara keseluruhan dan dalam lebih banyak kepakaran berbanding mana-mana hospital AS yang lain.

St. Catherine Hospital ialah pusat kecemerlangan Eropah dan hospital Eropah pertama yang dianugerahkan dengan "Akreditasi Penjagaan Kesihatan Global".

Royal Philips, syarikat teknologi kesihatan yang terkemuka, mendayakan penjagaan khusus pesakit dengan proses membuat keputusan yang tepat pada kali pertama dan juga terapi bersasaran. 

Maklumat lanjut tentang "Persidangan ISABS ke-11 mengenai Genetik Forensik dan Antropologi dan Ceramah Mayo Clinic berhubung Perubatan Individu" disediakan di http://www.isabs.net

Hubungi:
Jawatankuasa Penganjur ISABS 2019
info@isabs.hr

Severina Evic
info@isabs.hr
Telefon Bimbit: +385-91-244-55-89

    

Source: International Society for Applied Biological Sciences (ISABS)
Keywords: Health Care/Hospital Trade show news Future Events