omniture

SSAB Umum GF Engineering sebagai Ahli Hardox(R) In My Body Berlesen

SSAB
2019-02-18 09:10 1014

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Hardox® In My Body, sebuah program pelanggan oleh pengeluar keluli dengan kekuatan tinggi SSAB mengumumkan salah satu ahli terbaharunya -- GF (M) Engineering Sdn Bhd, pengeluar treler jongket di Ipoh.

GF (M) pelanggan Hardox in My Body dengan kehebatan Hardox 450 di badan trelernya
GF (M) pelanggan Hardox in My Body dengan kehebatan Hardox 450 di badan trelernya

 

Hardox In My Body ialah lambang tanda dagangan yang hanya digunakan pada produk-produk premium daripada para pengeluar yang disahkan oleh SSAB. Ia merupakan jaminan bahawa pengeluar tersebut mempunyai pengetahuan luas dalam mengeluarkan produk-produk termaju menggunakan keluli kekuatan tinggi dan produk yang disahkan berkenaan diperbuat daripada plat tahan haus Hardox® asli.

GF (M) Engineering mematuhi garis panduan kualiti dan tuntutan amat ketat yang ditetapkan oleh SSAB. Program tersebut hanya terhad kepada syarikat-syarikat yang memegang rekod prestasi cemerlang yang terbukti dalam fabrikasi yang menunjukkan bahawa kualiti, kimpalan dan reka bentuk pengeluaran mereka mematuhi standard tertakrif SSAB. Selepas melepasi garis panduan dan tuntutan kualiti tersebut, GF diluluskan sebagai Ahli Hardox® In My Body berlesen.

Ditubuhkan pada tahun 1986, GF ialah salah satu pengeluar treler jongket terkemuka yang mengkhusus dalam pengeluaran peralatan pengangkutan berat termasuk lori semi-treler, lori tangki, lori jongket / pembuang.

Selepas menggunakan gred 450 Hardox® dalam peralatannya buat pertama kalinya, badan kenderaan menjadi lebih ringan dan tahan lebih lama. Lori jongket yang diperbuat daripada keluli Hardox® memberikan badan kenderaan yang paling kukuh dan berupaya mengendalikan muatan yang paling berat dan paling mencabar di samping masih dapat mengekalkan bentuk cemerlangnya.

Kombinasi antara kekerasan dan kekukuhan merupakan aspek yang menjadikan Hardox® menonjol. Sifatnya yang amat kalis haus dan sifat-sifat strukturnya membolehkannya berfungsi sebagai muatan – membawa bahagian dalam banyak kegunaan. Lori yang lebih kuat dan lebih ringan juga membolehkan angkut yang berkurangan, lebih penjimatan bahan api dan emisi yang berkurangan. Sejak tahun 2015, GF menggunakan Hardox® dalam treler jongket mereka dan mereka tidak pernah lagi menoleh ke belakang.

Latar Belakang Hardox® In My Body

Hardox® In My Body merupakan lambang kualiti dan kepercayaan untuk produk-produk yang terbaik dalam pasaran. Logo pada produk ini mengesahkan bahawa ia telah dikeluarkan menggunakan plat tahan haus Hardox® asli dan bukanlah tiruan yang rendah kualitinya. Hardox® ialah tanda dagangan berdaftar SSAB. Setiap aplikasi dengan lambang yang dilampirkan telah melepasi kawalan kualiti SSAB dan diluluskan sebagai produk premium oleh lembaga SSAB.

Latar Belakang SSAB

SSAB ialah sebuah syarikat keluli yang berpangkalan di Nordic dan AS. SSAB menawarkan produk dan perkhidmatan bernilai tambah yang dibangunkan menerusi kerjasama erat dengan pelanggannya bagi mewujudkan dunia yang lebih kuat, lebih ringan dan lebih lestari. SSAB mempunyai kakitangan di lebih 50 negara. SSAB juga mempunyai kemudahan pengeluaran di Sweden, Finland dan AS. SSAB disenaraikan dalam Nasdaq Stockholm dan mempunyai senaraian sekunder dalam Nasdaq Helsinki.  

Untuk maklumat lanjut:

www.hardox.com
www.ssab.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504102LOGO
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190213/2371310-1 

 

Source: SSAB
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Contracts