omniture

KT dan MVI Jalin Kerjasama untuk Perniagaan Hotel AI di Asia, Timur Tengah

KT Corp.
2019-02-19 23:28 1367
  • MOU Ditandatangani untuk Pembangunan Perkhidmatan dan Perniagaan Hotel AI
  • Platform AI Hotel KT Hubungkan dengan Platform IPTV Hotel MVI
  • Pengautomatan Bilik, Robot Penyerahan Kemudahan, Perkhidmatan Berbilang Bahasa

SEOUL, Korea Selatan, 19 Februari 2019 /PRNewswire/ -- KT Corporation (KRX: 030200; NYSE: KT) dan MVI Systems Ltd. yang berpangkalan di Hong Kong menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) hari ini bagi tujuan pembangunan perkhidmatan dan perniagaan hotel kecerdasan buatan (AI) bersama di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Kim Young-Woo, kanan, naib presiden KT dan pemimpin Kumpulan Perniagaan Globalnya, diambil gambarnya di upacara penandatanganan MOU pada 15 Februari 2019
Kim Young-Woo, kanan, naib presiden KT dan pemimpin Kumpulan Perniagaan Globalnya, diambil gambarnya di upacara penandatanganan MOU pada 15 Februari 2019

Majlis penandatanganan tersebut, diadakan di Ibu Pejabat Gwanghwamun KT di Seoul, dihadiri oleh Kim Young-Woo naib presiden KT dan ketua Unit Pembangunan Perniagaan Globalnya; Karl Sin dan Anke Gill, pengasas bersama dan eksekutif MVI Systems Ltd.; serta wakil-wakil lain daripada kedua-dua syarikat.

KT akan menghubungkan GiGA Genie Hotel, platform perkhidmatan berbilang fungsi yang mengecam suara dan dikuasakan oleh AI, dengan penyelesaian maklumat dan hiburan MVI berdasarkan TV Protokol Internet (IPTV). Perkongsian ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pengautomatan bilik yang diaktfikan suara, kemudahan yang diserahkan oleh robot, kandungan budaya pop Korea dan perkhidmatan pintar yang lain menjelang akhir tahun ini. Model-model perkhidmatan akan dibangunkan dan diuji semasa separuh pertama tahun ini.

"Melalui MOU dengan MVI, KT memperoleh kedudukan yang mantap dalam pasaran global menerusi model perniagaan mampan yang menggabungkan kepakaran KT dalam industri hospitaliti tempatan dan pengalaman global MVI dalam penyelesaian IPTV hotel," kata Kim daripada KT. "Kami akan membuat pelaburan dan usaha tanpa had untuk mengembangkan perniagaan hotel AI global dan pembangunan projek-projek IPTV tempatan dengan kerjasama MVI."

Anke Gill, pengarah urusan MVI, berkata, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan KT, pemimpin inovasi global bagi menyediakan perkhidmatan tetamu dipacu AI untuk hotel-hotel. Dengan menghubungkan platform masing-masing, kami akan berupaya menyediakan formula kejayaan kepada hotel-hotel untuk melanjutkan penyelesaian berasaskan AI yang bermakna yang akan menyumbang kepada pengalaman tetamu yang 'nirgeseran'."

Hotel-hotel di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah merupakan pasaran sasaran awal perkongsian ini untuk perkhidmatan pintar dipacu AI. Kedua-dua syarikat merancang untuk terus meninjau projek-projek perniagaan bersama melalui kolaborasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menampung kehendak pelanggan dan untuk meluaskan peluang perniagaan di seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan hospitaliti yang inovatif dan tersuai.

MVI ialah penyedia utama di Asia bagi penyelesaian maklumat dan hiburan berasaskan IPTV untuk hotel, hospital, unit berbilang kediaman dan perusahaan, terutamanya di Asia Pasifik dan Timur Tengah. Penyelesaian yang terkemuka dalam industri oleh syarikat telahpun dilaksanakan dalam lebih 60,000 bilik, termasuk bilik-bilik dalam rantaian hotel antarabangsa utama.

KT, syarikat telekomunikasi yang terbesar di Korea Selatan, mempelopori era baharu dalam industri hospitaliti menerusi teknologi AI canggihnya. Pada bulan Julai 2018, ia membuka Novotel Ambassador Seoul Dongdaemun Hotels & Resorts, hotel pertama negara yang menawarkan perkhidmatan bilik berbantu AI.

Sejak itu, syarikat berkenaan menyediakan platform perkhidmatan AInya kepada hotel-hotel mewah yang lain di Seoul termasuk L'Escape Hotel yang dikendalikan oleh Shinsegae Chosun Hotel dan Grand Ambassador Seoul yang berkaitan dengan Pullman.

Melalui jalinan kerjasama dengan hotel-hotel bertaraf dunia ini, KT menyediakan perkhidmatan berasaskan AI untuk maklumat hotel, kawalan bilik bersepadu dan perkhidmatan pekerja rencam pintar, yang menyumbang kepada reputasi dan prestij hotel-hotel berkenaan. Perkhidmatan tersebut kini disediakan dalam Bahasa Korea dan Bahasa Inggeris. Perkhidmatan dalam Bahasa Cina dan Bahasa Jepun akan disediakan semasa separuh pertama tahun ini.

HUBUNGAN MEDIA

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pasukan Perhubungan Media Asing kami di kt.fmrt@gmail.com.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Bahasa Inggeris kami di https://corp.kt.com/eng/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190218/2378054-2

 

Source: KT Corp.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Hotels and Resorts Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Travel Contracts