omniture

Sterlite Power Tembusi Storan Bateri Terhubung Grid

Sterlite Power Grid Ventures Limited
2019-02-18 10:58 840

MUMBAI, India, 18 Februari 2019 /PRNewswire/ --

  • Kemukakan bidaan untuk dua projek yang diundang oleh Projek Salt River (SRP) di Arizona, AS
  • Bidaan dikemukakan untuk kapasiti kumulatif sebanyak 400 MW
  • Penyelesaian tersebut menyediakan kapasiti utiliti dan keperluan tenaga termasuk perkhidmatan sampingan

Sterlite Power telahpun mengemukakan bidaan untuk dua projek storan dalam lelongan yang telahpun diselesaikan baru-baru ini melibatkan utiliti Projek Salt River. Ini merupakan penembusan pertama oleh Sterlite Power ke dalam sistem storan tenaga bateri (BESS) terhubung grid. BESS terhubung grid mencapai daya maju komersial untuk utiliti di seluruh dunia dengan pantas memandangkan kos sistem keseluruhan menurun kira-kira 60% sepanjang 5 tahun lalu. Tatkala grid menggabungkan bahagian tenaga boleh diperbaharui yang lebih besar dalam jejak mereka, penyelesaian BESS diperlukan untuk peralihan yang lancar dan andal. Sistem-sistem ini menyediakan perkhidmatan yang kritikal seperti pengurangan beban puncak, tenaga dan perkhidmatan sampingan yang semakin diperlukan dalam grid berat yang boleh diperbaharui.

Pratik Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Sterlite Power, berkata, "Sistem Storan Tenaga Bateri adalah penting bagi merealisasikan revolusi tenaga boleh diperbaharui, dilaksanakan di serata dunia dengan cara yang andal. Dengan kosnya yang menurun dengan cepat, kami percaya sistem-sistem ini akan membentuk bahagian penting dalam perancangan dan pembangunan grid menuju masa depan. Penembusan kami dalam sistem storan bateri terhubung grid akan membolehkan kami untuk kekal mendepani penerimaan teknologi ini dan terus memperkasa manusiawi dengan menyediakan akses kepada kuasa yang andal."

BESS ialah salah satu sistem paling mudah untuk dikendalikan, yang meningkatkan daya tarikannya untuk pengendali grid. Selain kefleksibelan operasi, emisi negatif bersih sistem-sistem ini merupakan satu faktor besar, yang membantu penerimaannya. Dengan adanya pengalaman Sterlite Power dalam pentauliahan dan pengendalian grid transmisi, syarikat tersebut memahami bahawa penyelesaian BESS menjadi keperluan untuk grid di seluruh dunia.

Latar Belakang Sterlite Power 

Sterlite Power ialah pemaju bertaraf global yang terkemuka bagi infrastruktur transmisi kuasa, memiliki projek-projek melibatkan lebih 12, 500 litar kms dan 20,500 MVA di India dan Brazil. Menerusi portfolio konduktor kuasa, kabel EHV dan OPGW yang utama dalam industri, Sterlite Power turut menawarkan penyelesaian bagi menaik taraf, menambah baik dan mengukuhkan rangkaian sedia ada. Syarikat turut menetapkan penanda aras baharu dalam industri melalui penggunaan teknologi terkini dan pembiayaan yang inovatif. Sterlite Power juga merupakan penaja IndiGrid, iaitu Amanah Pelaburan Infrastruktur ("InvIT") bagi sektor kuasa pertama India, yang tersenarai dalam BSE dan juga NSE.

Hubungan media:
Balaji Krishnaswami
No. Telefon: +91-9971757474
Emel: balaji.krishnaswami@sterlite.com  

Untuk butiran lanjut, kunjungi: http://www.sterlitepower.com

Source: Sterlite Power Grid Ventures Limited
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Utilities Contracts