SHENZHEN, China, 25 Februari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet mudah alih, hari ini mengumumkan kemas kini terperinci mengenai pameran pembangunan komersial terkini 5G teknologi terkini di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2019, yang akan bermula pada 25 Februari 2019. Ia juga akan berkongsi pandangan dan mempamerkan amalan perniagaan terbaiknya dalam penerokaan perkhidmatan 5G baharu dan kerjasama dengan pengendali global mengenai penggunaan rangkaian.
Semasa MWC, ZTE juga akan memperkenalkan peranti istimewa 5G yang pertama yang dijadualkan untuk dilancarkan di pasaran Eropah dan China pada separuh pertama 2019. Blade V10 Series terkini ZTE akan diperkenalkan, mengukuhkan komitmen berterusan ZTE untuk memberikan pengalaman pengguna yang terunggul untuk para pengguna muda di seluruh dunia. Demonstrasi teknikal lain yang menarik termasuk Peralatan Premis Pelanggan Dalaman (CPE) 5G, Internet Komunikasi Benda (IoT), Internet Komunikasi Kenderaan (IoV) dan penyelesaian Jalur Lebar Mudah Alih (MBB).
Sejajar dengan tema acara tahun ini, 'Ketersambungan Pintar', ZTE juga akan menyerlahkan rangkaian minimalis pintar hujung-ke-hujungnya, yang menampilkan pemdayaan perkhidmatan penuh dan pembinaan biosfera, prestasi unggul, senibina yang minimum, serta Rangkaian Akses Radio 5G (RAN) tertumpu sepenuhnya yang pintar dan tangkas.
Di samping itu, ZTE juga akan mempamerkan penyelesaian Unisite yang menggunakan produk stesen pangkalan bersiri. Ditakrifkan oleh integrasi mereka yang tinggi, prestasi tinggi, berbilang frekuensi dan keupayaan berbilang mod, produk ini direka untuk pengendali telekomunikasi yang bersedia untuk melaksanakan perkembangan komersial 5G mereka. Penyelesaian Unisite memudahkan pelaksanaan rangkaian 5G, mengurangkan kos sambil meningkatkan kecekapan. Memanfaatkan Senibina Berasaskan Perkhidmatan (SBA), penyelesaian 5G Common Core ZTE yang pertama dalam industri menyokong akses penuh dan tumpuan rangkaian 2G/3G/4G/5G/tetap serta 3GPP R15 SA dan NSA, yang membolehkan pelaksanaan seni bina dalam satu langkah.
ZTE sudah siap siaga dan bersedia untuk pembangunan komersial penuh 5G. Syarikat telah melengkapkan pengesahan tapak perkhidmatan 5G hujung-ke-hujung yang berasaskan terminal 5G pertama di dunia, mengukuhkan kedudukannya di barisan hadapan penyelesaian 5G. Sebagai peneraju dalam bidang ini, ZTE tetap komited untuk bekerjasama dengan rakan industri bagi pembinaan ekosistem yang lebih terbuka dengan mempromosikan penggunaan komersial 5G dan mewujudkan sistem keselamatan dan pematuhan rangkaian.
"Dengan kelebihan hujung-ke-hujung dalam teknologi, ZTE berdedikasi untuk mewujudkan rangkaian tanpa wayar yang disifatkan oleh perkhidmatan 5G yang paling tinggi, 5G O&M yang paling pintar dan pelaksanaan 5G yang paling sederhana untuk para pengendali dalam era 5G," kata Cik Cui Li, Naib Presiden ZTE Corporation. "Dengan satu siri produk komersial yang boleh menyokong semua Teknologi Akses Radio (RAT) dan semua senario, ZTE akan dapat membina rangkaian mudah dan tertumpu untuk para pengendali di seluruh dunia. Dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI), ZTE memanfaatkan kecerdasan di mana-mana untuk membina rangkaian 5G ultra-pintar atas permintaan dengan peningkatan yang tidak pernah berlaku dalam prestasi dan kecekapan rangkaian."
Barisan penyelesaian ZTE yang komprehensif di MWC 2019
ZTE diposisikan secara unik untuk memberi sokonga penuh kepada proses pengkomersialan 5G global dengan penyelesaian komprehensif penyelesaian hujung-ke-hujung yang membantu pengendali membina rangkaian komersial pintar mudah 5G. Di MWC, syarikat akan berkongsi pengalaman praktikal yang diperolehi daripada pelaksanaan dan pengurusan 5G dengan pengendali untuk menunjukkan keupayaan komersial rangkaian Mandiri (SA) dan Bukan mandiri (NSA) sepenuhnya. Ini termasuk:
Di barisan hadapan 5G bersama ZTE
Langkah pertama dalam membina rangkaian 5G ialah pemilihan teknologi pengangkutan. Tiga senario aplikasi utama 5G akan menentukan arah inovasi dari segi penambahbaikan dan peningkatan kepada infrastruktur rangkaian. Untuk meletakkan asas bagi era 5G, ZTE telah melabur dalam pelbagai peringkat infrastruktur rangkaian:
ZTE komited untuk membina ekosistem 5G dan menangani sebarang cabaran teknikal yang muncul semasa peralihan dengan menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung: bermula dengan cipset, teknologi teras dan produk hujung-ke-hujung bersiri, kepada penumpuan rangkaian, evolusi jangka panjang (LTE), aplikasi kecerdasan pan-artifak dan penerokaan aplikasi 5G. Dengan kolaborasi ZTE, para pengendali akan dapat mewujudkan rangkaian komersial 5G ultra-mudah, sangat pintar yang menyampaikan pengalaman 5G positif yang tiada tandingan.
Latar Belakang ZTE
ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.
Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn