omniture

JA Solar Bekal Semua Modul untuk Logi Kuasa Solar PERC Pertama di Vietnam

JA Solar Co., Ltd.
2019-02-25 08:28 846

BEIJING, 25 Februari 2019 /PRNewswire/ -- JA Solar Co., Ltd., pengeluar produk fotovolta berprestasi tinggi di dunia, mengumumkan bahawa ia membekalkan semua modul 48.3MW PERC untuk BP Solar 1 Loji Kuasa PV di Vietnam. Ini merupakan projek pertama negara yang menggunakan modul PERC. Selain itu, ia merupakan langkah penting dalam memacu penggunaan modul solar kecekapan tinggi di pasaran Vietnam dan kawasan Asia Tenggara yang lain, dan amat penting untuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui di rantau ini.

Terletak di Wilayah Ninh Thuan, loji solar ini dibangunkan dan dibina oleh Bac Phuong Joint Stock Company (Kontraktor EPC), sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui yang terkenal di Vietnam. Dengan kapasiti terpasang 48.3MW, loji ini dijangka menjana 80 juta kWj elektrik dan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 79,760 tan setahun. JA Solar bekerjasama erat dengan Bac Phuong Joint Stock Company dan menyelesaikan penawaran modul dan pembinaan projek lebih awal daripada jadual. Pada 20 Januari 2019, loji ini berjaya disambungkan ke grid nasional Vietnam dan mula beroperasi. 

Projek ini terletak di kawasan pantai latitud rendah tropika. Persekitaran yang keras di rantau ini (termasuk haba lembap, keadaan salin dan alkali dan angin tinggi) menetapkan keperluan yang ketat untuk kualiti modul solar. Modul solar JA Solar telah melepasi ujian kebolehpercayaan jangka panjang dan penyesuaian alam sekitar, dan mempunyai ketahanan yang sangat baik untuk pelemahan PID, kakisan garam dan tekanan angin, memberikan jaminan yang kukuh untuk memastikan kestabilan sistem loji kuasa dan mengoptimumkan penjanaan kuasa.

Encik Jin Baofang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, berkata, "JA Solar akan terus memberi tumpuan kepada inovasi teknologi dan penambahbaikan kualiti produk untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan global kami dan mempromosikan pembangunan tenaga boleh diperbaharui di seluruh dunia."

Source: JA Solar Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities