omniture

ADNOC Diberi Penarafan Kredit Asal Pengeluar Kendiri AA+ dan Jangka Panjang AA oleh Fitch

ADNOC
2019-02-21 02:04 696

ABU DHABI, UAE, 21 Februari 2019 /PRNewswire/ --

Penarafan merupakan yang tertinggi pada masa kini diberikan oleh Fitch kepada mana-mana syarikat minyak dan gas, seluruh dunia 

Penarafan terbaik-dalam-sektor menonjolkan output huluan yang tinggi dan simpanan penting, keuntungan kukuh, model perniagaan bertumpu secara komersial, penyepaduan hiliran dan profil kewangan konservatif ADNOC

Penarafan kredit yang mantap menekankan pengurusan nilai yang lebih proaktif oleh ADNOC terhadap asas modal dan portfolio asetnya serta mengesahkan strategi pertumbuhan pintar 2030  

Penarafan menggariskan komitmen ADNOC terhadap prinsip-prinsip ketelusan dan tadbir urus korporat yang baik  

Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) hari ini mengumumkan bahawa Penarafan Fitch (Fitch) memberikan penarafan kredit lengkap AA+ kepada ADNOC Group. Penarafan tersebut, menurut Fitch, menonjolkan output huluan tinggi dan simpanan penting, keuntungan kukuh, model perniagaan bertumpu secara komersial, penyepaduan hiliran dan profil kewangan konservatif syarikat. Penarafan berkenaan, menurut Fitch, berada pada kedudukan atas dalam spektrum penarafan agensi berkenaan untuk semua syarikat minyak dan gas.

generated by system

generated by system

generated by system

Fitch turut memberikan Penarafan Asal Pengeluar Jangka Panjang (IDR) AA dengan Pandangan Stabil kepada ADNOC, selari dengan penarafan berdaulat Abu Dhabi, seraya memperlihatkan penilaian hubungan mantap oleh Fitch antara ADNOC dan kerajaan Abu Dhabi.

Kedua-dua penarafan lengkap dan IDR Jangka Panjang merupakan penarafan tertinggi yang kini diberikan oleh Fitch kepada mana-mana syarikat minyak dan gas, seluruh dunia 

Tuan Yang Terutama, Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Negara UAE dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADNOC berkata: "Pengumuman hari ini oleh Fitch, salah satu agensi penarafan kredit global yang terkemuka, mengiktiraf sumber-sumber bertaraf dunia ADNOC, operasi dan prestasi kewangan kami yang kukuh, profil kewangan kami yang mantap serta model pelaburan kami yang berdisiplin. Penarafan yang terbaik-dalam-sektor ini turut memperlihatkan pendekatan kami yang lebih terbuka dan fleksibel kepada perkongsian strategik dan pengurusan yang lebih cekap dan aktif terhadap modal dan aset kami, serta mengesahkan cita-cita berani yang kami tetapkan untuk ADNOC di bawah Strategi 2030 kami yang progresif.

"Penarafan ini terus meningkatkan ketelusan untuk semua pemegang kepentingan kami termasuk pemegang saham, rakan kongsi, pelabur, pemberi pinjaman dan kakitangan kami tatkala kami berusaha untuk mengurus sumber, aset dan modal kami dengan lebih proaktif untuk memperoleh nilai yang lebih besar daripada setiap molekul hidrokarbon yang kami hasilkan. Penarafan tinggi ini merupakan bukti kepada transformasi ADNOC, di bawah bimbingan yang bijaksana daripada kepimpinan UAE selain kerja keras dan dedikasi kakitangan kami yang menyumbang kepada pertumbuhan mampan ADNOC sejak ditubuhkan." 

Penarafan Fitch yang baharu ini mengesahkan strategi pertumbuhan pintar 2030 ADNOC, disokong oleh tumpuan komersial yang mantap dan budaya yang diterajui prestasi. Sepanjang tiga tahun lalu, evolusi progresif ADNOC berselang-seli dengan beberapa pencapaian penting. Syarikat berkenaan mengukuhkan perniagaannya dan menyeragamkan identiti jenamanya; menembusi pasaran modal global buat julung kalinya; menyelesaikan IPO yang pertama seumpamanya bagi perniagaan ADNOC; membuka konsesinya kepada rakan-rakan kongsi strategik baharu; menender secara kompetitif blok penerokaan baharu buat julung kalinya dalam sejarah Abu Dhabi; melancarkan industri tidak konvensional UAE; memulakan strategi gas bercita-cita tinggi yang tujuan utamanya adalah terhadap mampu diri dan kemudiannya beralih untuk menjadi pengeksport bersih gas asli; melancarkan peluasan utama bernilai $45 bilion kepada operasi hilirannya; menjalani transformasi digital yang komprehensif dan mengambil langkah pertama untuk berkembang ke peringkat antarabangsa. Dibimbing oleh teras-teras strategik antara Kakitangan, Prestasi, Keuntungan dan Kecekapan, ADNOC mencipta budaya korporat dinamik yang mengoptimumkan sumber, memaksimumkan nilai dan memupuk bakat. Pada tahun 2018, ADNOC mencapai sasaran kapasiti pengeluaran sebanyak 3.5 juta bpd dan bulan lalu dinamakan sebagai jenama paling bernilai di Timur Tengah.

ADNOC mengesahkan proses penarafan ini sebagai sebahagian daripada pendekatan baharunya untuk meluaskan skop rakan kongsi dan pelaburnya, selain mengurus aset dan modalnya dengan lebih aktif. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ADNOC meluaskan rangkaiannya dan kumpulan rakan kongsinya melangkaui sekadar syarikat-syarikat tenaga dan petrokimia tradisional untuk turut merangkumkan rakan-rakan kongsi dan pelabur-pelabur baharu merentas komuniti kewangan dan pelaburan global. Meskipun ADNOC tidak merancang untuk menerbitkan bon pada peringkat pegangan Kumpulan, penarafan kredit ini akan membolehkan akses yang lebih besar terhadap kumpulan pelabur yang lebih bersifat antarabangsa dan menyediakan ADNOC dengan pilihan kewangan pintar yang selanjutnya.

ADNOC mendapat nasihat daripada Bank of America Merrill Lynch dan Citigroup semasa proses penarafan kredit berkenaan.

Latar Belakang ADNOC 

ADNOC ialah kumpulan syarikat tenaga dan petrokimia yang pelbagai dan utama, mengeluarkan kira-kira 3 juta tong minyak dan 10.5 bilion kaki padu gas mentah sehari. Aktiviti-aktiviti huluan, pertengahan dan hiliran bersepadunya dijalankan oleh 14 subsidiari pakar dan syarikat-syarikat usaha sama. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari http://www.adnoc.ae. Untuk maklumat lanjut: media@adnoc.ae.

 

Source: ADNOC
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities