omniture

Pendaftaran dibuka untuk pameran perdagangan kemasan lantai terbesar di Asia Pasifik, DOMOTEX asia/CHINAFLOOR 2019

VNU Exhibitions Asia
2019-02-19 09:30 1201

SHANGHAI, 19 Februari 2019 /PRNewswire/ -- DOMOTEX asia/CHINAFLOOR, pameran perdagangan kemasan lantai yang terbesar di Asia Pasifik dan dianjurkan bersama VNU Exhibitions Asia, kini mengalu-alukan para pengunjung untuk mendaftar bagi pameran edisi tahun 2019 yang berlangsung dari 26 - 28 Mac di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Tahun ini, acara tersebut diperluas kepada keluasan 175,000 meter persegi dalam 15 dewan. Lima buah dewan akan dikhususkan kepada permaidani dan ambal, empat buah dewan akan dikhususkan kepada lantai kayu, buluh dan lantai keras yang lain, 1.5 dewan untuk FLOORTECH asia manakala 4.5 dewan selebihnya akan dikhususkan kepada lantai kukuh untuk tujuan sukan, komersial, perindustrian dan kediaman.

DOMOTEX asia/CHINAFLOOR Promotional Picture
DOMOTEX asia/CHINAFLOOR Promotional Picture

Sejak penubuhan acara tersebut pada tahun 1999, DOMOTEX asia/CHINAFLOOR dianggap sebagai tempat wajib untuk ahli-ahli profesional penutup lantai dari seluruh dunia dan merupakan satu peluang unik kepada pengeluar-pengeluar untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai penetap trend dalam industri kemasan lantai. DOMOTEX asia/CHINAFLOOR 2018 menghimpunkan 1,418 pempamer dari 35 negara dan menarik 60,029 pengunjung perdagangan termasuk 14,238 pengunjung antarabangsa yang datangnya dari 104 negara. Edisi 2019 akan meneruskan kejayaan ini, menarik lebih ramai ahli profesional dan menawarkan dunia kemasan lantai dengan platform unik untuk mengakses dan menjalankan perniagaan di Asia Pasifik, iaitu pasaran kemasan lantai yang terbesar di dunia.

Jenama-jenama Mewah

Kawasan pameran berbeza membawakan 15 firma reka bentuk permaidani terkenal yang memanjakan pengunjung dengan pelbagai produk mewah baharu. Tahun ini, tiga buah syarikat yang mengambil bahagian dalam acara tersebut akan mendapat reruai berkeluasan 30 meter persegi mereka sendiri. Jenama-jenama Mewah dianjurkan bersama dan ditaja oleh COVER Magazine, rakan kongsi utama DOMOTEX asia/CHINAFLOOR.

Pameran Reka Bentuk Permaidani Asli Cina

Konsep berpandangan jauh lain bagi edisi ke-21 acara berkenaan ialah Pameran Reka Bentuk Permaidani Asli Cina. Buat julung kalinya, DOMOTEX asia/CHINAFLOOR akan mengadakan pertandingan reka bentuk yang menumpu secara eksklusif kepada reka bentuk Cina asli pada permaindan dan ambal. Pameran ini bertujuan untuk menonjolkan bakat-bakat tempatan dan memperkenalkan trend reka bentuk Cina.

InnovAction

Kempen kemasan lantai InnovAction memperkasa syarikat-syarikat permaidani, lantai kayu dan lantai kukuh untuk melancarkan produk-produk baharu dalam pameran-pameran tersuai. Ia membawakan trend baharu dalam kemasan lantai serta menggalakkan jenama-jenama baharu dalam industri kemasan lantai untuk memperkenalkan atau membangunkan secara bebas teknik-teknik dan bahan-bahan inovatif. Astaka-astaka utama ini direka oleh Kostas Chatzigiannis dan pasukan beliau yang terdiri daripada arkitek-arkitek antarabangsa di KCArchitecture Ltd.

Untuk mendaftar, tetamu-tetamu boleh mengunjungi: https://www.domotexasiachinafloor.com/content/visitor-pre-registration-pr

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190212/2372618-1

 

Source: VNU Exhibitions Asia
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Trade show news Future Events