BANGALORE, India, 21 Februari 2019 /PRNewswire/ --
Ditempatkan sebagai 'Aspirant' dalam PEAK Matrix Perkhidmatan Keselamatan IT Everest Group
Microland, syarikat transformasi IT digital yang terkemuka di India, mengumumkan bahawa ia sedang mengukuhkan tawaran perkhidmatan Keselamatan Sibernya. Sebagai pengiktirafan kepada usaha-usaha ini, Microland turut ditempatkan sebagai 'Aspirant' dalam penilaian PEAK Matrix Perkhidmatan Keselamatan IT Everest Group, 2019.
(Klik di sini untuk mengakses laporan)
Status 'Aspirant' dalam PEAK Matrix Perkhidmatan Keselamatan IT, merupakan penunjuk jelas dan mencerminkan usaha-usaha Microland dalam membangunkan portfolio perkhidmatan yang holistik bagi menyediakan aspek keselamatan, pematuhan dan meminimumkan risiko dalam ekosistem pelanggan.
"Manfaat-manfaat transformasi digital telahpun diketahui oleh setiap orang. Walau bagaimanapun, kesedaran manfaat hanya berlaku apabila strategi-strategi perlindungan keselamatan dan privasi yang sewajarnya disediakan. Suit perkhidmatan keselamatan komprehensif daripada Microland didatangkan dengan pendekatan dipacu analitik ke arah memastikan aplikasi dan sistem IT pelanggan kami terjamin di samping memastikan pengurusan pertahanan siber yang mantap. Selain itu, Perkhidmatan Keselamatan Siber Microland membantu organisasi-organisasi menerima dengan yakin teknologi digital dan awan di samping memastikan bahawa operasi-operasi selari dengan perubahan peraturan. Kami turut melindungi perniagaan terhadap ketirisan data, risiko kewangan dan kemusnahan reputasi," kata Robert Wysocki, Ketua Pegawai Teknologi, Microland Limited.
"Keselamatan IT semakin menjadi prinsip strategik dalam agenda transformasi digital perusahaan. Selain menjamin estet IT pelanggan secara harian, usaha membangunkan penyelesaian keselamatan generasi seterusnya yang kukuh menjadi penggerak transformasi utama untuk penyedia-penyedia perkhidmatan. Microland memberi tumpuan yang boleh dipercayai untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan keselamatan generasi seterusnya menerusi pendekatan diterajui analitik terhadap pengurusan pertahanan siber. Hal ini, berserta penekanannya terhadap pendekatan kolaboratif untuk menakrifkan strategi penglibatan berdasarkan konteks pelanggan dan kefleksibelan komersial dalam pemeteraian perjanjian, membolehkan Microland menjamin kedudukannya sebagai Aspirant dalam penilaian ini," kata Chirajeet Sengupta, Rakan Kongsi, Perkhidmatan Teknologi Maklumat di Everest Group.
Latar Belakang Microland:
Microland mempercepatkan usaha perjalanan transformasi digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka untuk menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi dan pengalaman pelanggan yang unggul. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 4,200 ahli profesional merentas pejabat-pejabatnya di Australia, Eropah, India, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan global bagi membantu perusahaan-perusahaan tersebut menjadi lebih tangkas dan inovatif dengan menyepadukan teknologi-teknologi baru muncul dan mengaplikasikan pengautomatan, analitik dan kecerdasan ramalan kepada proses perniagaan.
Untuk maklumat lanjut: https://www.microland.com