omniture

Crown Dianugerahi Syarikat Peralatan Pengendalian Bahan Terbaik di Filipina

APAC Insider
2019-02-18 09:00 1037

MANILA, Filipina, 18 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Crown Lift Trucks Philippines Corp., sebahagian daripada Crown Equipment Corporation, memenangi anugerah Syarikat Peralatan Pengendalian Bahan Terbaik untuk piawaian khidmat pelanggan utama industrinya dan keputusan positif yang diterima oleh pelanggan dengan bekerjasama erat bersama Crown, salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia.

Foto kemudahan yang menggunakan peralatan Crown.
Foto kemudahan yang menggunakan peralatan Crown.

 

Dianjurkan oleh APAC Insider, Anugerah Perniagaan Filipina 2018 meraikan kisah-kisah kejayaan perusahaan terkemuka, usaha niaga perniagaan dan individu di sebaliknya, kesemuanya memainkan peranan penting dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang cemerlang dalam persekitaran perniagaan yang semakin kompetitif. Pemikir-pemikir inovatif ini membuktikan bahawa kerja keras dan dedikasi merupakan kunci kejayaan.

Pasukan penyelidikan dalaman berkepakaran dan panel hakim memimpin proses membuat keputusan bagi menilai setiap kebolehan calon untuk beradaptasi terhadap perubahan dalam pasaran, dedikasi kepada inovasi dan semangat untuk menonjol dalam persaingannya.

Crown mempersembahkan sistem pengurusan pengangkutan dan pengendali InfoLink® sebagai penyertaan yang membuahkan hasil. Penyelesaian tanpa wayar yang membolehkan pelanggannya menerima metrik perniagaan atas permintaan yang tepat pada waktu nyata. Penyelesaian inovatif ini membawa faedah-faedah teknologi kepada pengendalian bahan dengan menghubungkan lori forklift, pengendali dan kemudahan dengan mengumpulkan dan menyampaikan maklumat yang tepat pada waktu nyata demi peluang membuat keputusan yang lebih baik. Penyelesaian ini turut membolehkan pengawasan dan pengurusan faktor-faktor pengendali yang memberi kesan kepada pendapatan bersih, termasuk pematuhan, impak dan produktiviti. InfoLink menjejaki data dalam seluruh pengangkutan forklift bagi memberikan pandangan tentang penggunaan pengangkutan, penggunaan tenaga, keselamatan dan penjadualan perkhidmatan.

InfoLink direka khas dengan antara muka mesra pengguna yang menyediakan alatan yang berguna seperti makluman waktu nyata, papan pemuka intuitif dan laporan terperinci kepada pengurus, penyelia, pengurus keselamatan dan juga pengendali. Data prestasi atas permintaan ini akan menyumbang kepada proses membuat keputusan yang lebih baik memandangkan ia membolehkan pelanggan meninjau dan menganalisis isu-isu dengan pantas, selain menetapkan tanda aras melalui alatan papan pemuka yang interaktif.

Penyelesaian ini juga dapat dilaksanakan dengan mudah. Dengan menggabungkan sensor berasaskan lori yang tepat, penghantaran data tanpa wayar yang selamat dan portal pengurusan berasaskan awan, InfoLink memberi faedah-faedah maksimum dengan peralatan atau perbelanjaan yang minimum. Penyelesaian ini juga boleh disesuaikan dengan mudah, menerusi modul-modul yang akan dipasang pada seluruh pengangkutan forklift; forklift elektrik dan gas, lori angkat bukan Crown dan kenderaan-kenderaan lain. InfoLink tersedia sebagai penyelesaian berasaskan web yang selamat dan boleh diskala, maka fungsi keseluruhannya tersedia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja diperlukan.

"Crown berfikir melangkaui sekadar lori angkat untuk membantu pelanggan mengumpul, mengukur, menanda aras, menganalisis dan bertindak terhadap data berhubung lori angkat, pengendali, perkhidmatan, aplikasi dan pengangkutan mereka," kata David Sultana, pengarah pemasaran Crown Equipment, Asia Pasifik. "Kami memanfaatkan kuasa teknologi dan membenamkannya terus ke dalam reka bentuk produk kami. Teknologi pengautomatan dan pengurusan pengangkutan rekaan Crown merevolusikan industri pengendalian bahan."

XPO Logistics, salah sebuah syarikat logistik yang terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, merujuk keputusan operasi yang diserahkan semasa bekerjasama dengan Crown. XPO Logistics memerlukan peralatan pengendalian bahan yang cekap, andal dan produktif yang berupaya bersinergi dengan kakitangan dan sistem XPO bagi memenuhi dan melangkaui keperluan pelanggannya. Dengan InfoLink Crown, XPO Logistics berjaya mencapai objektif-objektifnya pada kos yang lebih rendah dengan produktiviti yang lebih tinggi, keselamatan dan pematuhan yang lebih baik serta operasi yang dioptimum.

Untuk maklumat lanjut tentang faedah-faedah dan ciri-ciri InfoLink® Crown, klik di sini.

Latar Belakang Crown Equipment Corporation

Crown ialah salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia dengan reputasi untuk reka bentuk produk yang memenangi anugerah, kejuruteraan dan teknologi termaju serta perkhidmatan selepas jualan yang unggul. Falsafah perniagaan Crown memanfaatkan proses-proses yang bersepadu secara vertikal untuk mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan penyelesaian berpandangan jauh yang inovatif yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengendalian pelanggan.

Crown mengeluarkan pelbagai forklift serta teknologi pengautomatan dan pengurusan pengangkutan. Ibu pejabat global syarikat ini terletak di New Bremen, Ohio, AS, dengan ibu pejabat serantaunya terletak di Munich, Jerman; Sydney, Australia; Suzhou, China dan Singapura. Bilangan kakitangannya melebihi 15,000 orang di seluruh dunia. Crown mengendalikan jaringan perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 500 lokasi jualan di lebih 80 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai idea-idea Crown bagi membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, layari crown.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190212/2372947-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2253114-1logo

 

 

Source: Crown Equipment Corporation
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation Trucking and Road Transportation Awards