omniture

MP International Peroleh Kepentingan Signifikan dalam FUTR

MP International
2019-02-19 21:34 626

SINGAPURA, 19 Februari 2019 /PRNewswire/ -- MP International, sebahagian daripada Pico Group, hari ini mengumumkan pemerolehan kepentingan signifikan dalam FUTR Group (dahulunya Millennial 20/20), perniagaan bagi trend global, inovasi dan sidang kemuncak yang meneroka masa depan peruncitan, pemasaran dan perdagangan di Asia, Eropah dan AS. Langkah ini diambil selepas tiga tahun mengalami pertumbuhan signifikan untuk FUTR Group. FUTR akan terus dipimpin oleh pengasas-pengasas bersama Rupa Ganatra dan Simon Berger.

FUTR Group ialah platform sepanjang tahun dunia yang mencakupi peruncitan, pemasaran dan perdagangan yang membentuk trend masa depan termasuk Pengiklanan, AR, Kecerdasan Buatan, Data, Pemasaran, Mudah Alih, Peruncitan, Robotik, Sosial, Video, Suara, VR dan banyak lagi. Sidang Kemuncak FUTR (di Asia, Eropah dan AS) berkembang saban tahun untuk meliputi pemikiran paling terkini, pameran paling imersif, kisah yang canggih, pandangan praktikal dan kajian kes waktu sebenar dari segi bagaimana industri berkembang bagi memenuhi keperluan pengguna kami yang sentiasa berubah-ubah. Perhimpunan tahunan ini menjadi tuan rumah kepada 3,000 delegasi, termasuk 50% daripadanya merupakan jenama, peruncit dan syarikat korporat di London, New York dan Singapura, dengan lokasi-lokasi baharu bakal diumumkan bagi tahun 2020. FUTR Insights, FUTR Immerse dan FUTR Innovate menawarkan titik sentuh sepanjang tahun buat mereka yang ingin menginovasi, kekal relevan dan terus mendepani keluk dalam lanskap pengguna yang sentiasa berkembang.  

Memanfaatkan rekod prestasi terbukti dalam reka bentuk berasaskan pengalaman dan pemasaran yang meliputi separuh abad, Pico mewujudkan penglibatan audiens yang imersif dengan memanfaatkan kuasa teknologi, kandungan dan keupayaan penerbitan – membawakan pengalaman luar biasa kepada berjuta-juta individu di seluruh dunia. Kekuatan Pico Group diinspirasikan oleh kepelbagaian 2,000 ahli profesionalnya yang bekerja di 40 bandar utama seluruh dunia dan daripada keluasan pemahaman mereka terhadap budaya dan amalan industri yang berbeza. Pico ialah peneraju dunia yang diperkasa menerusi keupayaan untuk mencapai misi pelanggan mereka merentas pelbagai platform pengaktifan – bermula dengan pengurusan persidangan, pameran dan acara, peruncitan, pemasaran dan tindanan sukan, persekitaran bertema, identiti visual serta pengurusan dan perundingan tempat; kepada penguatan kandungan dan pengaktifan penajaan.

Mengulas tentang pemerolehan tersebut, Jason Ng, Pengarah Eksekutif MP International berkata, "Kami dapat melihat sinergi dan pertumbuhan berpotensi menerusi perkongsian kami dengan FUTR Group. Menggunakan gabungan pengetahuan dan pengalaman kami dengan inovasi, trend masa depan dan pandangan merentas pelbagai sektor industri, platform dan wilayah, kami akan terus meluaskan proposisi nilai FUTR untuk pelanggan kami."

"Kami dapat melihat pertumbuhan organik yang luar biasa sepanjang tiga tahun lalu dan berasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Pico untuk membawanya ke tahap seterusnya, terutamanya di rantau seperti Asia yang mana kehadiran dan reputasi Pico tidak dapat ditandingi. Mereka mempunyai pengalaman luas dan rekod prestasi yang hebat dalam menyokong pertumbuhan perniagaan dalam industri kami," kata Rupa Ganatra, pengasas bersama FUTR Group.

Untuk maklumat lanjut tentang FUTR, sila kunjungi www.futr.today

Untuk penjelasan media, sila hubungi:

Untuk Pico Group & MP International

Vincent YAP
Pengarah Pemasaran Strategik
+65- 6389 6620 
vincent.yap@mpinetwork.com
www.mpinetwork.com

Untuk FUTR Group

Lucy CUTHBERT
Pengarah Acara
lucy@futr.today
www.futr.today

Latar Belakang MP International

Dipercayai sejak tahun 1987, MPI mempunyai pengalaman pembangunan, pemasaran dan pengurusan acara selama lebih seabad dalam budaya, amalan dan falsafah perniagaan Timur dan Barat. Kami membawakan bakat bertaraf dunia, kepakaran industri dan semangat luar biasa ke dalam reka bentuk dan pengurusan pengalaman dalam-talian-kepada-luar-talian yang hebat untuk organisasi anda.

MPI merupakan sebahagian daripada Pico Group, kumpulan agensi global yang mengkhusus dalam melibatkan orang ramai, mencipta pengalaman dan mengaktifkan jenama-jenama untuk perniagaan, institusi dan kerajaan. Sebagai sebahagian daripada Pico group, MPI mempunyai akses tanpa had kepada jaringan luas maklumat perhubungan dan sumber industri. Pico Far East Holdings tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong sejak tahun 1992.

Latar Belakang FUTR Group

FUTR Group ialah platform sepanjang tahun dunia yang mencakupi peruncitan, pemasaran dan perdagangan yang membentuk trend masa depan termasuk Pengiklanan, AR, Kecerdasan Buatan, Data, Pemasaran, Mudah Alih, Peruncitan, Robotik, Sosial, Video, Suara, VR dan banyak lagi.

Sidang Kemuncak FUTR (di Asia, Eropah dan AS) berkembang saban tahun untuk meliputi pemikiran paling terkini, pameran paling imersif, kisah yang canggih, pandangan praktikal dan kajian kes waktu sebenar dari segi bagaimana industri berkembang bagi memenuhi keperluan pengguna kami yang sentiasa berubah-ubah. Perhimpunan tahunan ini menjadi tuan rumah kepada 3,000 delegasi, termasuk 50% daripadanya merupakan jenama, peruncit dan syarikat korporat di London, New York dan Singapura, dengan lokasi-lokasi baharu bakal diumumkan bagi tahun 2020.

FUTR Insights, FUTR Immerse dan FUTR Innovate menawarkan titik sentuh sepanjang tahun buat mereka yang ingin menginovasi, kekal relevan dan terus mendepani keluk dalam lanskap pengguna yang sentiasa berkembang.

Annex: Sidang Kemuncak FUTR Asia

Hari Pertama FUTR
Hari Pertama FUTR

 

SG Millennial 2020
SG Millennial 2020

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190215/2376847-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190215/2376847-1-b

Source: MP International
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Retail Acquisitions, mergers, takeovers