ZHUHAI, China, 19 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP) mengumumkan bahawa Zhuhai bakal menjadi bandar tuan rumah untuk Kejohanan Zhuhai Jelajah Dunia ATP 250, mulai tahun 2019 dan seterusnya.
Kejohanan Zhuhai, acara peringkat ATP 250, menawarkan hadiah wang bernilai USD 1,000,000, akan dipentaskan di Pusat Tenis Hengqin yang direka khas dan canggih di Zhuhai dan akan dimainkan pada minggu 23 hingga 29 September 2019, seminggu sebelum berlangsungnya Terbuka China di Beijing. Ia akan menjadi acara pertama selepas pertandingan Terbuka AS "ATP Asian Swing".
Bandar Zhuhai terletak di pantai selatan China, di tengah-tengah Kawasan Teluk Lebih Besar yang dinamik ekonominya, berhampiran Hong Kong serta Macau, dan sejak tahun 2015 telah dipilih sebagai "bandar paling sesuai didiami di China" oleh Chinese Academy of Social Services. Pada bulan Oktober 2018, Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau dibuka secara rasminya, justeru menjadikan Bandar Zhuhai boleh diakses secara terus dan mudah dengan jalan raya dari Hong Kong.
Alison Lee, Naib Presiden Eksekutif ATP International berkata, "Bagi pihak ATP, kami mengalu-alukan Bandar Zhuhai dalam Jelajah Dunia ATP pada tahun 2019. Saya yakin pemain-pemain akan menikmati detik-detik mereka di bandar tersebut dan peluang bermain di Pusat Tenis Hengqin Zhuhai yang mengagumkan. Kami akan menantikan kedatangan anda di sana pada September ini."
Leon Sun, Pengarah Kejohanan berkata, "Kami teruja untuk memindahkan kejohanan tersebut ke Zhuhai. Menerusi perasmian Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau baharu, lebih mudah untuk pemain-pemain menjelajah dari Hong Kong ke Zhuhai. Sebagai satu-satunya kejohanan dunia ATP di selatan China, kami menyambut dengan mesra semua peminat termasuk dari Hong Kong dan Macau untuk menikmati permainan tenis yang hebat di tempat baharu dan moden. Jumpa anda pada September ini di Pusat Tenis Hengqin Zhuhai."
Peter LV, Pengarah Eksekutif Huafa Sports, Promoter dan Pengendali Kejohanan berkata, Sebagai promoter untuk Kejohanan Zhuhai akan datang, Huafa Sports teruja, berpengalaman dan yakin untuk membawakan acara Jelajah ATP kelas pertama dunia, menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pemain-pemain, pegawai-pegawai, penaja-penaja dan peminat-peminat tenis dari dalam dan luar negara. Karnival tenis besar-besaran dan berwarna warni akan dilangsung di Zhuhai pada September ini. Jadilah tetamu kami dan rasailah kemesraan di Zhuhai.
Sejak tahun 2015, Zhuhai, bandar pantai yang indah di China Selatan, memulakan usahanya untuk mempromosi tenis di peringkat profesional dan amatur. Ia menganjurkan WTA Elite Trophy Zhuhai dengan jayanya selama 4 tahun dan meraih reputasi cemerlang dalam operasi dan pengurusan acara, dengan menerima sokongan padu daripada kerajaan tempatan dan juga promoter pertandingan tempatan, Huafa Group. Kejohanan Zhuhai akan menjadi rangsangan baharu untuk perkembangan tenis tempatan dan semestinya menjadi sorotan utama dalam kalendar jelajah ATP.
Latar Belakang Huafa Group:
Ditubuhkan pada tahun 1980, Zhuhai Huafa Group mempunyai sejarah bermula sejak penubuhan Zon Ekonomi Khas Zhuhai. Sebagai salah satu daripada dua perusahaan milik negara yang utama di Zhuhai, ia merupakan kumpulan perusahaan komprehensif yang terbesar di bandar ini dan konglomerat yang terkenal di seluruh negara yang disenaraikan dalam 500 Perusahaan Terbaik China dan 500 Perusahaan Perkhidmatan Terbaik China selama beberapa tahun berturut-turut. Huafa Group mempunyai empat syarikat induk yang diniagakan secara terbuka termasuk Huafa Industrial Share (600325), Huajin Capital (000532), Huajin International Capital (00982) dan Huaguan Technologies (871447). Berpangkalan di Zhuhai, Huafa meluaskan jejaknya ke dalam lebih 50 bandar di seluruh tanah besar China, termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Wuhan, selain di peringkat antarabangsa dengan kehadiran di Hong Kong, Macau, San Francisco dan Tel Aviv. Setakat ini, Huafa melabur dalam lebih 200 firma strategik dalam sektor-sektor baru muncul selain beberapa firma yang terlibat dalam pembuatan berteknologi tinggi. Tumpuan Huafa Group bagi tahun 2019 adalah untuk mengenal pasti dan terlibat dengan peluang-peluang baharu yang mencirikan kumpulan mereka melalui inovasi mereka, dengan matlamat untuk mempromosi dan melaksanakan secara strategik teknologi yang dikenal pasti dengan cara bermakna yang bukan sahaja menjamin keuntungan untuk firma, bahkan turut memenuhi kebajikan awam. Matlamat utama Huafa adalah untuk menjadi peneraju tempatan dari segi pengendalian sebuah perusahaan yang menghimpunkan kelebihan Zhuhai dalam bidang teknologi, kewangan, pembuatan dan pembangunan bandar melalui pengenalan kepada strategi-strategi korporat yang selari dengan trend-trend global.
Latar Belakang Pusat Tenis Hengqin Zhuhai
Pusat Tenis Hengqin berkeluasan 148,000-meter persegi direka oleh POPULOUS, sebuah syarikat reka bentuk seni bina bertaraf dunia yang mengkhusus dalam konsep dan reka bentuk pusat-pusat tenis. Fasa pertama pusat ini meliputi kawasan berkeluasan 61,000 meter persegi, dengan kawasan lantai berukuran kira-kira 28,400 meter persegi termasuk gelanggang utama dengan 5,000 tempat duduk, gelanggang dengan 1,500 tempat duduk, empat gelanggang dengan 250 tempat duduk dan 12 gelanggang latihan luar.
Beberapa acara tenis profesional termasuk WTA Elite Trophy Zhuhai, Zhuhai Open dan Australian Open Asia-Pacific Wildcard Play-off, berjaya diadakan di Pusat Tenis Hengqin. Mulai tahun 2019, Kejohanan Zhuhai akan turut diadakan di pusat ini. Selain itu, Pusat Tenis Hengqin turut menjadi lokasi untuk banyak acara sukan yang menarik termasuk WDC International Style Latin Dancesport, League of Legends Demacia Cup, Chin Woo Men MMA dan siri pertandingan seni mempertahankan diri Hengqin, antara lain.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190218/2375644-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190218/2375644-1-b