omniture

Forbes Travel Guide Umum Anugerah Penarafan Bintang 2019

Forbes Travel Guide
2019-02-20 21:30 1941
  • 210 Hotel Seluruh Dunia Terima Anugerah Lima Bintang Rebutan; 21 Hotel Baharu Terima Penghormatan Tertinggi Buat Julung Kali
  • The Peninsula Hotels Jadi Syarikat Hotel Lima Bintang Sepenuhnya Pertama Dunia
  • Anugerah Dilancarkan di 11 Destinasi Baharu; Malaysia, Portugal, Korea Selatan, Turki, Vietnam Peroleh Penarafan Lima Bintang Pertama
  • Peluasan Timur Tengah Diteruskan Dengan Hotel Lima Bintang Baharu di Abu Dhabi,
    Hartanah Empat Bintang Baharu di Bahrain, Oman

ATLANTA, 20 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Forbes Travel Guide hari ini memperkenalkan buat julung kalinya senarai pemenang Penarafan Bintang tahunan kali ke-61, yang mengiktiraf hartanah-hartanah terbaik dunia dan memberi ganjaran kepada perkhidmatan intuitif lagi mesra.

Penerima-penerima anugerah tahun 2019 termasuk 21 hotel Lima Bintang baharu, 49 hotel Empat Bintang baharu dan 62 hotel baharu dalam kategori Disyorkan. Penerima-penerima kali pertama yang lain termasuk enam restoran Lima Bintang, lapan spa Lima Bintang dan 21 spa Empat Bintang. Lihat senarai lengkap pemenang di sini.

Hotel yang menonjol ialah The Peninsula Hotels, yang melakar sejarah dalam Forbes Travel Guide dengan menjadi syarikat perhotelan Lima Bintang sepenuhnya yang pertama di dunia. The Peninsula Manila memperoleh bintang kelimanya tahun ini, yang menjadikan senarai jenama yang berpangkalan di Hong Kong kepada 10 hotel Lima Bintang.

Forbes Travel Guide memberi penilaian kepada hartanah-hartanah di 76 negara di seluruh benua Amerika, Eropah, Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah. Destinasi-destinasi yang baru dimasukkan untuk tahun 2019 termasuk: Anguilla, Bahrain, Belize, Danang, Doha, Hanoi, Bandar Raya Ho Chi Minh, Hoi An, Istanbul, Oman, Perth, Swiss Alps, Tel Aviv dan Uruguay.

Beberapa buah negara turut mendapat hotel Lima Bintang pertama mereka: Malaysia (Crockfords di Resorts World Genting), Portugal (Four Seasons Hotel Ritz Lisbon), Korea Selatan (The Shilla Seoul), Turki (Raffles Istanbul) dan Vietnam (Four Seasons Resort The Nam Hai, Hoi An).

London berjaya mengatasi Macau sebagai bandar yang mempunyai hotel Lima Bintang terbanyak, hasil daripada empat penambahan baharu (Bulgari Hotel & Residences, London; The Langham, London; Mandarin Oriental, Hyde Park, London; Shangri-La Hotel, At The Shard, London). London menyudahinya dengan 13 hotel berkedudukan tertinggi, dengan Macau menghampirinya dengan 12 hotel.

A.S. menambah dua hotel Lima Bintang (Four Seasons Resort Lanai Hawaii dan Salamander Resort & Spa Kawasan D.C.). Negara-negara ini mendapat sebuah hotel Lima Bintang baharu: Kanada (Fairmont Pacific Rim), China (Bulgari Hotel Beijing), Perancis (Hotel de Crillon, A Rosewood Hotel), Indonesia (Bulgari Resort Bali), Mexico (Rosewood San Miguel de Allende), Filipina (The Peninsula Manila) dan Emiriah Arab Bersatu (Four Seasons Hotel Abu Dhabi di Pulau Al Maryah).

"Di Forbes Travel Guide, kami mengesahkan nilai kemewahan. Proses pemeriksaan bebas kami menjadi standard emas dalam industri hospitaliti," kata Filip Boyen, Ketua Pegawai Eksekutif Forbes Travel Guide. "Pelancong-pelancong yang bijak boleh mempercayai bahawa setiap pemenang merupakan yang terbaik antara yang terbaik. Kami berbesar hati untuk memberi penghormatan kepada penerima-penerima Penarafan Bintang 2019, himpunan luar biasa bagi hotel, restoran dan spa yang dikhususkan untuk perkhidmatan tetamu."

Syarikat akan memberi penghormatan kepada pemenang-pemenang di Verified, Sidang Kemuncak Kemewahan Forbes Travel Guide di The Beverly Hilton, Beverly Hills pada 26 dan 27 Februari.

Untuk sorotan utama dan trend daripada Anugerah Bintang 2019 kami, klik di sini.

Untuk butiran tentang bagaimana FTG menyusun Penarafan Bintangnya, klik di sini. Untuk senarai lengkap pemenang-pemenang tahun 2019, klik di sini.

Source: Forbes Travel Guide
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards Hispanic-oriented news