omniture

TerraPay Perluas Jejak di Asia, Jalin Kerjasama Dengan Pan Asia Bank untuk Pemindahan Wang Segera ke Sri Lanka

TerraPay
2019-02-21 11:19 756

AMSTERDAM dan COLOMBO, Sri Lanka, 21 Februari 2019 /PRNewswire/ --

Migran Sri Lanka seluruh dunia kini boleh hantar wang serta merta dan 24*7 kepada mana-mana akaun bank di Sri Lanka

TerraPay bekerjasama dengan Pan Asia Bank yang membolehkan rakan-rakan kongsi jaringan TerraPay membuat pemindahan wang rentas sempadan yang segera kepada semua akaun bank di Sri Lanka. Ini bermakna, migran Sri Lanka seluruh dunia boleh menghantar wang kepada keluarga dan rakan taulan di tanah air melalui outlet/laman sesawang/aplikasi mudah alih rakan kongsi TerraPay, serta merta dengan memindahkannya kepada akaun bank mereka. Perkhidmatan ini tersedia sepanjang masa, meskipun pada musim cuti.

generated by system

TerraPay ialah rangkaian pembayaran bernilai rendah pada waktu nyata yang menghubungkan semua instrumen kewangan di seluruh dunia. Syarikat mendayakan fungsi saling boleh operasi dompet mudah alih dalam pasaran antarabangsa, serantau dan domestik. Enjin saling boleh operasi TerraPay membolehkan pelanggan menghantar dan menerima transaksi pada waktu nyata melalui pelbagai instrumen pembayaran, platform dan kawasan.

Aniruddha Sane, Ketua Pegawai Perniagaan TerraPay, mengulas, "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Pan Asia Bank, sebuah bank yang terkemuka di Sri Lanka bagi tujuan pemindahan wang segera kepada lebih 10 Juta akaun bank. Di seluruh dunia, TerraPay mendayakan lebih 1.5 Bilion akaun bank dan lebih 200 Juta dompet wang mudah alih di lebih 50 negara untuk menerima pemindahan wang rentas sempadan pada waktu nyata. Sasaran kami adalah untuk menggandakan angka-angka ini menjelang tahun 2020 dan Asia akan mendepani pertumbuhan ini."

Gerald Wanigarathne, Timbalan Pengurus Besar - Teknologi Maklumat Pan Asia Bank, berkata, "Kami berasa gembira untuk bekerjasama dengan TerraPay sebagai sebahagian daripada strategi peluasan kami dalam perniagaan kiriman wang dan untuk menawarkan pelanggan kami dengan perkhidmatan kiriman wang yang mudah dan pantas melalui jaringan perbankan kami. Tidak syak lagi, hal ini akan terus mengukuhkan keupayaan Pan Asia Bank untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan yang lebih luas kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan berpotensi kami."

Latar Belakang TerraPay 

TerraPay ialah pertukaran pembayaran mudah alih yang pertama di dunia - perkhidmatan pemprosesan, penjelasan dan penyelesaian transaksi B2B untuk dompet mudah alih. Teknologi yang terbaik dalam kelas daripada TerraPay berperanan sebagai enjin saling boleh operasi yang membolehkan pelanggan rakan kongsinya menghantar dan menerima transaksi pada waktu nyata melalui pelbagai instrumen pembayaran, platform dan kawasan.

TerraPay ialah syarikat B2B yang dibangunkan oleh Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian kewangan mudah alih dan merupakan sebahagian daripada Mahindra Group yang bernilai USD 21 bilion. TerraPay didaftarkan dan dikawal selia dalam beberapa bidang kuasa. Di UK, ia dikawal selia oleh Lembaga Kawalan Kewangan (FCA).

Hubungi Perhubungan Awam:
TerraPay
Sundeep Mehta
media@terrapay.com  

Source: TerraPay
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Contracts Corporate Expansion Financial Technology